Pengikut

Selasa, 29 Oktober 2013

A. Samad Said dan Buku-Buku Sulitnya

Saya yakin, jika soalan siapakah Sasterawan Negara yang anda kenal? Jawapannya, A. Samad Said. Tanyalah kali ke berapa sekalipun dan di mana-mana pun, jawapan sama akan dilontarkan seolah-olah itu bukanlah jawapan pertama kali kita beri. 

Di sini sekali lagi saya ingin maklumkan bahawa Malaysia kini sudah mempunyai 12 orang Sasterawan Negara

kredit foto dari uthayasb.bogspot.com

Selain namanya yang popular dan digembar-gemburkan dengan pelbagai kontroversi, A. Samad Said tetap hebat dalam dunia kesusasteraan negara. Malahan, sejumlah koleksi karyanya sentiasa menjadi bualan dan kajian yang bukan sahaja sarjana Malaysia bahkan luar negara.

Sememangnya blog Uthaya Sankar SB tersenarai dalam bloglist saya. Oleh itu, setelah tertera tajuk entrinya Buku-buku Datuk A. Samad Said, saya dengan pantasnya menerjah entri tersebut. Wah, begitu terujanya saya untuk mendapatkan buku-buku tersebut dengan promosi yang sangat hebat!

"Beli kesemua lima judul buku ini pada harga RM120.00 sahaja - POS LAJU PERCUMA (Malaysia sahaja)".

Tanpa membuang masa saya terus meng-emelkan tempahan buku tersebut kepada saudara Uthaya Sankar SB. Dan, hari ini selamat saya membuat pembayaran. Kata saudara Uthaya Sankar SB melalui kiriman emel, buku saya telahpun diposkan pada waktu petang tadi. Jika bernasib baik, esok saya akan terima. Jika tidak, kenalah tunggu hari Khamis.

Daripada lima judul buku tersebut, saya sudah memiliki Cinta Fansuri yang diterbitkan oleh PTS.



12 ulasan:

  1. nanti leh la wat riview sikit kat sini ...

    BalasPadam
  2. fizi kenal A.samad said dari tingkatan 1 lagi..

    BalasPadam
  3. Tempoh hari saya dah terbaca tentang iklan ni dalam blog beliau. Terasa nak beli, cuma macam belum ada rezeki. Hehe. Duit nak guna untuk perkara lain terlebih dahulu. :)

    BalasPadam
  4. mesti dah banyak koleksi buku beliau yang helmi kumpul..

    BalasPadam
  5. Beliau merupakan pejuang yang hebat bagi diri saya.

    BalasPadam
  6. ye..selalu di dedahkan dgn karya beliau sejak zaman sekolah..

    BalasPadam
  7. Sastrawan yang dianugerahkan bakat hebat dari Allah..

    BalasPadam
  8. Selalu juga suatu waktu dulu membaca bnyk karya2 nya.. mmg beliau seorang yg berbeza.. sentuhan karyanya mmg menikam jiwa.. T kasih diatas perkongsian ye :)

    BalasPadam
  9. Gaya penulisan A. Samad Said mmg hebat, baik yang tersurat maupun yang tersirat. Perlu baca dengan mata hati jugak ...;)

    BalasPadam
  10. Assalam
    Saya dapat lihat sesuatu yang abstrak di dalam karya-karya beliau. Sangat hebat.

    BalasPadam
  11. Dato' A.Samad Said memang hebat dan dikenali ramai =) pantas betul ye cikgu..semoga buku-buku tu selamat sampai..

    BalasPadam
  12. Sangat meminati karya SN Pak Samad. Paling terkesan karyanya adalah Salina dan kumpulan puisi di dalam antologi Balada Hilang Peta malah ada yang mengatakan puisi nukilan saya banyak dipengaruhi oleh beliau. Semoga setelah memiliki naskah beliau lontaran sukmanya dapat dikongsi bersama.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78