Pengikut

Ahad, 12 Januari 2014

Berita Harian Hari Ini Tersalah Cetak ke?



Sebelum ini saya ada berkongsi tentang "Gara-gara Berita "Kecoh Sambut 2014" Berita Harian Habis Dijual". Hari ini saya hendak berkongsi lagi tentang Berita Harian yang barangkali tersalah cetak. Pagi tadi saya ke kedai untuk membeli Berita Harian, seperti selalunya memandangkan hari ini ada ruangan cerpen dan puisi. 

Apabila saya membelek halaman sastera tersebut, hanya ada sebelah muka sahaja cerpen, sebelah lagi yang juga memuatkan ruangan puisi hilang. Sangkaan saya, mungkin pembekal tersalah lipat atau susun. Saya ambil pula yang lain, sama sahaja. 

Kemudian, saya hanya beli Mingguan Malaysia di kedai tersebut. Berita Harian akan saya cari di kedai lain, barangkali ada kesilapan yang telah berlaku. Setelah ke kedai lain, sama juga pada halaman tersebut. Satu cerita tentang buku, satu cerita tentang P.Ramlee. 

Adakah kesilapan ini tidak sengaja dilakukan? Bagaimanapun Berita Harian di tempat anda? Terutamanya pada ruangan cerpen? Cukup tak?


13 ulasan:

  1. kathy dah jarang beli paper..selalu baca on9 je helmi..

    BalasPadam
  2. dh lama x baca BH..barangkali tersalah cetak kot..

    BalasPadam
  3. ini semua misteri nusantara cikgu. hehe

    BalasPadam
  4. mungkin masa lipatan suratkhabar untuk page tu tak de

    BalasPadam
  5. tak tau la..jie slalu baca online jer..

    BalasPadam
  6. Assalam
    Di sini , di tempat saya , Berita Harian elok - elok sahaja Cikgu.

    BalasPadam
  7. cik akak baca on9 je perpagi nie..hihi

    BalasPadam
  8. Berita Harian dah jadi Berita Hairan la tu hehehe

    BalasPadam
  9. Maaf. Tak dapat nak komen. Berita Harian bukan akhbar hujung minggu saya.

    BalasPadam
  10. Mmg betul cikgu Helmi.. smlm sy ke rumah saudara & baca akhbar tu.. ada perasan juga ttg muka surat yg lari tu hehee.. :D

    BalasPadam
  11. Tak beli...xtahu pula. Biasanya tersalah cetak lah tu...

    BalasPadam
  12. akak selalu baca online saja.. tak pasti pula memang tersalah cetak..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78