Pengikut

Khamis, 9 Januari 2014

SPS Cara Daftar Murid https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

Assalamualaikum semua.

Nampaknya, saya perlukan sedikit masa untuk melakukan aktiviti blogwolking di blog kalian semua. Maaf, kerana kesibukan dengan tugas di sekolah. Hari ini menerima borang Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk diisi dan menyemak semula murid yang mendapat buku teks sesi 2014 dan borang Bantuan Persekolahan RM100 untuk diisi nama murid dan maklumat lain sebelum bantuan diagihkan nanti. Semua kerja ini perlu dilakukan oleh guru kelas. 

Alhamdulillah, senarai nama murid kelas saya telah dikemaskini dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Kerja seterusnya, mengemaskini nama murid pula dalam satu lagi sistem iaitu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Kata mudahnya, guru kelas perlu mendaftar atau istilahnya "Tambah Murid" kelas yang dipegangnya. Selepas SPS beroperasi, rekod kehadiran murid ke sekolah akan diambil menggunakan sistem SPS secara online. 

Di sini saya perturunkan cara daftar murid yang diajarkan oleh guru data saya di sekolah tadi. Guru-guru kelas boleh mengikut cara ini untuk memudahkan kerja-kerja tambah murid. Saya diberitakan, kerja daftar murid ini perlu dilakukan segera sebelum Februari. 


1. Seperti biasa guru kelas perlu Log Masuk SPS dahulu. Klik LOG MASUK.



2. Apabila cikgu sudah Log Masuk, cikgu pergi ke bahagian atas sebelah kanan klik-Pentadbir Sekolah.


3. Kemudian, cikgu pergi ke bahagian Pengurusan Murid dan klik Selenggara Maklumat Murid.


4. Di bahagian kiri, cikgu perlu klik Tambah Murid.


5. Kemudian, satu paparan Borang Maklumat Murid akan dipaparkan. Cikgu perlu mengisi maklumat murid dengan lengkap.


6. Selepas mengisi maklumat tersebut, cikgu klik Simpan pada bahagian bawah sekali paparan borang Murid Baru.


7. Untuk menyemak senarai murid yang telah didaftar itu tadi, cikgu perlu klik Senarai Murid.


8. Untuk pindah murid ke kelas cikgu, cikgu perlu kembali semula pada halaman Pengurusan Murid dan klik Penempatan Murid Secara Manual.


9. Pilih murid cikgu yang telah cikgu daftar sebelum ini dan pastikan cikgu telah Pilih Tahap dan Pilih Kelas dan baru klik Pindah.

Semoga Berjaya!

8 ulasan:

  1. Sekarang semuanya dihujung jari main klik-klik je kan cikgu.. selamat bekerja ye cikgu

    BalasPadam
  2. Segalanya online sekarang ni...nampaknya guru2 pun wajib ada ilmu siber jugalah.

    BalasPadam
  3. baik guru.ibu bapa dan guru kena celik IT..hehehehe..

    BalasPadam
  4. bagus buat tutorial macam ni.. semuanya kini di hujung jari sahaja..

    BalasPadam
  5. wahhhh... sistem yang memudahkan...

    BalasPadam
  6. Macam-macam kerja yang perlu diuruskan. Tugas guru sekarang bukan macam guru dulu-dulu lagi.

    BalasPadam
  7. Semoga sistem ini memudahkan lagi segala urusan pembelajaran & pengurusan.. in shaa Allah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78