Pengikut

Sabtu, 5 Oktober 2013

Saat Memilih Menjadi Manusia

Saat Memilih Menjadi Manusia

Pabila aku memilih untuk menjadi manusia
aku perlu taat
dan patuh
pada suruhan
dan larangan-Nya

Pabila aku memilih untuk menjadi manusia
aku perlu jauhi
kemungkaran
kejahatan
kekejaman
yang selalu menghuruharakan dunia.

Menjadi manusia yang tiada
ilmu
iman
amal
akan menyesatkan
akan menyongsangkan
diri.

Saat dunia perlukan keamanan
keharmonian
dan keadilan
manusia yang bertakwa kepada-Nya
manusia yang beriman kepada-Nya
adalah penyelamatnya.


Mohd Helmi Ahmad
Simpang Empat, Kangkong, Kedah
23 September 2010


24 ulasan:

  1. sangat mendalam maksud puisi ini.. menjadi manusia perlu juga ada sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan manusia/makhluk lain serta alam sekitar kita..

    BalasPadam
  2. cantiknyer gubahan puisi ni..sungguh bermakna...

    BalasPadam
  3. mendala maksudnye tersurat dan tersirat..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, banyak membawa maksud :)

    BalasPadam
  5. alhamdulilah. nanti dtglah baca blog sye http://www.azimahshukor.blogspot.com

    BalasPadam
  6. walaupun simple..tapi maksudnya sungguh mendalam...:)

    BalasPadam
  7. hanya manusia yg dikurniakan akal yg sempurna . gunakanlah utk bertindak dengan sewajarnya .

    BalasPadam
  8. puisi yang indah ..sungguh mendalam maksudnya

    BalasPadam
  9. puisi yang sangat bermakna dan mendalam, simple dan mudah difahami~

    BalasPadam
  10. Kadang2 Ida rasa benci bila ada orang bercakap atau menulis dengan gaya memerli "syukur Malaysia masih akan" so what? apakah mereka suka sangat kalau Malaysia ni kucar kacir dan berperang macam di Syria dan Mesir tu?

    BalasPadam
  11. Sungguh indah susunan ayatnya & bnyk yg tersirat.. puisi yg ada jiwa..

    BalasPadam
  12. maksud yang sangat baik jika kita benar-benar faham isi puisi ni kan :)

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah dilahirkan sebagai manusia...sujud kepadaNYA..

    BalasPadam
  14. Hanya penulis mampu menghurai mengikut apa yg di inginkan...setiap orang pasti memberi maksud yg berbeza2 mengikut pemahaman masing2. Itulah istimewanya puisi

    BalasPadam
  15. Memilih menjadi Manusia
    Berat Dipikul
    Iman Taqwa
    Ringan Dijinjing

    BalasPadam
  16. inshaa'Allah ilmu dan amal yg ada pasti akan digunakan sebaik mungkin kerana Allah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78