Pengikut

Isnin, 30 Jun 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum

Assalamualaikum.

Format Tugasan PT3 Sejarah 
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 

1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan



C. Menghuraikan Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum


1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri 

Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri  yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.  Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. 

2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar.  Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya.  Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.  

3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif  dengan menggalakkan rakyat saling  mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.  

4. Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, karya sastera seperti “Seuntai Kata Untuk Dirasai”, “Dirgahayu Bahasaku” dan sebagainya daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-lain lagi.

Rujukan:
1.http://brainly.my/tugasan/7075



Cara Menulis Rencana PT3 2014

Assalamualaikum.



Tugasan Sejarah PT3 mengkehendaki calon menulis tugasan tersebut dalam bentuk rencana. Panjang rencana itu pula tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Namun begitu, daripada maklum balas, calon meluahkan mereka tidak tahu atau kurang mahir menulis dan bagaimana bentuk rencana yang dimaksudkan itu. Oleh itu, saya mengambil inisiatif ini untuk berkongsi dan menjelaskan serba sedikit tentang bentuk RENCANA tersebut. 

Konsep atau Maksud Rencana


  • Menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1996:96) takrifan terhadap istilah rencana adalah masih umum. Istilah ini seringkali difahami sebagai sama dengan maksud esei dan artikel. Semuanya bersifat deskriptif, mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, malahan ciri-ciri media penyiarannya juga adalah sama, iaitu akhbar, majalah, dan buletin.
  • Kamus Dewan (2005: 1311) pula mencatatkan maksud rencana sebagai cerita, karangan atau kisah.
  • Kamus Lengkap Bahasa Indonesia (Em Zul Fajri dan Ratu Aprilia Senja, ?: 705) mencatatnya sebagai laporan pemberitaan. 
  • Pandangan Safian Hussain et.al. (1988: 282) tentang maksud rencana lebih menjurus kepada esei pendek untuk siaran akhbar dan majalah. 
  • Tulisan yang biasanya berukuran lebih panjang dan lebih terperinci daripada berita, mengandungi buah fikiran, ulasan, huraian atau penceritaan yang biasanya berdasarkan peristiwa benar (Mustaffa Suhaimi (1986). 

Jenis Rencana

  • Rencana sukan
  • Rencana ekonomi
  • Rencana Pendapat
  • Rencana Kembara
  • Rencana Berita
  • Rencana sastera, dan sebagainya.

Corak Penulisan Rencana

  • Corak pendedahan
  • Corak penerangan
  • Corak pemujukan
  • Corak penghujahan (Rahman Shaari, 1996: 24- 36). 


Cara Menulis Rencana

  • Ada Pendahuluan
  • Ada Isi
  • Ada Penutup atau Rumusan

Oleh itu, fahamkah calon tentang bentuk penulisan rencana? Diharapkan perkongsian dan penjelasan secara ringkas ini dapat membantu calon PT3 menghadilkan tugasan Geografi dan Sejarah dengan baik. Semoga berjaya.

Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum

Assalamualaikum.

Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di Malaysia.
Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan kaum.



PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam  mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Kepentingan Perpaduan Kaum

1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa

Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang dikehendaki dalam tugasan Sejarah PT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat atau isi yang dikehendaki dalam tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan, rencana ini hanya memaparkan tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu memasukkan faktor, cabaran dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum membuat rumusa. 

Rujukan: 
1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html


Tugasan Geografi PT3 2014: Kesan Pencemaran kepada Manusia dan Alam Sekitar

Assalamualaikum.

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian. 
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

2.3 Kesan Kejadian Pencemaran kepada Manusia dan Alam Sekitar di Kawasan Kajian


Kesan Kejadian Pencemaran kepada Manusia


a) Kesihatan terjejas

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.


Kesan Kejadian Pencemaran kepada Alam Sekitar


a) Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

b) Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

c) Suhu meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terla
lu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

d) Air tercemar

Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut

e) Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

Rujukan:
1. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html
2. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-dan-alam-sekitar/

Bahan Tugasan Geografi PT3: Kesan Kejadian Pencemaran Alam Sekitar kepada Manusia dan Alam Sekitar ini sekadar perkongsian dan sebagai sumber rujukan sahaja. Calon perlu mengolah semula dalam bentuk penulisan rencana. Diingatkan juga, calon perlu sesuaikan dengan kajian kes calon.


Tugasan Geografi PT3 2014: Faktor atau Punca Kejadian Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum.

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

2.2 Faktor atau Punca Kejadian Pencemaran Alam Sekitar 


a) Perkilangan.



Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.

Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..

b) Kenderaan


Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

c) Pembakaran terbuka



Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.

Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.

d) Sampah sarap


Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

e) Pembinaan


Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

f) Perniagaan


Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.

g) Petempatan



Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.

Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.

h) Perlombongan


Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.


Rujukan:
1.http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html
2. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html

Bahan Tugasan Geografi PT3: Faktor atau Punca Kejadian Pencemaran Alam Sekitar ini sekadar perkongsian dan sebagai sumber rujukan sahaja. Calon perlu mengolah semula dalam bentuk penulisan rencana.

Ahad, 29 Jun 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Konsep dan Takrifan Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum.



Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

2.1 Konsep dan Takrifan Pencemaran Alam Sekitar yang dikaji

  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pencemaran bermaksud perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap dan sebagainya.
  • Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
  • Holdgate, 1979 mendefinisikan pencemaran adalah aktiviti manusia kepada alam sekitar yang memberi impak kepada hidupan dan ekosistem.

Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar


a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia ,tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.



b . Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .



c . Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.



d. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.


PERINGATAN: Segala bahan tugasan PT3 Geografi yang dikongsikan di blog ini bukan sebagai jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya membaca dan memahami, kemudian mengolahnya sendiri mengikut kemahiran masing-masing. 

Sumber rujukan:
1. http://alamsekitar.my/pencemaran-makna-definisi-maksud/
2. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html



Contoh Rencana dan Sumber Rujukan Tugasan Sejarah PT3 2014

Assalamualaikum.

kredit foto dari cpiasia.net


Sudahkah calon PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menerima soalan tugasan mata pelajaran Sejarah? Jika belum boleh klik di sini: Tugasan PT3 Sejarah. Baiklah, jika calon sudah menerimanya, sudahkah calon membaca dan meneliti soalan tugasan tersebut? Kemudian, faham betul-betul soalan dan cara bagaimana PT3 dilaksanakan. Selepas itu, barulah bertindak dengan bimbingan guru

Apabila saya membuat carian tentang tugasan PT3 Sejarah umpamanya, saya ada singgah di beberapa blog yang berkongsi tentang tugasan ini. Kebanyakan calon yang meninggalkan komen pada entri tersebut meluahkan bahawa mereka tidak faham. Ada juga yang menyatakan bahawa bentuk rencana itu bagaimana? Jadi, saya cuba jelaskan secara ringkas. 

Pelaksanaan PT3 melalui Tugasan


Hanya mata pelajaran Sejarah dan Geografi sahaja yang diberikan tugasan dalam PT3. Tugasan Sejarah PT3: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia. Calon dikehendaki menulis sebuah rencana yang panjangnya 300 patah perkataan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. 

Biarpun pelaksanaan itu dilakukan dalam waktu PdP di sekolah untuk menulis rencana 300 patah perkataan, calon juga dikehendaki membuat perancangan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Pelaksanaan Tugasan. Hal ini penting kerana mengikut Rubrik Penskoran markah perancangan dan penyediaan awal bahan membawa markah sebanyak (30 markah) dan penulisan rencana 300 patah perkataan itu pula membawa markah sebanyak (70 markah).

Rujukan Tambahan:
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

KBAT dalam Tugasan PT3


Sekiranya calon PT3 hendak tahu, tugasan menulis rencana ini adalah soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sekiranya sebelum ini, calon hanya menjawab soalan objektif tetapi kini, calon perlu berfikir dahulu sebelum bertindak. 

Tidak banyak bezanya menulis karangan atau pun  rencana. Seharusnya, calon PT3 tidak mengalami masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Sekiranya dalam penulisan karangan calon hanya perlu menulis isi, huraian dan nyatakan contoh, tetapi untuk menulis rencana calon PT3 perlu memasukkan isi, huraian, contoh dan sumber rujukan. Dalam bahan Tugasan Sejarah PT3 telah diberikan contoh menulis sumber rujukan

Contoh dan Sumber Rujukan 



Saya tertarik dengan perkongsian Cikgu Razak dengan draf awal untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya salin untuk dikongsikan dengan calon PT3 semua. 


1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul  contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

Pengenalan - Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum


(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British
·         Sistem pendidikan zaman British
·         Pendudukan Jepun
·         Peristiwa 13 Mei
·         Isu agama dan budaya- trend terkini

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia


(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
·         memelihara kedaulatan Negara
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia
·         membangunkan ekonomi negara
·         mengekalkan kestabilan politik
·         membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum


(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
·         Penubuhan parti politik
·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
·         Dasar pebdidikan kebangsaan

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum


(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah
·         parti politik berasaskan kaum
·         kesan dasar penjajahan british
·         Sikap individulistik dalam masyarakat
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
·         Campurtangan kuasa luar

Langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia


(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

·         Kempen kerajaan
·         Program RIMUP
·         Gotong royong
·         Rumah terbuka
·         Sambutan perayaan
·         Program sukan
·         Slogan I Malaysia
·         Aktiviti kokurikulum

Rumusan


(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan 
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar
·         Menghargai jasa tokoh

Sumber Rujukan


(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/


Oleh itu, adalah diharapkan penerangan secara ringkas tentang tugasan Sejarah PT3 ini sedikit sebanyak dapat membantu calon. Calon PT3 juga boleh merujuk contoh dan sumber rujukan semasa proses penyediaan bahan dan penulisan rencana Perpaduan Kaum di Malaysia itu nanti. Semoga berjaya.


Tugasan Geografi PT3 2014: Kajian Kes Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum.


Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Soalan Tugasan, Format, Arahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 bagi subjek Sejarah dan Geografi. Tugasan ini bermula pada 1 hingga 18 Julai 2014.  Arahan tersebut berupa Arahan kepada Guru dan Arahan kepada Calon.

Dalam bahan yang disertakan itu juga turut dijelaskan dan dibekalkan Kerangka Pelaksanaan Tugasan dan Panduan Rubrik Penskoran untuk pemberian markah untuk tugasan yang dihasilkan pelajar.  Calon juga boleh memuat turun tugasan, format, arahan PT3 subjek Geografi (23) ini di sini.

Tugasan Geografi PT3 2014: Kajian Kes Pencemaran Alam Sekitar


Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian. 
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 


Arahan kepada Calon


1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014. 
 
1.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014. 
 
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini. 
 
1.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 
 
1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 
 
1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. 
 
1.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu. 
 
1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 
 
1.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 
 
1.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 
 
1.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 
 
1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F. 

1.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 
 
1.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 
 
1.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan. 

Oleh itu, calon haruslah bersedia dengan tugasan yang diberikan. Calon diingatkan supaya menghasilkan tugasan mengikut format dan arahan yang diberikan untuk memperoleh markah yang cemerlang


Sabtu, 28 Jun 2014

Tugasan, Format, Arahan PT3 - Subjek Sejarah 2014



Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Soalan Tugasan, Format, Arahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 bagi subjek Sejarah dan Geografi. Tugasan ini bermula pada 1 Julai 2014.  Arahan tersebut berupa Arahan kepada Guru dan Arahan kepada Calon.

Dalam bahan yang disertakan itu juga turut dijelaskan dan dibekalkan Kerangka Pelaksanaan Tugasan dan Panduan Rubrik Penskoran untuk pemberian markah untuk tugasan yang dihasilkan pelajar.  Calon juga boleh memuat turun tugasan, format, arahan PT3 subjek Sejarah ini di sini.

Tugasan PT3 Sejarah 2014: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia


Baca petikan berikut dengan teliti



Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia

Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. 

Format Tugasan PT3 Sejarah 

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 

1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

Arahan Tugasan PT3 Sejarah


2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014. 

2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014. 

2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini. 

2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 

2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 

2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. 

2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu. 

2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 

2.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 

2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 

2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 

2.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika calon didapati melakukan plagiat calon boleh digagalkan atau diberikan gred F. 

2.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 

2.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 

2.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan.


Oleh itu, calon haruslah bersedia dengan tugasan yang diberikan. Calon diingatkan supaya menghasilkan tugasan mengikut format dan arahan yang diberikan untuk memperoleh markah yang cemerlang. Pastikan calon membuat rujukan bagaimana cara menulis rencana yang baik. Kriteria yang turut dinilai adalah menulis sumber rujukan dengan betul dan tepat



Ramadan di Perantauan

Assalamualaikum.



Setelah mendengar perisytiharan bermula puasa malam tadi yang ditetapkan pada hari Ahad (28 Jun 2014), esok hati saya bagaikan diasak rindu untuk menyambutnya bersama keluarga di Kedah. Sebelum pulang ke sekolah semalam, seorang ustazah menyapa saya dengan satu soalan: kau tak balik sambut Ramadan dengan keluarga kau ke Helmi? Saya teragak-agak untuk menjawab. Tak, seiring dengan cebikan senyuman yang entah tawar atau pahit. Oh, akak nak bertolak balik ni. Kau jangan lupa telefon mak kau. Terima kasih, kerana masih ada yang sapa menyapa, ingat mengingatkan. 

Ramadan di Kampus Serdang

Seingat saya, daripada kecil saya tidak pernah berpisah dalam erti kata merantau ke negeri atau tempat lain seorang diri. Hinggalah saya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia. Ketika itu, umur saya sudah 19 tahun- setelah mengikuti Tingkatan 6 selama satu tahun setengah. Selama tiga tahun saya berkelana di bumi hijau dan menyambut Ramadan di kampus Serdang

Pengalaman menyambut Ramadan di universiti amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan menyambut Ramadan bersama keluarga. Pertamanya sudah pastilah soal suasana dan persekitarannya. Namun begitu, saya belajar untuk melaluinya. Berbuka bersama rakan-rakan membawa cerita yang ada kala indah untuk dikenang. Jalinan mesra sewaktu berbuka bersama, berkongsi juadah yang dibeli memungkinkan kemesraan itu terjalin.


Ramadan di Perantauan

Kemudian, setelah tamat pengajian di universiti saya menyambut pengajian pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis selama setahun. Maka, dalam kiranya itu sudah 4 tahun saya tidak menyambut Ramadan bersama keluarga. Tamat pengajian di IPG Kampus Perlis, saya di tempatkan di Selangor penghujung tahun 2011. 

Tahun demi tahun, 2012, 2013 dan kini 2014 saya akan menyambut Ramadan di perantauan lagi. Semua ini saya lalui dengan penuh tabah. Ada yang tidak kisah menyambut Ramadan atau berpuasa di mana sahaja. Itu bukan halnya bagi saya. Tetapi, bukankah lebih manis sekiranya kita dapat menyambutnya bersama keluarga terutama ibu dan bapa kita yang masih ada. 

Bagaimanapun, saya masih diberi kesempatan untuk berbuka bersama keluarga lewat Ramadan menjelang Aidilfitri. Sekitar hari ke 27-30 Ramadan begitu, saya akan pulang ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah.  

Memohon Ampun dan Maaf


Pada kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf kepada rakan blogger yang mengenali saya secara langsung atau pun tidak langsung. Moga apa yang saya kongsikan dalam blog Tetamu Istimewa ini bermanfaat untuk semua. 

Sekiranya, entri yang saya tulis itu, mengundang kontroversi, menyinggung perasaan, mengguris hati atau sekalipun telah membuka aib mana-mana individu atau pihak, saya memohon berbanyak-banyak kemaafan. Justeru, selamat menyambut Ramadan kepada blogger semua dan umat Islam yang lainnya. 

Ramadan di Perantauan menguji setia dan sabar. 



Jumaat, 27 Jun 2014

Jadual dan Keputusan Pusingan Kedua Kalah Mati Piala Dunia 2014

Assalamuaalikum.



Lengkap pusingan pertama atau kumpulan perlawanan bola sepak dalam kempen Piala Dunia Brazil 2014. Tahniah kepada pasukan yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua-kalah mati yang akan bermula pada 29 Jun 2014. Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke pusingan kedua.

Berikut merupakan jadual perlawanan pusingan kedua kalah mati Piala Dunia 2014. Pasukan yang menang di peringkat kalah mati nanti akan meneruskan perlawanan ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Insya-Allah, saya akan cuba mengemaskini keputusan terkini pusingan kedua kalah mati Piala Dunia 2014 ini. Oleh itu, semak tarik perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2014.

16 Pasukan Berjaya ke Pusingan Kedua Kalah Mati


Kumpulan A
Brazil - Juara
Mexico - Naib Juara

Kumpulan B
Belanda - Juara
Chile - Naib Juara

Kumpulan C
Colombia - Juara
Greece - Naib Juara

Kumpulan D
Costa Rica - Juara
Uruguay - Naib Juara

Kumpulan E
Perancis - Juara
Switzerland - Naib Juara

Kumpulan F
Argentina - Juara
Nigeria - Naib Juara

Kumpulan G
Germany - Juara
USA - Naib Juara

Kumpulan H
Belgium - Juara
Algeria - Naib Juara

Jadual dan Keputusan Pusingan Kedua Kalah Mati Piala Dunia 2014




Kredit Sumber: mysumber.com


Rabu, 25 Jun 2014

Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Malaysia

Assalamualaikum.



Karangan laporan ini sekadar perkongsian yang dipetik daripada sisipan DIDIK-Berita Harian. Murid sekolah rendah Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan boleh jadikan karangan Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Malaysia ini sebagai rujukan. Perhatikan daripada segi format penulisan laporan, isi karangan, huraian isi dan contoh


LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hui San dianggotai oleh murid-murid Tahp Dua sahaja. Persatuan ini dibentuk setahun selepas sekolah dirasmikan iaitu pada tahun 1995. Visi Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kita ialah meningkatkan keupayaan potensi murid-murid dalam aktiviti berbahasa Malaysia. 

        Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2013. Aktiviti pertama ialah pertandingan bercerita yang diadakan pada 20 Februari iaitu pada hari Rabu. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid termasuk ahli persatuan. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Kim Mi Yoke dari kelas 3A dan Lim Pok Moi dari kelas 5B. Pemenang-pemenang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. 

         Seterusnya, Persatuan Bahasa Malaysia menganjurkan pula pertandingan mendeklamasikan sajak yang diadakan pada 25 April di auditorium sekolah. Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat baharu bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah. Sebanyak lima sajak disediakan untuk para peserta. Pertandingan ini telah dimenangi oleh murid dari kelas 6A iaitu saudari Catherine Yip. 

       Sebelum peperiksaan UPSR, Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan ceramah teknik menjawab kertas Bahasa Melatu - Penulisan. Ceramah ini telah disertai oleh semua murid Tahun 6. Ceramah ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang soalan-soalan peperiksaan supaya mereka dapat membuat persediaan sebelum hari peperiksaan. 

       Aktiviti terakhir pada tahun ini ialah lawatan sambil belajar ke Melaka. Seramai 44 ahli persatuan dan 8 orang guru pengiring menyertai lawatan itu selama tiga hari. Para peserta berasa puas hati dapat menyertai lawatan itu kerana banyak pengalaman menarik diperoleh di situ. Antaranya dapat melihat artifak lama dan kapal replika zaman penjajah. Para peserta juga sempat menaiki Menara Keris Taming Sari yang cukup unik. 

       Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kita sepanjang tahun 2013. Pihak persatuan juga akan merancang aktiviti yang lebih menarik pada tahun hadapan untuk menarik lebih ramai murid menyertai persatuan ini. 


Disediakan oleh,                                                                                                11 NOVEMBER 2013

Sufiya
(SUFIYA TURI)
Setiausaha, 
Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hui San.

Sumber: Kredit daripada DIDIK@Cikgu Mahzir

Nota: Hari ini dan esok masih berkursus "Kursus Penyebaran KSSR-DSKP Bahasa Malaysia Tahun 5".

Isnin, 23 Jun 2014

Sihir Sebuah Buku

Assalamualaikum.


Setelah seminggu beralih dari musim cuti persekolahan pada hari bekerja, di rumah saya seolah-olah kesunyian. Selalunya, ada juga buku yang dipautkan berhampiran kusyen duduk untuk dibelek dan seringkali dibaca berdikit-dikit. Setelah semua buku yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa 2014 lalu dibawa pulang ke kampung sewaktu cuti persekolahan lalu, maka tiada apa yang tertinggal untuk saya baca. 

Pada Hujung Minggu


Lantaran itu, pada hujung minggu lepas, selepas menghadiri kelas tambahan saya membuat keputusan untuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman seorang diri. Tidak mahu menyapa kawan atau mempelawa mereka turut sekali, kerana saya menganggapkan pasti mereka juga ada aktiviti sendiri, saya berkelana seorang diri di sana. 

Selepas membeli dua pasang baju kemeja di SOGO, yang hari ini dipakai di sekolah terus ditegur oleh anak murid: cikgu pakai baju baharu ya! Saya hanya senyum simpul sahaja, betapa kepekaan mereka memerhati penampilan guru sangat tinggi. 

Saya lantas, menuju ke beberapa buah kedai buku sambil membelek majalah keluaran terbaharu. Hanya dua buah majalah yang dibeli Pelita Bahasa, Mei 2014 dan Dewan Bahasa Jun 2014. Majalah lain telah saya langgan seperti Tunas Cipta, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa. Hingga ke hari ini majalah langganan saya itu belum sampai. 

Sihir Sebuah Buku


Kemudian, sewaktu hendak pulang saya singgah ke kedai buku Pustaka Mukmin. Belek punya belek, saya terpandang sebuah buku Lim Swee Tin: Berkelana di Belantara Kata. Buku ini pernah saya lihat, pegang sewaktu belajar di UPM dahulu. Ketika itu saya ditugaskan untuk menjaga booth buku Persatuan Linguistik Melayu (PLM). Kini, hasrat untuk memiliki buku ini kuat dan bagaikan terkena sihir sebuah buku tanpa membuang masa saya terus ke kaunter untuk membayar harganya RM25

Sehari semalam saya membaca buku ini. Ungkapan yang terluah seusai membacanya, rugi saya tidak memilikinya dahulu. Buku terbitan Citra Kurnia Enterprise cetakan 2009 ini kaya dengan perkongsian pengalaman kreatif seorang penyair. Telah banyak saya membaca buku Lim Swee Tin, namun buku ini punya semangat dan kesunguhannya yang lain daripada yang lain. 

Menerbitkan Sendiri Karya


Paling melekat dalam diri saya adalah bagaimana kesungguhan dan semangat juang yang ada pada seorang penulis atau penyair bukan Melayu dalam menempatkan diri dalam dunia kesusasteraan Melayu. 

Persoalan lain yang dilontarkan, di bawah tajuk Menerbitkan Sendiri Karya: Dimensi dan Landskap Berkreatif yang lain sangat mengujakan saya. Cabaran menerbitkan buku dengan modal dan usaha sendiri sememangnya perlukan kekentalan dalam mengharungi apa jua cabaran. 

Memetik Mawar dan karya-karya lain


Saya tertarik apabila beliau berkongsi bagaimana proses dan perjalanan buku kumpulan sajak remaja: Kereta Api Malam (ditukar tajuk-menjadi Memetik Mawar). Buku ini katanya pernah diajukan kepada sebuah penerbitan, namun "malangnya" buku ini yang akhirnya diterbitkan sendiri oleh beliau. Jika hendak tahu apakah "malangnya" yang juga dikatakan beliau dalam buku ini, bolehlah baca sendiri coretan beliau. 

Memetik Mawar akhirnya berjaya diterbitkan sendiri oleh beliau. Paling membanggakan buku ini berjaya menggondol Hadiah Sastera Perdana Malaysia kategori kumpulan puisi remaja yang membawa pulang RM5000. Setelah hampir 10 tahun berlalu, hadiah untuk kategori ini masih tetap sama pada tahun 2013. 

Berkat kesabaran dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh Lim Swee Tin, beliau telah dipilih untuk menerima S.E.A Write Awards tahun 2000 oleh Kerajaan Thailand. Antara buku persendirian yang telah diterbitkan ialah EVA (1981),  Akrab (1985, 1992), Menyusur Musim (1990), Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/Achild and Other Poems (1993), Masih (1997), Sebuah Fragmen Cinta (1998, 2000), Nota Waktu (bersama Zurinah Hassan, 2000), Nyanyian Sepi (2000) Citra Kurnia (2003, 2004), Sukma Cemara (2006), Potret Harum Kuntum-kumtum Zaiton (2006), Cakrawala Kemerdekaan (2006), Eva Masih untuk Sebuah Nama (2008), dan buku-buku esei yang lain. 

Sihir sebuah buku, itulah yang mampu saya ungkapkan apabila membaca tulisan Lim Swee Tin dalam buku ini. Saya bagaikan terpegun dengan setiap kata yang dicoretkan. Saya masih mengharapkan Lim Swee Tin (Dr.) terus berkarya dan dapat pula menerbitkan buku terbaharu untuk tatapan kami semua. 




Ahad, 22 Jun 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014/1435H Seluruh Negeri

Assalamualaikum.


kredit foto dari malaysiatercinta.com

Tidak lama lagi, Ramadan bakal menjelma. Sebagai panduan di sini saya kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014/1435H Seluruh Negeri. Selain itu, saya kongsikan juga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2014/1435H mengikut zon bagi setiap negeri di Malaysia ini. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Seluruh Negeri Perlis

Zon 1: Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2: Daerah Pendang Kuala Muda dan Yan
Zon 3: Daerah Padang Terap dan Sik
Zon 4: Daerah Baling
Zon 5: Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 6: Daerah Langkawi
Zon 7: Puncak Gunung Jerai

Seluruh Negeri Pulau Pinang

Zon 1: Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2: Ipoh, Batu Gajah, Kampar Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3: Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4: Temengor dan Belum
Zon 5: Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor.
Zon 6: Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon7: Bukit Larut


Seluruh Wilayah Persekutuan & Putrajaya

Zon 1: Gombak, Petang/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2: Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam

Zon 1: Tampin, Jempol
Zon 2: Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu

Seluruh Negeri Melaka

Zon 1: Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2: Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau yang berdekatan dengannya.
Zon 3: Bagi daerah Pontian dan Kluang
Zon 4: Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor


Zon 1: Pulau Tioman
Zon 2: Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan
Zon 3: Maran Chenor, Temerloh, Bera dan Jerantut
Zon 4: Bentong, Raub dan Lipis
Zon 5: Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6: Bukit Fraser, Genting Higlands dan Cameron Higlands 


Zon Kuala Terengganu dan Marang
Zon Besut dan Setiu
Zon Hulu Terengganu
Zon Kemaman dan Dungun


Zon 1: Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)
Zon 2: Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing



Seluruh Wilayah Persekutuan Labuan

Diharapkan perkongsian jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2014/1435H ini bermanfat untuk semua. Tidak kira di mana kita berada, sama ada di negeri atau zon mana sekali pun, ibadah puasa wajib dilaksanakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78