"Sejarah sukar ditulis, walaupun mengenai perkara yang munasabah, tanpa melibatkan begitu banyak kronologi." Ruhaini Matdarin
Saya mencari idea untuk menulis. Terlintas difikiran akan novel yang memenangi tempat kedua HSKU 2012 iaitu Waris Pejuang. Ada sesuatu yang istimewa yang perlu diselongkarkan.
Salah satu cara untuk saya memulakan penulisan ialah memaksa diri. Jika tidak bermula, tidak akan nampak perkembangan, akhiran dan hasilnya. Maka, tanpa perlu menunggu ilham turun dari langit, saya paksakan diri untuk memulakannya.
Saya pegang Waris Pejuang, saya capai sebatang pensel lalu saya gariskan idea yang bakal saya terjemahkan dalam bentuk penulisan nanti. Sesungguhnya, bentuk penulisan itu bukanlah ulasan buku.
Insya-Allah sekiranya ada rezeki saya akan kongsikan nanti.