Pengikut

Ahad, 27 Oktober 2013

Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum semua dan selamat berhujung minggu.


Satu sejarah telah tercipta dalam dunia percetakan atau perbukuan yang mana buku MOKHTAR DAHARI Legenda Bola Sepak Malaysia karya Zinitulniza Abdul Kadir telah dilancarkan. Buku ini telah dilancarkan oleh D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Selangor pada 25 Oktober 2013 yang lalu. 

Pasti, segala kisah mengenai Mokhtar Dahari yang juga digelar Supermok ini dapat dirungkai setelah pembaca membaca buku ini. Saya berharap selepas ini lebih banyak buku yang diterbitkan dan mengangkat tokoh dari pelbagai bidang. Usaha ini baik untuk sama-sama kita telusuri perjuangan dan pengorbanan mereka.

kredit foto dari FB ITBM

Buku ini berharga RM180.00 dan RM195.00 Sabah dan Sarawak. Kepada yang berminat untuk memilikinya bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di Facebook ITBM.

Nota: Sesungguhnya saya amat meminati buku terbitan ITBM. Kualiti bahan (kandungan teks) dan kualiti fizikalnya sangat meyakinkan saya untuk membelinya. Tahniah, ITBM!



15 ulasan:

  1. Betul-betul.. Kak Erin pun suka.. Tapi buku-buku ITBM mahal sikit lah.. huhuhu

    BalasPadam
  2. T kasih diatas perkongsian info ini cikgu Helmi.. sy adalah salah seorang peminat legenda bolasepak ini.. dia mmg seorang lagenda. Semoga roh beliau aman & ditempatkan bersama org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Saya memang tidak berapa mengenalinya. Mungkin bukan era saya.

      Padam
  3. satu penghargaan terhadap beliau yang telah mengharumkan nama negara dalam bidang sukan..

    BalasPadam
  4. tqvm helmi..kathy dah baca cerpen kat MW..terbaik...

    BalasPadam
  5. penghargaan.. :) walaupun dah kembali ke PenciptaNya, jasanya tetap dalam kenangan..

    BalasPadam
  6. Tokoh dari pelbagai bidang lain yg berbeza-beza wajar di beri penghargaan dan di bukukan sebagai mengenang jasa, panduan kejayaan dan contoh buat generasi sekarang dan akan datang. Mungkin lepas ini ada buku untuk blogger yang berjaya pula...Ya, mungkin ianya Cikgu Helmi...insyaallah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, kalau tidak generasi sekarang tak akan tahu.

      Eh, salah tu Bin Muhammad blogger berjaya. Kalau saya, amin.

      Padam
  7. bapak mertua akak amat meminati beliau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mungkin masa tu era kegemilangannya dan sama dengan bapa mertua akak.

      Padam
  8. Alhamdulillah =) 1 usaha yang baik, saya sokong sangat kalau buku berkaitan sukan ni diterbitkan..sedikit sebanyak ada peminat sukan tempatan yang tahu sejarah sukan terdahulu..nak-nak pemain Malaysia sendiri

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78