Pengikut

Jumaat, 25 Januari 2019

Dapatkan Antologi Cerpen Kanak-kanak: Kartunis Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bagaimanakah dengan perkembangan penerbitan kumpulan cerpen kanak-kanak? Berkembang atau menguncup? Penerbit mana lagi selain DBP yang mahu menerbitkan buku genre ini?

Saya ada menghantar sebuah manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak ke sebuah syarikat penerbitan untuk penilaian penerbitan, namun tiada sebarang khabar sama ada manuskrip itu lulus diterbitkan atau sebaliknya. Benarlah, penantian tanpa khabar ialah satu penyiksaan.

Jalan lain, penulis berkolaboratif menerbitkan antologi. Jika melihat perkembangan penerbitan antologi cerpen kanak-kanak dahulu dengan sekarang, jauh bezanya.

Nama seperti Othman Puteh antara penyelenggara antologi cerpen kanak-kanak dan remaja yang disegani. Namun, setelah beliau tiada, penerbitan antologi dalam genre ini seperti agak tenggelam.

Walau bagaimanapun, usaha Pak Cu Hamidi Md Yudin yang bertindak sebagai penyelenggara antologi cerpen dan puisi kanak-kanak dapatlah dikatakan sebagai penyambung nyawa menghidupkan semula penerbitan antologi dalam genre ini.

Buktinya, "Kartunis Muda" yang menghimpunkan 14 buah cerpen kanak-kanak yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar diterbitkan oleh DBP.

Antologi ini turut memuatkan tiga buah cerpen saya termasuklah "Ujian Kejujuran", "Anugerah Syawal nan Mulia" dan "Haikal".

Ya, kerja-kerja penyelenggaraan antologi bukan mudah apatah lagi melibatkan banyak penulis. Oleh itu, satu kejayaan bagi seorang penyelenggara apabila antologi yang diselenggara berjaya diterbitkan bawah penerbit terkemuka seperti DBP.

Terbaharu, penerbit Wacana MBM yang diterajui oleh Cikgu Mohamad Musip, telah melancarkan projek penulisan cerpen kanak-kanak. Sebanyak lima edisi antologi cerpen kanak-kanak dengan lima tema terpilih bakal diterbitkan. Usaha Wacana MBM menerbitkan dan menyediakan bahan bacaan yang berkualiti untuk kanak-kanak wajarlah dipuji.

Sebagai penulis cerpen kanak-kanak pula, aspek penulisan genre ini haruslah dikuasai terlebih dahulu. Sudah pastilah gaya penulisan cerpen kanak-kanak berbeza dengan penulisan cerpen remaja dan dewasa.

Untuk itu, pengkajian, penelitian dan pembacaan yang meluas perlu dilakukan. Sekiranya ada rakan-rakan berminat untuk menulis atau membaca cerpen kanak-kanak, saya cadangkan untuk rakan-rakan mendapatkan Kartunis Muda sebagai bahan bacaan tambahan.

Dengan harga RM10 (termasuk pos biasa), rakan-rakan dapat membaca 14 buah cerpen kanak-kanak pelbagai tema seperti keberanian, nilai persabahatan, kasih sayang, keinsafan dan kekeluargaan. Hubungi saya segera!

#KartunisMuda #Cerpenkanakkanak #BukuDBP


Isnin, 21 Januari 2019

Membaca Kisah Bibliofil dalam Naskhah Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Naskhah Kehidupan menghimpunkan pengalaman pembacaan dan kecintaan terhadap buku oleh 20 orang penulis termasuklah guru dan pensyarah universiti.

Coretan pengalaman tersebut disampaikan secara anekdot dan kisah kehidupan. Hasil pembacaan, dapat saya senaraikan bahan bacaan; akhbar, majalah, buku, novel, kitab yang disebut oleh para penulis dalam buku ini. 

1. Mingguan Kanak-kanak
2. Salina
3. Bujal
4. Wak Dogol
5. Ibu yang Kusayang
6. Badai Semalam
7. Mendung Semalam
8. Sayang Si Tina
9. Jejak Kenangan
10. Saya Tunggu, Awak
11. Who Move My Cheese?
12. Ranjau Sepanjang Jalan
13. Real Focus
14. Feng Shui
15. Awake The Giant Within
16. Mira Edora
17. Jangan Ikut Jalan Ini
18. Stories of Childhood
19. The Story World
20. Senandung Anak Laut
21. Kasih Sayang
22. Hikayat Sang Kancil
23. Hikayat Hang Tuah
24. Canai Bacaan
25. Atheis
26. Tulang-tulang Berserakan
27. Seuntai Kasih Secebis Harapan
28. Cerita Malam Pertama
29. Kenang-kenangan
30. Hikayat Abdullah
31. Ini Pasu Bunga
32. Kamus Idris Al Marbawi
33. Qassasul Anbia
34. Kitab Perukunan
35. Muta'al Badrin
36. Siti Nurbaya
37. One Minute Manager
38. Kampung Boy
39. Tenggelamnnya Kapal Van Der Wijck
40. Merantau ke Deli
41. Di Bawah Lindungan Kaabah
42. Konserto Terakhir
43. PhD, Kecil Tapi Signifikan
44. Travelog Haji
45. Rayyan Fantasi
46. Penunggu Rimba Tombiruo
47. Rahsia Hati
48. Menantu Komando Pencen
49. Salju Kyoto
50. Mawar Berduri
51. Patah Sayap Bertongkat Paruh
52. ILYAS I Love You Abang Singa
53. Tiga Jodoh
54. Fleur
55. Makmum yang Tertinggal
56. Jangan Benci Cintaku
57. CEO Tak Dijangka
58. Filosofi Mak Singa
59. Cakar Ayam Seorang Doktor
60. Sangkuriang's Love, Oedipus Laging
61. Suara Orang Berbangsa
62. Rahsia Khatam al-Quran Pada Usia Lima Tahun
63. Travelog Cinta Mualim
64. Rencah Kehidupan
65. Rimbun Kehidupan
66. Seorang Tua di Kaki Gunung
67. Children Ensiklopedia Britainica 

Siri anekdot dan kisah bibliofil ini boleh dijadikan bahan bacaan ahli keluarga dan masyarakat untuk membina keyakinan diri untuk mendekati buku dan membaca buku.

Pelbagai pengalaman pembacaan yang dikongsikan termasuklah bagaimana mereka mula minat membaca, siapa yang memberikan sokongan untuk membaca, peristiwa tersesat di kedai buku, kempen-kempen memupuk budaya membaca, fiil seorang bibliofil, cabaran bergelar penulis buku, keghairahan membaca sehinggalah kembara buku ke luar negara.

#MalaysiaMembaca #KisahBibliofil #NaskhahKehidupan #WacanaMBM #AnekdotdanKisahKehidupan

Selasa, 15 Januari 2019

Promosi Beli 2 Buku Percuma 1 Buku

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah, stok buku Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan yang memuatkan anekdot dan kisah kehidupan saya selamat diterima. 

Arkitek Kehidupan menghimpunkan kisah kerjayaku. Dalam buku ini saya berkisah tentang kerjaya sebagai seorang penulis. Manakala Naskhah Kehidupan menghimpunkan kisah bibliofil atau pengalaman pembacaan dan kecintaan terhadap buku.

Selain itu, melalui penerbitan siri anekdot dan kisah kehidupan ini juga terdapat tiga lagi judul iaitu Kompas Kehidupan, Hijrah Kehidupan dan Kiblat Kehidupan.


 
Sebagai menghargai sokongan rakan-rakan terhadap hasil penulisan saya, dengan ini saya menawarkan promosi istimewa bagi pembelian buku Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan yang baru sahaja terbit.

Set kombo ini ditawarkan pada harga RM50. Menariknya lagi, setiap pembelian set ini saya akan hadiahkan sebuah buku percuma. Tajuk boleh pilih sendiri. Rujuk pada gambar.

Arkitek Kehidupan + Naskhah Kehidupan + (1 buku percuma) = RM50

Terhad kepada 10 orang terawal sahaja.

Terima kasih atas sokongan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78