Pengikut

Jumaat, 23 Ogos 2013

Pengiraan Untung Rugi Membeli Buku

Assalamualaikum semua.

Bulan ini saya mempertaruhkan sedikit lagi belanjawan saya untuk membeli buku. Buku-buku ini saya beli secara online (pesanan). Baru sahaja tengah hari tadi memindahkan bayaran ke akuan mereka ini. Antara yang terlibat adalah dengan Puan Nisah Haron, pengagas Ujana Ilmu. Buku yang saya pesan dengannya ialah MONOLOG KECIL TAHUN-TAHUN GELORA karya Sasterawan negara Baha Zain. 

Kredit foto daripada laman Dawama

Keduanya, bukunya sendiri, Impian Tsu Ryi. 
Kumpulan cerpen ini telah lama terbit, tapi tak berpeluang membelinya lagi. 


Kredit foto daripada Ujana Ilmu

Saya juga membuat tempahan dengan Ainunl Muaiyanah Sulaiman untuk membeli novel sulungnya SEPETANG DI KAFE BIBLIOHOLIC. 
Buku ini termasuk pos adalah RM24 (sepaket kopi atau teh dan penanda buku).

Kredit foto daripada goodreads

Tempahan ketiga saya ialah majalah LEGASI, keluaran sulung Legasi Oakheart. Tujuan saya membeli majalah ini adalah tanda sokongan kepada produk mereka ini. Dan, jika berpeluang dapatlah saya menyumbang karya dalm majalah ini pula.

Kredit foto daripada laman legasi oakheart

Harapan saya buku-buku ini akan sampai pada minggu hadapan. 

Pengiraan untung rugi membeli buku-buku ini atau setiap kali saya membeli bahan bacaan adalah seperti berikut.

Saya akan pastikan buku tersebut mampu memberi pulangan kepada saya. Selain ilmu, saya berharap kandungannya mengilhamkan untuk saya menghasilkan karya. 

Misalnya, harga buku itu hanya RM 20.00. Jika buku tersebut diulas dan dihantar ke Mingguan Malaysia, bayaran honorarium yang bakal saya dapat ialah RM 120.00. Selain itu, kalau cerpen dan tersiar pula di media, paling kurang saya akan mendapat RM100.00.

Jadi, anda tolak, campur, darap, dan bahagilah harga buku yang dilaburkan dan pulangan yang bakal saya dapat. Andaikata buku itu langsung tidak memberikan saya ilham untuk berkarya, apa yang saya dapat adalah sekadar ilmu dan kepuasan. Itu sudah cukup memadai daripada seseorang yang tidak bertindak untuk melakukan sesuatu. 

Nota: Pengiraan di atas bukan bermakna saya ini mementingkan keuntungan atau mata duitan. Sebaliknya, sekadar pelaburan ilmu agar lebih banyak buku yang dapat saya baca.

26 ulasan:

  1. sy jenis x kisah. kalu dah suka sesuatu buku tu, sy da x pandang harganya... pejam mata terus byr. so far xpenah beli on9 lg.lbh suka g bookstore then belek2 hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakala juga saya lakukan begitu. Bergantung pada bajet.

      Saya pun jarang beli online. Tapi, susah sangat nak dapatkannya, saya beli dari penulisnya terus.

      Padam
  2. best jugak yer buat ulasan pun dapat bayaran ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan kalau pandai mencari [eluang, insya-Allah ada rezekinya.

      Padam
  3. semoga ciktu terus berjaya dalam berkarya..all da best ye :)

    BalasPadam
  4. Saya kira, membeli buku akan bisa banyak untung. Karena kita bisa tambah ilmu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pasti wahyu, ,membeli buku adalah pelaburan terbaik masa depan.

      Padam
  5. wahhh :) acik nak beli jgk buku MONOLOG KECIL TAHUN-TAHUN GELORA .. suka karya beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah beli sama ada di DBP ataupun kedai-kedai bukunya.

      Acik pun minat Baha Zain ke?

      Padam
  6. wah cik akak tak beli cerpen...novel je yang cik akak minat...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka beli dan baca kumpulan cerpen sebab saya suka tulis cerpen. Novel ada juga.

      Padam
  7. ok lah tu cikgu,.. sama je dengan buku yang dijual di luar.. beli buku ni berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebolehnya saya lebih suka beli buku di luar maksudnya di kedai buku. Kalau dalam online kita tak dapat pegang dan belek. Tapi, kalau dah dibungkus dalam plastik tak boleh buka juga kan. Yang penting beli terus dapat. Ini kena tunggu sekejap.

      Memang berbaloi-baloi.

      Padam
  8. tak rugi membeli buku dan bahan ilmiah.. ilmu boleh dimanfaatkan sepanjang hayat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, ilmu tidak pernah mati melainkan tuannya tidak mengamalkannya.

      Padam
  9. hamba juga sukakan penulisan anisah haron

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisannya sangat bermutu dan menggugah minda.

      Padam
  10. bagi saya membeli buka tetap dapat untung =) iaitu ilmu..rajin beli dan membaca..memang tak rugi pun..cikgu pun berbakat..pasti dapat pulangan yang berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangsa yang membaca bangsa yang berjaya. Sama-samalah kita mencari ilmu.

      Padam
  11. Wahh! Nampaknya saudara sudah tahu cara membeli online. *thumbs up

    Terima kasih saudara atas perkongsian ini. Tertanya juga saya, bagaimanakah dan apakah yang patut ditulis apabila membuat reviu buku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wong, saya beli terus dari penulisnya. Kalau beli dari laman web dan sebagainya tentu perlu daftar dan mempeunyai CIMB klik, MayBank 2You dan sebagainya. Oleh kerana saya tidak berbuat demikian sebab itu susah untuk berurusan. kalau dari penulisnya sendiri, senang masukkan saja wang pembayaran ke akaun penulisnya.

      Oh, saya sarankan supaya Wong merujuk ke akhbar seperti Mingguan Malaysia atau Dewan Sastera atau di mana sahaja Wong berhajat untuk menghantar ulasan buku. Baca cara mereka mengulas buku. Itu yang saya lakukan. Apa yang boleh saya kongsikan, pastikan Judul Buku, Harga, Nama Penuls, Terbitan mana harus dinyatakan. Kalau di Mingguan Malaysia, ulasan tidak boleh melebihi 900 patah perkataan. Itu yang dinyatakan.

      Selamat mencuba.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78