Pengikut

Isnin, 5 November 2012

Bagaimana Menjadi Penulis Yang Bijak

Selaku penulis eceran pernahkah anda merancang untuk menulis karya yang mengambil sempena atau sambutan yang diraikan. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman yang pernah saya lalui.

Untuk menulis karya baik puisi mahupun cerpen yang mengambil sempena perayaan pastikan karya tersebut dihasilkan lebih awal. Proses penghantaran karya itu lebih baik dalam tempoh masa tiga bulan awal. Ayuh, kita perhatikan sepanjang tahun, antara perayaan apakah yang disambut.

1. Tahun Baru Cina
2. Hari Guru
3. Hari Ibu
4. Hari Bapa
5. Ramadan
6. Hari Raya Aidilfitri
7. Hari Raya Aidiladha
8. Hari Kemerdekaan
9. Hari Deepavali
10. Hari Krismas

Penulis haruslah mengetahui media manakah yang sering menyiarkan karya bersempena ini. Tidak semua media menyediakan peluang tersebut. Baik majalah mahupun surat khabar. Penulis harus membuat tinjauan. Namun, senarai hari perayaan seperti saya senaraikan di atas sering menyiarkan karya berkenaan. Selain itu, majalah yang bercirikan wanita atau perempuan juga sering menyiarkan karya edisi khas perkahwinan. Jadi penulis boleh mencuba untuk menghantar kepada majalah tersebut seperti Harmoni, Mingguan Wanita, Jelita, Perempuan.

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Haruslah rajin dan berdisiplin untuk menulis.

2 ulasan:

  1. Abang Helmi, tema-tema ini amat dekat dengan penulis sebenarnya dan sekiranya yang muda remaja seperti saya ini bijak mengolah, pasti akan menghadikan cerita yang mantap.

    Misalnya, cerpen 'Hadiah Hari Guru' yang termuat dalam antologi Sehijau warna Daun yang pernah menjadi teks wajib KOMSAS Tingkatan 1, temanya Hari Guru, tetapi mesejnya begitu sarat untuk diambik iktibar.

    *Sekadar pendapat daripada penulis muda yang masih merangkak-rangkak. Molek kiranya menerima tunjuk ajar daripada senior yang lebih mapan... :)

    BalasPadam
  2. Ya, Fathul. Menjadi seorang penulis bukan sahaja meluahkannya di atas kertas. Elok kiranya, kita merasainya dulu dalam erti kata secara 'maya'.

    *Rajinlah menulis dan mencuba. Abang juga mula dari bawah. Tidak ada masalah. Jika ada sebarang masalah boleh usulkan, abang akan tolong sedaya boleh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78