Pengikut
Khamis, 29 Mac 2012
Menulis Perlukan Perancangan dan Strategi
Percayakah anda kerja menulis juga perlukan perancangan dan strategi? Bukan sahaja penulis novel ataupun buku malahan penulis eceran yang juga menulis cerpen mahupun puisi perlukan perancangan dan strategi yang baik.
Pertamanya:-
1) Pastikan anda tahu karya yang anda hasilkan itu sesuai untuk dihantar dan dipertimbangkan di majalah atau surat khabar mana.
Contohnya: cerpen yang berkisar kekeluargaan haruslah memilih majalah yang sesuai seperti Jelita, Harmoni, Seri Dewi & Keluarga dan lain-lain.
2) Pastikan anda mengambil peranan selaku editor terlebih dahulu yang mana anda bertindak mengedit, menyunting karya anda sendiri. Penyuntingan barangkali melibatkan ejaan, struktur ayat, kosa kata yang sesuai dan lain-lain yang difikirkan perlu. Kurangkan melakukan kesilapan yang berulang. Sebolehnya menggunakan kamus untuk menyemak ejaan yang tidak pasti. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dengan media yang dihantar. Jika untuk bacaan ibu-ibu janganlah guna bahasa yang tinggi dan tersirat maksudnya. Sebaliknya karya begitu lebih sesuai untuk bacaan majalah Dewan Sastera.
3) Pastikan anda tahu tarikh-tarikh penting setiap bulan.
Contohnya: karya yang bertema; iaitu seperti:-
Bulan Januari - Tahun Baru Cina
Bulan Mei - Hari Ibu, Hari Guru
Bulan Jun - Hari Bapa bulan Jun
Bulan Ogos - Hari Raya Aidilfitri, Kemerdekaan
Bulan November - Hari Deepavali
Bulan Disember - Hari Krismas
dan sebagainya mengikut perubahan.
Karya-karya bertema ini haruslah dihantar lebih awal dari tarikh penyiaran barangkali memerlukan dua atau tiga bulan awal.
4) Seperti yang saya sarankan dapatkan majalah atau surat khabar itu terlebih dahulu untuk mengetahui berapa halamankah yang diperuntukkan untuk ruangan cerpen atau berapa buah untuk puisi untuk setiap kali siaran. Bagi cerpen anda apasti dapat mengagak dari jumlah halaman yang diperuntukkan dan teliti jumlah perkataan keseluruhan cerpen tersebut. Barangkali anda sendiri perlu mengira jumlah tersebut untuk mengetahuinya. Jadi selepas itu cerpen yang dihantar tidaklah terlalu panjang ataupun pendek.
5) Pastikan anda mengikuti majalah atau surat khabar itu setiap bulan atau minggu. Hal ini perlu bukan sahaja untuk menyemak karya yang tersiar tetapi sebolehnya anda harus tahu bilakah media tersebut dikeluarkan. Maksudnya ada majalah yang keluar lebih awal dari tarikh sebenar seperti majalah WANITA. Selalunya WANITA akan keluar 10 ke 12 hari awal dari tarikh sebenar.
Selasa, 27 Mac 2012
Pertandingan Bercerita Peringkat Hulu Selangor
Pertandingan Bercerita Bahasa Cina Peringkat Daerah Hulu Selangor telahpun berlangsung dengan jayanya pagi tadi. SJKC CHOONG CHEE selaku tuan rumah sedaya upaya melakukan yang terbaik dengan persiapan tempat, kemudahan, makanan dan beberapa hal-hal yang lain. Tahniah kepada pasukan yang menang!
Setiap pasukan diwakili empat orang peserta. Mereka ini bekerjasama untuk menyampaikan cerita dengan gaya persembahan yang cukup menghiburkan. Saya rasa saya tidak seberani mereka ini pada umur sebaya mereka. Keletah mereka di atas pentas bukan sahaja memukaukan malah mengundang tepukan gemuruh dari pihak penonton.
Walaupun sekolah saya tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan ini namun saya percaya mereka ini sudah memberikan yang terbaik. Mana tidaknya setiap kali rehat masa mereka 'dirompak' oleh guru (jurulatih) untuk mendengar mereka bercerita. Selepas itu akan diperbetulkan mana yang perlu diperbaiki. Saya rasa mereka ini boleh pergi lebih jauh lagi di masa akan datang kerana mereka ini baru darjah dua dan tiga.
Selepas ini menunggu giliran untuk pertandingan bercerita dan syarahan bahasa Melayu peringkat sekolah pula untuk dibawa ke peringkat daerah. Saya ditugaskan untuk memantau bahagian bercerita. Harap-harap berjalan dengan lancar. Dalam masa saya mengajar saya juga belajar. Situasi menang-menang ini adalah cara terbaik untuk saya meraih pengalaman.
Isnin, 26 Mac 2012
Karya Berganda di Akhbar
Alhamdulillah, ini merupakan puisi (gurindam) yang keempat tersiar di Berita Minggu pada tahun 2012. Terima kasih editor Berita Minggu kerana memberi peluang dan menerima gurindam ini.
Sebenarnya ini merupakan puisi saya yang kedua tersiar di Mingguan Malaysia. Betapa susahnya hendak memecah tembok ruangan sastera Mingguan Malaysia. Syukur sebenarnya berkat usaha yang tidak pernah kenal putus asa akhirnya puisi saya dapat juga menempatkan diri. Terima kasih editor Mingguan Malaysia mempercayai puisi ini.
Kedua-dua buah puisi ini tersiar pada 25 MAC 2012. Kedua-dua buah puisi ini juga telah lama saya hasilkan. Sekitar tahun 2009.
Kepada kawan-kawan yang menghantar mesej tidak ketinggalan juga yang meninggalkan komen di blog saya ucapkan terima kasih. Sokongan anda semua amat saya hargai dan perlukan untuk terus menulis.
Ahad, 25 Mac 2012
Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012
Kreadit gambar dari portal PTS |
Lebih kurang sebulan daripada sekarang Pesta Buku Antarabangsa PWTC bakal berlangsung. Adakah pesta buku ini berada dalam perancangan anda? Insyaallah acara ini berada dalam perancangan saya. Malah saya bercadang untuk pergi lebih daripada sekali. Sememangnya pesta buku ini menawarkan ribuan judul buku daripada ratusan penerbit. Ayuh, kita serbu nanti!
Sudah tentu apabila berada di pesta buku haruslah tenang dan memperuntukkan masa yang sesuai dan selesa. Janganlah tergesa-gesa takut nanti buku yang hendak dicari tidak jumpa. Dinasihatkan kalau hendak pergi berteman eloklah cari teman yang sekepala. Bukannya apa belum pun puas kita berada di sana sudah ajak balik. Hehehehe
Sebelum pergi sudah tentu anda mempunyai perancangan untuk pergi pada hari apa, buku apa yang hendak beli dan berapa belanjanya. Saya sudah membuat tinjauan untuk menyenaraikan beberapa buah buku yang hendak dibeli. Antara dalam perancangan adalah:
1. Sebelas Patriot - Andrea Hirata
2. Tasik Syahdu dan Cerpen-cerpen Lain - A. Samad Said
3. Adik Datang - A. Samad Said
4. Al -Kisah - Zainal Rashid Ahmad
5. Dan beberapa lagi yang masih dalam perhatian.
Namun kita hanya mampu merancang. Kadang-kadang yang dirancang tidak dibeli yang tidak dirancang dibelinya pula. Sebolehnya saya akan cuba tepati.
Saya juga menantikan novel bersiri Ketupat Cinta edisi kedua dari Faisal Tehrani. Harap-harap sudah dibukukan dan berada di pesta buku nanti.
*PTS ada menjalankan peraduan Hebah dan Menang sempena pesta buku ini.
Sabtu, 24 Mac 2012
Akhirnya... Teka Teki Sebuah E-Mel Terjawab
Berbalik kepada kiriman e-mel itu saya telah dijemput ke majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan mesyuarat ASASI. Oleh kerana saya ini salah seorang peserta saya dijemput hadir. Keputusan hanya akan diumumkan pada hari tersebut iaitu pada 23 Mac 2012. Namun pada hari tersebut iaini jumaat saya sudah berada di Hulu Yam, kembali bertugas. Lantas saya membalas e-mel itu semula menyatakan saya tidak dapat hadir kerana perlu pulang ke Selangor untuk bertugas.
Sehari selepas itu saya menerima kiriman balas dari e-mel tersebut supaya sebolehnya saya menghantar wakil. Saya pun membalas semula (dengan tidak tahu malu) menanyakan adakah saya telah memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan? Jika ya akan saya usahakan untuk menghantar wakil.
Kemudian e-mel yang saya terima selepas itu hanya menyatakan YA. Kalau boleh diusahakan untuk menghantar wakil. Ketika itu hati saya berbunga gembira. Mana tidaknya saya telah memenangi sayembara penulisan dalam bidang kreatif yang tidak pernah saya kecapi. Dalam hati saya walaupun sekadar saguhati saya amat berpuas hati.
Setelah berbincang dengan keluarga kami mengutuskan untuk menghantar kakak ipar saya untuk hadir ke mahlis tersebut dan ditemani kakak saya sendiri. Tentu ada yang bertanya kenapa tidak kakak saya sendiri yang naik menerima hadiah tersebut? Jawapannya kakak saya itu pemalu sikit orangnya.
Pada hari yang dinanti pun tiba. Setelah mendaftar kemudian kakak saya menelefon saya memberitahu yang mereka telah sampai di Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan telah mendaftar. Sejurus beberapa jam kemudian kakak saya menelefon sekali lagi menyatakan saya telah memenangi kedua-dua kategori iaitu cerpen dan puisi yang saya sertai. Ketika itu kalau orang tengok saya tentu mengatakan yang saya kurang siuman kerana ketawa seorang diri.
Bertapa syukurnya kehadrat Ilahi kerana memberkati doa dan usaha saya selama ini. Tidak lupa juga kepada Wadi rakan penulisan saya yang berkongsi maklumat akan sayembara ini tempoh hari. Beliaulah bersusah payah menghantar borang penyertaan kepada saya. Kepada yang memberi sokongan selama ini saya ucapkan terima kasih.
Bertapa syukurnya kehadrat Ilahi kerana memberkati doa dan usaha saya selama ini. Tidak lupa juga kepada Wadi rakan penulisan saya yang berkongsi maklumat akan sayembara ini tempoh hari. Beliaulah bersusah payah menghantar borang penyertaan kepada saya. Kepada yang memberi sokongan selama ini saya ucapkan terima kasih.
Untuk mengetahui lebih lanjut saya menelefon ayah saya sekali lagi. Jelaslah ayah saya memberitahu yang saya telah memenangi TEMPAT KEDUA dalam kategori CERPEN dan TEMPAT KEDUA SAGUHATI kategori PUISI. Dalam sayembara ini penulis dikehendaki menghantar sebuah penyertaan cerpen dan lima buah penyertaan puisi. Katanya karya-karya pemenang akan diantologikan dalam masa terdekat. Alhamdulillah. Saya akan menunggu antologi tersebut.
Khamis, 22 Mac 2012
Merekod Karya
Adalah penting bagi seseorang penulis untuk merekod karyanya. Sama ada semasa proses penghantaran ataupun selepas karya itu tersiar. Jadi kerja ini akan memudahkan penulis untuk mengetahui karya yang dihantar pernah tersiar ataupun tidak. Satu lagi dengan melakukan perekodan karya juga dapat memudahkan penulis mencatat tarikh karya tersiar dan media yang menyiarkan karya-karyanya. Ada sesetengah penulis membina satu blog peribadi untuk merekod karya mereka. Ada juga yang merekod karyanya melalui 'failling'. Terpulanglah kepada penulis untuk merekodnya.
*Tak sabar rasanya menunggu hari esok. Ada berita yang hendak saya kongsikan. Insyaallah.
*Tak sabar rasanya menunggu hari esok. Ada berita yang hendak saya kongsikan. Insyaallah.
Selasa, 20 Mac 2012
Bank Karya
Setiap penulis saya fikir pasti ada bank karya masing-masing. Tidak kiralah untuk menyimpan puisi, cerpen mahupun makalah-makalah yang lain. Di pendekkan cerita saya membuka bank karya cerpen saya untuk melihat kembali cerpen-cerpen yang pernah saya hasilkan dan pernah hantar ke media. Sejurus itu terlihatlah cerpen saya yang saya hasilkan lewat tahun 2009 yang lalu. Cerpen tersebut berjudul PERMAISURI. Cerpen ini pernah saya hantar ke majalah SERI DEWI & KELUARGA pada suatu ketika.
Namun apabila tiada khabar berita saya pun memutuskan untuk menghantar ke suatu media. Saya pun mengedit apa yang patut. Selepas siap saya pun hendak mengirimkannya. Namun sebelum itu saya cubalah menyemak sistem OPEC yang merekodkan karya-karya penulis yang pernah tersiar di media. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya menaip tajuk cerpen PERMAISURI sebagai kata kunci. Di situ tercatat nama Mohd Helmi sebagai pengarang. Lantas masih was-was saya terus menghubungi editor SDK untuk mendapatkan kepastian. Namun hampa tidak berjawab.
Kemudian saya mengirimkan e-melkan pertanyaan. Akhirnya dijawab oleh seorang editor. Katanya nama pengirim cerpen tersebut adalah MOHD HELMI BIN AHMAD namun yang membezakannya adalah e-melnya. Saya sekadar senyum. Kerana melihatkan e-mel tersebut merupakan e-mel saya. Namun e-mel itu sudah tidak digunakan.
Alhamdulillah setelah menunggu hampir setahun cerpen tersebut rupa-rupanya tersiar juga. Cerpen tersebut tersiar pada bulan MAC 2010. Tidak salah saya hantar cerpen tersebut pada APRIL 2009. Ternyata penantian memang suatu penyiksaan. Penyiksaan itu saya sifatkan amat berbaloi. Cerpen tersebut juga saya hantar menggunakan pos. Dan memang prosedurnya begitu untuk menghantar karya ke SDK haruslah mengisi borang penyertaan yang disediakan di dalam majalah.
Namun apabila tiada khabar berita saya pun memutuskan untuk menghantar ke suatu media. Saya pun mengedit apa yang patut. Selepas siap saya pun hendak mengirimkannya. Namun sebelum itu saya cubalah menyemak sistem OPEC yang merekodkan karya-karya penulis yang pernah tersiar di media. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya menaip tajuk cerpen PERMAISURI sebagai kata kunci. Di situ tercatat nama Mohd Helmi sebagai pengarang. Lantas masih was-was saya terus menghubungi editor SDK untuk mendapatkan kepastian. Namun hampa tidak berjawab.
Kemudian saya mengirimkan e-melkan pertanyaan. Akhirnya dijawab oleh seorang editor. Katanya nama pengirim cerpen tersebut adalah MOHD HELMI BIN AHMAD namun yang membezakannya adalah e-melnya. Saya sekadar senyum. Kerana melihatkan e-mel tersebut merupakan e-mel saya. Namun e-mel itu sudah tidak digunakan.
Alhamdulillah setelah menunggu hampir setahun cerpen tersebut rupa-rupanya tersiar juga. Cerpen tersebut tersiar pada bulan MAC 2010. Tidak salah saya hantar cerpen tersebut pada APRIL 2009. Ternyata penantian memang suatu penyiksaan. Penyiksaan itu saya sifatkan amat berbaloi. Cerpen tersebut juga saya hantar menggunakan pos. Dan memang prosedurnya begitu untuk menghantar karya ke SDK haruslah mengisi borang penyertaan yang disediakan di dalam majalah.
Isnin, 19 Mac 2012
Puisi di Berita Minggu: Mari Kita Luruskan Saf
Mari Kita Luruskan Saf merupakan puisi saya yang ketiga tersiar di Berita Minggu, 18 Mac 2012. Alhamdulillah nampaknya ada perkembangan positif yang mana jika dilihat dari rekod saya, puisi saya mendapat tempat di Berita Minggu setiap bulan iaitu bermula Januari, Februari dan Mac. Terima kasih editor Berita Minggu yang memberi peluang.
Ada yang bertanya adakah ini puisi saya yang saya hasilkan pada tahun 2012? Jawapannya bukan. Puisi ini saya hasilkan lewat tahun 2011. Puisi yang saya hasilkan pada tahun ini belum nampak bayangnya lagi. Insyaallah sekiranya ada rezeki dan tersiar akan saya khabarkan. Namun saya rasa di awal tahun ini saya lebih banyak menulis cerpen (banyak ke?). Cerpen-cerpen ini pula lebih bertemakan Hari Guru. Barangkali akan menemui pembaca sekitar bulan Mei, insyaallah.
Hayatilah dan bersama-sama kita luruskan Saf agar kekuatan umat kita kembali kukuh dan padu.
Ahad, 18 Mac 2012
Alhamdulillah, Selamat
Agaknya sudah lama saya tidak menerbitkan sebarang entri di blog ini. Bukannya tidak mahu berbuat demikian tetapi kadar kelajuan mengakses internet di kampung agak perlahan membantutkan hasrat saya itu.
Alhamdulillah, saya selamat bercuti seminggu di kampung dan selamat tiba semula di Batang Kali. Sebenarnya banyak cerita yang hendak dikongsikan terutama karya-karya saya yang tersiar pada bulan Mac. Insyaallah d hari mendatang akan saya kongsikan.
Alhamdulillah, saya selamat bercuti seminggu di kampung dan selamat tiba semula di Batang Kali. Sebenarnya banyak cerita yang hendak dikongsikan terutama karya-karya saya yang tersiar pada bulan Mac. Insyaallah d hari mendatang akan saya kongsikan.
Jumaat, 9 Mac 2012
Balik Kampung
Alhamdulillah, esok saya akan balik ke kampung, Simpang Empat, Kangkong, Alor Setar, Kedah negeri kelahiran saya. Bercuti selama seminggu sempena cuti sekolah. Rasa-rasanya tak sabar untuk sampai di rumah. Meninggalkan kesibukan kerja di sekolah dengan kerenah anak-anak murid yang kadangkala menguji kesabaran saya.
Semalam ayah saya telefon menanyakan hal ini sama ada saya jadi balik ataupun tidak. Saya katakan insyaallah jadi balik. Insyaallah juga katanya jumaat minggu depan akan dilangsungkan kenduri arwah tokwan saya yang baru-baru ini meninggal dunia. Al Fatihah.
Selain berjumpa dengan keluarga, saya tidak sabar sebenarnya ingin menatap Tunas Cipta bulan Februari yang mana artikel saya mengisi ruangan Bicara Tunas. Terima kasih juga kepada ayah saya yang tidak jemu menelefon saya setiap kali ada surat sampai di rumah. Katanya ada beberapa cek bayaran honorarium yang diterima. Ada juga penyata bayaran yang telah dimasukkan terus ke dalam akuan bank seperti DBP.
Saya juga ingin ke kedai buku Toko Buku Cahaya Baru di jalan Langgar yang selalu saya pergi untuk mendapatkan Tunas Cipta, Dewan Siswa dan Dewan Sastera keluaran Mac. Harap-harap sudah sampai. Daripada majalah ini ada antaranya karya saya yang tersiar. Terima kasih editor yang menyiarkan karya-karya saya itu.
Doakan agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Amin
Semalam ayah saya telefon menanyakan hal ini sama ada saya jadi balik ataupun tidak. Saya katakan insyaallah jadi balik. Insyaallah juga katanya jumaat minggu depan akan dilangsungkan kenduri arwah tokwan saya yang baru-baru ini meninggal dunia. Al Fatihah.
Selain berjumpa dengan keluarga, saya tidak sabar sebenarnya ingin menatap Tunas Cipta bulan Februari yang mana artikel saya mengisi ruangan Bicara Tunas. Terima kasih juga kepada ayah saya yang tidak jemu menelefon saya setiap kali ada surat sampai di rumah. Katanya ada beberapa cek bayaran honorarium yang diterima. Ada juga penyata bayaran yang telah dimasukkan terus ke dalam akuan bank seperti DBP.
Saya juga ingin ke kedai buku Toko Buku Cahaya Baru di jalan Langgar yang selalu saya pergi untuk mendapatkan Tunas Cipta, Dewan Siswa dan Dewan Sastera keluaran Mac. Harap-harap sudah sampai. Daripada majalah ini ada antaranya karya saya yang tersiar. Terima kasih editor yang menyiarkan karya-karya saya itu.
Doakan agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Amin
Rabu, 7 Mac 2012
Kerjaya Penulis Eceran
Alhamdulillah, setelah masuk ke bulan Mac 2012 saya berjaya menyudahkan beberapa buah cerpen. Dan cerpen tersebut telahpun dikirimkan ke media penerbitan. Sebelum ini hingga Mac 2012 karya saya baik cerpen mahupun puisi yang tersiar adalah karya-karya yang saya hasilkan pada tahun-tahun lepas. Syukur kerana masih diterima editor. Terima kasih editor yang pernah menyiarkan karya saya.
Bercakap mengenai media penerbitan baik surat khabar mahupun majalah saya ingin menyentuh sedikit. Sebagai seorang penulis haruslah menjadi penyibuk dengan pergi ke kedai yang menjual majalah atau buku untuk menyemak karya-karya mereka sama ada tersiar ataupun tidak. Jangan hanya menunggu editor untuk memaklumkan sahaja.
Untuk pertama kali menghantar karya ke media tertentu saya akan terlebih dahulu membuat kajian atau melakukan tugasan dengan membeli majalah ataupun surat khabar tersebut. Hal ini penting bagi mengetahui bagaimana langgam karya yang mengisi ruangan kreatif media tersebut.
Saya akan baca dan teliti setiap karya yang pernah tersiar sebelum-sebelum ini. Hingga kadangkala saya terpaksa membeli dua atau tiga keluaran sebelum mencuba menghantar karya. Sebenarnya ini juga merupakan tips untuk memancing editor menyiarkan karya kita. Apabila kita sudah tahu cara pemilihan editor terhadap karya untuk disiarkan dalam ruangannya maka kita cuba sedaya untuk hasilkan karya yang terbaik.
Di samping itu juga dapatlah kita menyemak alamat e-mel editor tersebut untuk memudahkan kita menghantar karya. Setiap bulan saya dengan tidak tahu malu akan ke kedai majalah terdekat untuk membelek-belek majalah atau surat khabar yang mana saya ada menghantar karya.
Bagi sesetengah penulis lelaki mereka agak malu untuk membelek majalah terutamanya majalah wanita, kekeluargaan apalagi untuk membelinya. Saya juga tidak nafikan saya juga mengalami perasaan itu pada mulanya tetapi setelah lama kelamaan saya merasakan itu hanya perkara biasa.
Satu hal lagi ada sesetengah penulis yang agak kedekut untuk membeli majalah-majalah ini. Katanya mahal. Tetapi bagi saya tidak salah membeli terlebih dahulu. Bayangkan apabila ada karya kita yang tersiar berbaloilah dengan bayaran honorarium yang diperolehi. Mulanya kita hanya mengeluarkan bayaran tidak lebih daripada RM 10.00. Selepas itu kita dapat pula RM 100 untuk sebuah cerpen.
Untuk majalah terbitan DBP saya kira tidak ada masalah untuk menyemak karya-karya yang tersiar. Selain daripada Facebook, terdapat juga Portal DBP yang memudahkan penulis untuk menyemak karya yang tersiar setiap bulan. Namun untuk membaca dan mengetahuinya dengan lebih lanjut eloklah memilikinya sendiri.
Sekarang ini terdapat banyak majalah di pasaran yang menyediakan ruangan kreatif sama ada cerpen mahupun puisi. Terserah kepada penulis untuk merebut peluang. Bagi saya kerajinan dan usaha itu kunci kejayaan.
Jadi menjadi seorang penulis bukanlah sesenang yang disangka. Jika anda tidak mampu untuk melakukan ini semua maka anda fikirlah berkali-kali sebelum berhajat untuk menjadi seorang penulis eceran.
*Ini sekadar perkongsian. Anda boleh menambahnya lagi.
Isnin, 5 Mac 2012
Debaran Semakin Terasa
Tinggal beberapa hari sahaja lagi murid-murid akan bercuti sekolah selama seminggu. Tak sabar rasanya menanti hari itu. Insyaallah sekiranya tiada aral saya juga akan bercuti dan akan pulang ke kampung, negeri Kedah yang dicintai.
Sebelum peristiwa itu berlaku esok murid-murid di sekolah saya bakal menghadapi ujian untuk kali pertama atau dengan nama Pentaksiran Berasaskan Sekolah selama tiga hari. Sebenarnya bukan sahaja murid yang takut, saya sebagai guru turut merasai debarannya. Segala kemungkinan akan berlaku. Inilah saatnya saya mengadili diri saya sendiri sama ada pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas mampu diserap oleh murid-murid atau tidak. Jika ada murid-murid yang berjaya memahami akan P&P itu nescaya keputusannya nanti akan memberansangkan.
Harap-harap begitulah.
Jumaat, 2 Mac 2012
Dewan Masyarakat: Pembinaan Insan Seimbang
Pembinaan Insan Seimbang begitulah judul rencana saya yang tersiar di Dewan Masyarakat edisi Februari 2012. Rencana ini berjumlah 3 halaman. Sebenarnya ini bukanlah tajuk asal yang saya kemukakan namun saya terima dengan hati terbuka barangkali isi penceritaan yang saya bawa lebih sesuai dengan tajuk baru yang dikemukakan oleh editor. Terima kasih saya ucapkan kepada editor Dewan Masyarakat Tuan Mohd Shukri kerana menyiarkan karya saya ini. Saya berharap penyiaran rencana ini akan menyuntik semangat untuk saya terus menulis rencana pula selepas ini.
Selamat membaca.
Khamis, 1 Mac 2012
Zahari Hasib dalam Kenangan
Kredit gambar daripada blog Karyawan PK |
Rasanya tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan takziah kepada keluarga Tuan Hj Zahari Hasib yang baru sahaja pulang ke rahmatullah pada (26 Februari 2012). Walaupun beliau tidak mengenali saya dan saya juga tidak kenal dengan lebih dekat dengan beliau tetapi saya menyatakan bahawa semangat menulis beliau sangat mengkagumkan saya. Perjuangannya dalam dunia penulisan kreatif terutama sajak sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk saya terus menulis. Jujur saya katakan yang saya begitu 'cemburu' sekali setiap kali nama beliau sering kali terpampang dalam akhbar Mingguan Warta Perdana mengisi ruangan puisi. Begitu juga dalam media-media yang lain.
Terima kasih Tuan Osman Dol kerana sudi memberitahu saya. Sebenarnya saya pernah menanyakan Tuan Osman Dol hal Zahari Hasib berkenaan blog sekiranya beliau mempunyai blog agar mudah untuk saya mengikuti perkembangannya. Tetapi Tuan Osman Dol juga tidak menjumpainya.
Saya pernah memiliki kumpulan puisi remaja Zahari Hasib yang berjudul Kuntum Harapan. Himpunan puisi-puisi di dalamnya menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengandungi mesej yang baik. Pasti selepas ini saya akan merindui karya-karya beliau itu.
Al-Fatihah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78