Pengikut

Sabtu, 4 Januari 2014

Pelajar Serang Guru Guna Kerambit Pada Hari Pertama Persekolahan 2014

Assalamualaikum semua.

Minggu pertama persekolahan pelbagai ragam pelajar yang diceritakan. Kisah yang paling mendapat perhatian, kisah kepala murid yang tersepit di kerusi. Keduanya, pastilah kisah kecekalan adik Nur Damia Irsalina yang istimewa memasuki alam persekolahan.

gambar hiasan -kredit foto dari anak seberang

Pelajar serang guru pada hari pertama persekolahan
Bagaimanapun, berita terbaru yang dipaparkan ini sangat mengejutkan dengan keberanian seorang pelajar menyerang gurunya menggunakan kerambit pada hari pertama persekolahan 2014. 

Ekoran daripada tindakan berani pelajar tersebut, pihak polis berjaya menahan pelajar tersebut kira-kira 18 jam selepas diburu. Pelajar tersebut disyaki terbabit dengan kumpulan samseng atuu kongsi gelap. 

Senjata dihasilkan sendiri
Setelah disoal siasat, pelajar tersebut menghasilkan sendiri senjatanya itu dengan mengubahsuai gunting. Pihak polis mempercayai bahawa senjata tersebut dibawa ke mana-mana sahaja bukan bertujuan untuk mempertahankan diri, sebaliknya untuk mencederakan orang yang mengancamnya.

pelajar tingkatan lima yang ditahan polis

Lelaki dengan gaya rambut ala punk
Kejadian ini berlaku kira-kira 7 pagi kelmarin selepas guru terbabit menegur penampilan pelajar lelaki tersebut yang gaya rambutnya ala punk. Gayanya itu tidak sesuai dan menyalahi peraturan sekolah. Paling sedihnya lagi, pelajar tersebut melakukan tindakan ganas itu di hadapan ibunya sendiri. 

Pelajar tersebut terpaksa direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan garis panduan potongan rambut seorang pelajar. Jika hendak bersekolah, pelajar tersebut haruslah mengikuti garis panduan tersebut. Mengapa harus dipersoalkan lagi. Dan gaya rambut sebeginikah yang hendak kita bangga-banggakan!

15 ulasan:

  1. Subhanallah..bdk2 zaman skrg ni da hilang hormat pd guru dan ibu bapa.luluhnya hati ibu doa ble lihat kelakuan buruk ank di dpn mata.

    BalasPadam
  2. Nauzubillah remaja sekarang..tidak sedar martabat seorang guru yang wajib dihormati..malah dicederakan lagi pulak.

    BalasPadam
  3. salahkan mak bapak budak yang tak tahu menahu peraturan sekolah.. taunya hantar je ke sekolah pastu lepas kan gitu sja..

    BalasPadam
  4. Manakutkan anak anak zaman sekarang ni.... Salah mak bapak atau salah anak anak yg kurang berakal? Harap anak anak kita jauh dari perkara begini dan kita pula harus semakin peka dengan tanggungjawab sebagai ibubapa....

    BalasPadam
  5. Kesian anak-anak muda zaman sekarang.Ramai akhlak yang sudah terjajah.Tak boleh nak salahkan sesiapa.Semua pihak kena cuba dekati anak-anak muda.Fahami mereka.Betulkan mereka kalau mereka salah.

    BalasPadam
  6. Mujurlah cikgu mengajar sekolah rendah... Ganaz budak2 sekarang.

    BalasPadam
  7. Kejam.. berbelas2 tahun hidup tapi xde adab

    BalasPadam
  8. takut tengok luka tu..harap segera pulih..

    BalasPadam
  9. Susah betul budak2 sekarang ni tak boleh ditegur... tp ok lah cikgu tu diserang di hadapan ibunya... so takde lah citer2 yang tidak puas hati dari pihak keluarga sbb dah tengok sendiri keganasan si anak yang tidak boleh ditegur.

    BalasPadam
  10. Astagfirullah.. dah jadi dah.. isu gengster ni mmg dlm diam sedang menular di sekolah sebenarnya. Sy mmg sedang terlibat bersama beberapa ngo sbg pengkaji luar dlm kajian ttg hal ni utk diajukan atas permintaan KDN.. mmg menakutkan sebenarnya klu dilihat dari fakta kes dari yg kecil hingga besar.. Semoga Allah memberi perlindungan & jln penyelesaian yg sebaik2nya... aamiinn...

    BalasPadam
  11. Cikgu, Helmi. Guru tersebut merupakan suami kepada bos bahagian Kak Long. Sebelum menjadi guru, beliau pernah menjalani latihan praktikal dan pernah bekerja sementara di tempat kerja Kak Long. Kami tahu sangat, beliau bukanlah cengil, cepat angkat tangan atau suka menjerkah orangnya. Kalau menegur, memang sangat berhemah dan sesuai profesion beliau sebagai guru.

    Memang kami kat tempat kerja ini terkejut apabila bos kami menelefon dan memberitahu hal berkenaan kepada salah seorang daripada kami. Kejadian itu memang berlaku hari Khamis, hari pertama sekolah. Memang tak percaya sebab cikgu sebaik itupun boleh diserang pelajar yang baru jejak kaki ke sekolah dan tak sempat kenalpun nama dan perilaku pelajar itu. Apatah lagi kalau ditakdirkan guru disiplin yang memang cengil.

    Kelmarin Kak Long sempat melawat beliau di rumah. Alhamdulillah, mujurlah luka kecil dan tidaklah begitu panjang di bahagian bawah mata (dekat tulang pipi sebelah kanan). Beliau juga tidak terjatuh seperti laporan salah sebuah akhbar tempatan. Mungkin akhbar berkenaan tersilap info agaknya.

    Pelajar yang direman itu baru saja bertukar sekolah sebenarnya. Dia orang luar, bukan dari Kuala Perlis. Semasa di sekolah lama, pelajar itu sudahpun dikenakan tindakan disiplin kerana menuris kereta sebahagian guru yang pernah menegur. Dah berapa buah kereta yang diturisnya tu? Bermakna, sudah ada rekod disiplin. Pelajar itu direman sehingga esok. Tak tahulah pula kalau tempoh itu akan dipanjangkan lagi. Huh! Memalukan nama tempat Kak Long saja.

    Sewajarnya pihak KPM memandang serius perbuatan ini. Kalau dah sampai membawa senjata berbahaya seperti itu, dan dengan niat mencederakan, bermakna keselamatan pelajar-pelajar lain juga guru-guru sedikit sebanyak tergugat. Pihak berwajib harus menangani isu gangsterisme dan sealiran dengannya secepat mungkin. Bimbang nanti akan berlaku hal-hal yang lebih serius.

    Kak Long kasihan dengan guru-guru sekarang. Tugas para guru nampaknya akan semakin bertambah lagi dan lagi dan lagi. Satu hal pula kalau selepas ini nak pantau dan cek seorang demi seorang kalau-kalau ada lagi pelajar yang jenis suka membawa senjata walaupun mungkin niat mahu mempertahan diri.

    Apapun, sama-sama kita berdoa semoga gejala-gejala berbahaya seperti ini akan segera ditangani sebaiknya. Semoga jua anak-anak zaman ini dilembutkan hati mahu menerima teguran dan pandangan dari orang yang lebih dewasa untuk kebaikan mereka sendiri.

    BalasPadam
  12. menjadi seorang guru pun ada risiko juga..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78