Pengikut

Rabu, 15 Mei 2013

Artikel: Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda di Pelita Bahasa


GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA merupakan tema Hari Guru 2013. Artikel saya turut tersiar di Pelita Bahasa, Mei 2013 dengan tajuk yang sama. Ini merupakan kali pertama saya menulis untuk Pelita Bahasa dalam ruangan Sari Bahasa. Moga tulisan saya itu menjernihkan lagi pemahaman pembaca dalam memahami tema Hari Guru tahun ini. 

Dengan tersiarnya artikel ini saya kira menjadi hadiah terbaik kepada saya sempena sambutan Hari Guru tahun ini. Terima kasih kepada editor yang memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pandangan dan seterusnya menulis dalam Pelita Bahasa. Jika ada kekurangan itu kelemahan saya.

Saya berharap guru-guru di Malaysia hayatilah tema ini dengan penuh iltizam untuk menjadi tenaga penggerak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 

Aspirasi Murid
1. Pengetahuan
2. Kemahiran Berfikir
3. Kemahiran Memimpin
4. Kemahiran Dwibahasa
5. Etika dan Kerohanian
6. Identiti Nasional
SELAMAT HARI GURU


6 ulasan:

  1. Selamat Hari Guru, Hem...

    BalasPadam
  2. Tahniah! Selamat hari guru, bang Helmi.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu! Tidak terlewat rasanya ungkapan ini ~ Selamat Hari Guru.

    Menjadi guru merupakan anugerah terindah kerana seseorang guru itu langsung memasuki kehidupan anak-anak manis dan ikut bertanggungjawab dalam pembentukan rakyat Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan selain ibu bapa.

    BalasPadam
  4. Terima kasih, Kak Long mengingati.

    Ya, insan bergelar guru memikul amanah yang tersangat berat. Namun, bersama-samalah kita bekerjasama melahirkan modal insan masa hadapan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78