Pengikut

Isnin, 25 Jun 2018

Koleksi Buku tentang Buku

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
 
 

Koleksi buku yang membicarakan tentang buku, majalah, akhbar, manuskrip, dunia pembacaan, pesona dunia buku, perpustakaan ulasan buku dan seumpamanya.



Butiran Lengkap:
1. 100 Akhbar Melayu - Hamedi Mohd Adnan, ITBM, 2015.

2. Gila-gila: Gaya dan Tema Kartun (1978-2008), Muliyadi Mahamood, ITBM, 2016.


3. Kartun dan Kartunis di Malaysia, Muliyadi Mahamood, ITBM, 2015.






4. Biblioholisme, Shaharom TM Sulaiman, ITBM, 2012.

5. Ulasan Buku, Anuar Manshor, ITBM, 2016.

6. Pemuliharaan Buku dan Manuskrip, Wan Ali Hj. Wan Mamat, DBP, 1988.








7. Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca, Zahrah Yunos, Zahrah Yunos, 2018.

8. Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, Iman Danial Hakim, Jejak Tarbiah, 2018.

9. Kertas-kertas yang Merubah Fikir, Nazmi Yaakub & Najibah Abu Bakar, Jejak Tarbiah, 2018.





10. Buku Kekasih, Shahrom TM Sulaiman, UP&D, 2004.

11. Ada Apa dengan Buku, Shaharom TM Sulaiman & Suriati Shamsuddin, UP&D, 2004.


#KoleksiBukuMHA

Isnin, 18 Jun 2018

Kad Hari Raya Sudah Tidak Relevan?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Pada era teknologi maklumat dengan kecanggihan gajet terkini, tradisi menghantar ucapan menerusi kad hari raya tidak pernah luput. Buktinya, pada hari ini saya menerima kiriman kad hari raya daripada rakan-rakan. Saya berasa sangat terharu. Semoga ingatan tulus ikhlas ini mengeratkan lagi silaturahim antara kita. 

Ahad, 17 Jun 2018

Drama NUR Menghina Ustaz, Mengangkat Pelacur?


Jika seorang ustaz itu lebih mulia daripada kita, siapalah kita hendak merendah-rendahkan martabatnya? 

Jika seorang pelacur itu lebih teruk daripada kita, mengapa kita hendak mengagung-agungkan statusnya?

Penangan sebuah drama - Nur yang disiarkan di TV3 telah mengundang pelbagai reaksi daripada penonton. Drama Nur menceritakan realiti terpencil yang berlaku dalam masyarakat kita. Atau realiti terbuka yang tidak dibongkar atau didedahkan? Saya sempat membaca beberapa reaksi daripada pihak yang "menyukai" dan "tidak menyukai". 


Rata-rata reaksi tersebut tidak mewakili bagi diri sendiri sebaliknya merangkum kepada masyarakat. Dengan kata lain, drama ini telah memburuk-burukkan imej seorang ustaz. Ustaz yang menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang atau harta anak yatim. Ustaz yang melanggan pelacur. Hal ini menyebabkan orang lain - terutama bukan beragama Islam akan memandang serong terhadap orang Islam/ustaz. 

Kritikan itu dibalas - Madi atau Ustaz Madi dikatakan bukanlah seorang ustaz tulen. Jadi tidak menjadi isu apabila dia dipakaikan "serban ustaz" dan telah menjatuhkan maruah seorang ustaz yang selama ini dihormati dan diiktiraf statusnya. 

Saya melihat drama ini sebagai sebuah fiksyen kritikan sosial. Jika saya seorang pembaca novel, drama ini telah diadun dengan plot cerita yang lengkap - permulaan, perkembangan, konflik, kemuncak dan peleraian. Namun begitu, pada akhirnya plot drama ini telah ditamatkan dengan tergesa-gesa. Katakan kemuncaknya berada pada babak nombor 7, tiba-tiba sahaja terus menjunam ke babak nombor 10. Babak nombor 8 dan 9 dihilangkan - dipercepatkan atau dirangkum sekali dalam babak nombor 10. 

Bagi saya pengakhiran drama Nur boleh diperbaiki. Apabila menjadikan sihir/santau sebagai penyebab Adam membenci/berpisah dengan Nur seolah-olah penulis skrip/pengarah mengambil jalan selamat. Biarpun ada sedikit unsur suspens dan kejutan apabila pada mulanya Adam dikatakan membenci dan menceraikan Nur disebabkan kecuaian Nur yang menyebabkan "anak dalam kandungan" mati. Namun sebaliknya, disebabkan sihir/santau. 

Pastinya rata-rata penonton tidak puas hati apabila pengakhiran drama ini diakhiri dengan "pembalasan" yang terlalu "lembut". Namun begitu, siapalah kita/manusia untuk menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun, itulah hukuman - undang-undang yang diterima oleh Madi (ditangkap) kerana telah melakukan penyelewengan wang.

Dari segi watak dan perwatakan semua pelakon memainkan peranan yang cukup baik. Walau bagaimanapun, saya melihat watak Aisyah - kakak Adam ada sedikit kontra. Saya tidak pasti sama ada begitukah yang diarahkan oleh pengarah? Aisyah terlalu keras dan kasar. Jika hendak dibandingkan dengan Deeja yang lebih lembut dan tenang. Melihat kepada watak dan perwatakan seorang perempuan muslimah nada dan percakapan Aisyah yang sering meninggi-ninggikan suaranya dan menengking itu sedikit pun tidak menggambarkannya seorang perempuan muslimah. 

Apabila sesuatu karya seni bertentangan dengan norma masyarakat, hal inilah yang mengundang kritikan. Apabila status pelacur - kotor dan buruk diangkat sedangkan status ustaz - bersih dan mulia direndah-rendahkan. Kisah ini dapat dikatakan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kita berhak memberikan "kritikan", pandangan atau pendapat. Namun begitu, kita tidak boleh memaksa orang lain menyetujui dengan apa-apa yang kita perkatakan. Dalam konteks kerja seni sebarang kritikan yang membina, kita ambil untuk kita perbaiki karya akan datang. 

Jika kita lebih baik daripada seorang ustaz, mengapa kita tidak bersama-sama berdakwah ke jalan Allah?

Jika seorang pelacur itu lebih baik daripada kita, siapalah kita hendak merendah-rendahkan martabatnya?

Nur - lorong cahaya daripada yang buruk kepada yang baik, yang gelap kepada yang cerah, yang kasar kepada yang lembut, yang jahil kepada yang berilmu, yang sesat kembali ke pangkal jalan.

Pada akhir penilaian yang menjamin tiket kita ke syurga adalah keikhlasan. Keikhlasan itu pula suatu yang subjektif untuk dinilai dengan mata kasar.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78