Pengikut

Isnin, 31 Disember 2018

Penerbitan Karya Eceran, Buku dan Antologi Tahun 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Menuju ke penghujung tahun, selalunya saya akan merekodkan karya saya yang tersiar dan diterbitkan secara eceran, buku mahupun antologi. Rekod ini sebagai dokumentasi untuk rujukan sendiri.

Pada tahun ini, momentum saya menulis tidaklah laju dan prolifik. Karya eceran yang tersiar pun hanya beberapa sahaja. Biarpun dengan kadar penghantaran karya kepada editor yang agak minimum, masih ada juga karya yang dihantar, terkandas. Bagi saya, semua itu sebagai proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan perkembangan penerbitan buku dan antologi. 

Bagi karya eceran pula, tidak semua karya yang tersiar pada tahun ini ialah karya yang dihasilkan pada tahun ini kerana ada karya yang telah lama dihantar, namun pada tahun ini baru disiarkan. Ada yang telah mencecah dua tahun. 

Ada enam buah buku saya yang diterbitkan pada tahun ini. Satu buku perseorangan, iaitu "Gadis dan Cermin Masa Depan" dan lima buku antologi. Satu daripadanya selenggaraan saya, iaitu "Karya daripada Diari Rahsia".  

Pada tahun ini juga saya mula berjinak-jinak menyertai projek antologi, iaitu Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan. Hasilnya empat buat antologi berjaya diterbitkan. 

Satu pengalaman baharu buat saya apabila saya diberikan peluang untuk membantu editor menyunting manuskrip antologi Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan.

KARYA ECERAN:

1. Kerana Bakul Surat Khabar - Asuh, Februari 2018

2. Menantikan Laporan Penuh HSPM 2015/2016 - Dewan Sastera, Mei 2018

3. Sekolah Tanpa Bangunan -Tunas Cipta, Jun 2018

4. Bahasa Kiasan: Cerminan Bahasa Berbudaya Tinggi - Jendela Utara, Jun 2018

5. Reaksi “Suara” Penulis Muda - Tunas Cipta, Jun 2018

6. Prospek Kerjaya Sebagai Penulis - Dewan Siswa, Julai 2018

7. Waris Pejuang: Misi besar Memperjuangkan Bahasa Melayu - Dewan Bahasa, Ogos 2018

8. Penerbitan Antologi Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR - Tunas Cipta, Oktober 2018

9. Plagiarisme, Etika dan Akta Hak Cipta Belum Selesai? - Dewan Sastera, Disember 2018

10. Pelancaran Buku Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan - Tunas Cipta, Disember 2018

BUKU PERSEORANGAN 

11. Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis dan Cermin Masa Depan - ITBM, 2018

BUKU SELENGGARAAN 

12. Antologi Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR: Karya daripada Diari Rahsia - DBP, 2018

BUKU ANTOLOGI BERSAMA 

13. Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan (Fasa 1): Rimbun Kehidupan - Wacana MBM, 2018

14. Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan (Fasa 1): Rencah Kehidupan - Wacana MBM, 2018

15. Siri Anekdot dan Kisah Kehidupan (Fasa 2): Arkitek Kehidupan - Wacana MBM, 2018

16. Siri Anekdot dan Kisah Kehidupan (Fasa 2): Naskhah Kehidupan - Wacana MBM, 2018


Apakah harapan saya pada tahun 2019? Sebenarnya, ada tiga antologi anekdot yang akan saya sertai pada tahun 2019. Selain itu, saya turut berharap manuskrip buku ke-5 saya, lulus diterbitkan. Bagi karya eceran pula, ada yang sedang dalam proses penulisan, selebihnya biarlah masa yang menentukan. Menjadi penulis, menulislah selagi mampu. Selamat menyambut Tahun Baharu!


Ahad, 30 Disember 2018

Analisis Karya Tersiar dalam Berita Harian dan Mingguan Malaysia Tahun 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


#HEBAHANKARYAMHA yang saya mulakan telah sampai ke penghujungnya. Pada tahun 2018 menyaksikan 52 buah cerpen disiarkan dalam akhbar BH dan 51 buah cerpen disiarkan dalam akhbar MM: (Senarai Cerpen yang Disiarkan dalam Akhbar; Berita Harian dan Mingguan Malaysia). 

Manakala 164 buah puisi disiarkan dalam akhbar BH dan 265 buah puisi disiarkan dalam akhbar MM (Senarai Puisi yang Disiarkan dalam Akhbar; Berita Harian dan Mingguan Malaysia). 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang setia mengikuti siri hebahan ini.

Hasil analisis saya - kekerapan karya bagi cerpen setiap penulis yang disiarkan sepanjang tahun 2018:

BERITA HARIAN

1. Zainal Rashid Ahmad – 5
2. Lokman Hakim – 4
3. Ashraf Adrutdin – 2
4. Nurimas SN – 2
5. Mana Sikana – 2
6. Clayton Robert – 2
7. Roslan Jomel – 2
8. Nordin Saad – 2
9. S.M Zakir – 2
10. Mawar Safei – 2
11. Husna Nazri – 2

MINGGUAN MALAYSIA 

1. Lokman Hakim – 3
2. Zainal Rashid Ahmad – 3 
3.  Husna Nazri – 3  
4. Abdullah Hussaini – 2  
5. M. Ghazali – 2
6. Ekhwan Rusli – 2 

Pada tahun 2018, ruangan cerpen BH dimonopoli oleh Zainal Rashid Ahmad kerana sebanyak lima (5) buah cerpennya disiarkan dalam BH, manakala disaing hebat oleh Lokman Hakim sebanyak empat (4) buah cerpen yang disiarkan. Di samping itu, sekurang-kurangnya dua (2) buah cerpen oleh penulis yang tersiar ialah Ashraf Adrutdin, Nurimas SN, Mana Sikana, Clayton Robert, Roslan Jomel, Nordin Saad, S.M Zakir, Mawar Safei dan Husna Nazri. Selebihnya, sebuah cerpen bagi seorang penulis. Boleh rujuk senarai cerpen yang dikongsikan. 

Begitu jugalah dengan ruangan cerpen MM apabila karya Lokman Hakim, Zainal Rashid Ahmad  tersiar sebanyak tiga buah dan disaing oleh Husna Nazri, juga dengan tiga buah cerpennya. Selebihnya, dua dan satu.

Kekerapan karya bagi puisi setiap penulis yang disiarkan pada tahun 2018:

BERITA HARIAN 

1. M. Asri Anwar – 6
2. Abizai – 6
3. Marsli NO – 6
4. Rasydan Fitri – 6
5. Shapiai Mohd Ramly – 6
6. Za’im Yusoff – 5
7. Zain Idris At Tobiari – 5
8. Baharuddin Sairi – 4
9. Ramlan Abdul Wahab – 4
10. NR Rahim – 3
11. Ismail Hashim – 3
12. Abdullah Hussaini – 3
13.
Rosli K Matari – 3
14. Ariff Mustaffa Hamzah – 2
15. Fitri A Bakar – 2
16. Marhan SR – 2
17. Jelison Jupin – 2
18. Zaen Kasturi – 2
19. Lee Keok Chih – 2
20.
Ratna Laila Shahidin – 2
21. Rodiah Hj. Said – 2
22. Faisal Mat Zawi – 2
23. Ogiey Wagiman – 2
24. Azizah Supardi – 2
25. Raden Qurratu'Aini – 2
26. Kamal Sujak – 2
27. AB Nurmala – 2
28. Sulaiman – 2
29. W.B. Rendra – 2
30. Umbra FT Penumbra – 2
31. Hilmi Rindu – 2
32. Gabriel Kimjuan – 2
33. Nurimas SN – 2
34. Pui Wen Hang – 2
35. Ainunl Muaiyanah Sulaiman – 2
36. Lara MN – 2

MINGGUAN MALAYSIA 

1. Shapiai Mohd Ramly – 7
2. Mamu MK Hasny – 7
3. Ridzuan Kamis – 6
4. Solihin Osman - 6
5. Azaika SR – 6
6. Ramlan Abdul Wahab – 6
7.
Chai Loon Guan – 6
8. Marsli NO – 5
9. Ami Masra – 5
10.
Sujata Wee – 5
11. Hilmi Rindu – 5
12. Mohd Noh Mohamed – 5
13. Abizai – 5
14.
Aladin Mohamad – 5
15. Wanrazuhar – 4
16.
Mustaffa Siraj – 4
17. Nazri Hussein – 4
18. Oui Bin Sal – 4
19. Noor Izam – 4
20. Pauzi Mohd Isa – 4
21. Abdullah AR – 3
22. Abham T.R – 3
23. A. Aziz Deraman – 3
24. Abd Rahim Omar – 3
25. Nordin Saad – 3
26. Jelison Jupin – 3
27. M Syazwi – 3
28. Ehsan Jamily – 3
29. Ismail Hashim – 3
30. Nurimas SN – 3
31. DJ Dolasoh – 3
32. W.B. Rendra – 3
33. Mustanir Yusuf – 3
34. Muzaf Ahmad – 2
35. Wardah Puteh – 2
36. Hamizun Syah – 2
37. Edin Hud Hud – 2
38. Firdhaus Hassan - 2
39. Amirah Syazwani – 2
40. Nazri Sham – 2
41. Mohamad Abdullah - 2
42. Ibnu Din Assingkiri – 2
43. Abdul Hadi Yusoff – 2
44. Raja Yusoff Ariffin – 2
45. Ahmad Firdaus – 2
46. Z.O Daulae – 2
47. Dr. Husin – 2
48. Awang Sariyan – 2
49. Emra – 2
50. Syukri Naim – 2
51. Iwan Reaz – 2
52. Roslan Madun – 2
53. Hasyuda Abadi – 2
54. Mohd Khatim Othman – 2
55. Ezani Haji Daud – 2
56. Lara MN – 2

Pada tahun 2018, menyaksikan ruangan puisi BH dimonopoli oleh beberapa orang penulis termasuk
M. Asri Anwar, Abizai, Marsli NO, Rasydan Fitri, Shapiai Mohd Ramly, Za’im Yusoff dan Zain Idris At Tobiari. Masing-masing dengan enam (6) buah puisi dan lima (5) buah puisi yang tersiar. Selebihnya, empat, tiga, dua dan satu. 

Manakala ruangan puisi MM menyaksikan dua orang penulis sebanyak tujuh (7) buah puisi tersiar iaitu Shapiai Mohd Ramly dan Mamu MK Hasny. Sementara itu, Ridzuan Kamis, Solihin Osman, Azaika SR, Ramlan Abdul Wahab dan Chai Loon Guan masing-masing dengan enam (6) buah puisi. Selebihnya, lima, empat, tiga, dua dan satu. 

Pada tahun 2018 juga berlaku kesilapan atau keciciran apabila sebuah cerpen dalam MM disiarkan berulang. Begitu juga dengan puisi dalam BH dan MM yang disiarkan berulang. Selain itu, berlakunya karya yang tersiar tanPa nama dan tersilap gambar penulis. Oleh hal yang demikian, diharapkan pada tahun 2019, pengurusan karya oleh editor BH dan MM diharapkan lebih sistematik agar perkara ini tidak berulang lagi. 

Analisis karya tersiar dalam Berita Harian dan Mingguan Malaysia tahun 2018 ini sebagai pelaporan dan dokumentasi sahaja. Daripada analisis ini dapat diperhatikan penulis yang prolifik menghasilkan karya, selain dapat meninjau kemunculan penulis baharu. 

Saya percaya, editor telah menjalankan tugasnya sehabis baik terutama membuat penggiliran penulis agar peluang penulis karyanya disiarkan dalam akhbar BH dan MM seimbang tanpa kronisme. Berkaitan kualiti karya yang dipilih pula, ada karya yang bermutu dan sederhana. 

Rungutan-rungutan daripada penulis berkaitan kualiti karya yang tersiar itu bukanlah sebagai kritikan negatif sebaliknya boleh diambil untuk memastikan hanya karya yang terbaik sahaja mengisi ruangan kreatif akhbar tanah air.  

Kepada penulis pula, sokonglah akhbar tempatan dengan membelinya walaupun karya kita tidak tersiar. Selain itu, dapat juga membaca karya rakan penulis. Di samping, maklumat berkaitan penghantaran karya sekiranya berlaku pertukaran e-mel editor, dapat diketahui. Elakkan daripada meminta-minta, lebihkan kepada memberi. 

Teruslah berkarya!



Sabtu, 29 Disember 2018

100 Buah Buku yang Saya Baca Pada Tahun 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Tirai tahun 2018 bakal berlabuh beberapa hari sahaja lagi. Pastinya kita akan menilai, muhasabah dan meneliti semula azam dan sasaran yang telah kita tetapkan sama ada tercapai atau sebaliknya. 

Salah satu sasaran saya pada tahun 2018 ialah saya meletakkan 100 buah buku untuk dibaca. Alhamdulillah, pada 29 Disember 2018, sasaran 100 buah buku itu tercapai. 

Buku yang bagaimana saya baca pada tahun 2018? Tidak kiralah sama ada buku ilmiah atau fiksyen, matlamat utama saya ialah membaca. Tujuan seseorang membaca pastinya berbeza. Saya kongsikan senarai judul, penerbit dan penulis 100 buah buku yang telah saya baca itu. 


NOVEL

1. Tivi, DBP - Shahnon Ahmad
2. Sampah, DBP - Shahnon Ahmad
3. Nakhara, deleted books - Isma Ae Mohamad, Zulfikri Ibrahim


KUMPULAN CERPEN 

4. Tari Pasar Perempuan, Roman - Fazleena Hishamuddin
5. Tinju & Peluru, Roman - Johan Radzi
6. Meliuknya Api Pelita Itu, LO - Lokman Hakim
7. Perempuan Paling Sunyi, NusaBuku/ITBM - Rebecca Ilham
8. Metaskandal, Roman - Azrin Fauzi


KUMPULAN/ANTOLOGI PUISI

9. Nokturna, KataPilar - Karim Mohd
10. Gaun Bulan, KataPilar - Jed Stellarose
11. Parabel Tubuh, KataPilar - Taufiq Roslan
12. Khuldi, KataPilar - Adam Aizat
13. Sepasang Sayap di Bahu Kata, KataPilar - Muzaf Ahmad
14. Tukang Puisi, KataPilar - 55 Penyair Muda
15. Kata di Bahu Serigala, LO - Shafiq Said
16. Orang Sepi Pergi ke Gurun, NusaBuku - Zainal Rashid Ahmad
17. Berguru Pada Sejarah, ITBM - Haryatie Ab Rahman
18. Kuntum Pertiwi Buku 3, DBP - Anwar Ridhwan/Rahman Shaari
19. Ingin Jadi Nasrallah, AmeenKreatif - Faisal Tehrani
20. Burung kepada Awan, DBP - Imlan Adabi
21. Berikan Aku Cantiknya Hati, DBP - Aminah Mohktar
22. Diam Adalah Kata-kata yang Tidak Sempat Sampai Kepadamu, Studio Anai-anai - Ridzuan Harun
23. Senandika: Nyanyi Sunyi Sepanjang Jalan, KataPilar - Lutfi Ishak
24. Setitik Darah di Bilik Bundar, DBP - Muhammad Haji Salleh
25. Katil 21, Pena Padu - Selenggaraan Melor Shamsazila, Zarir Ali & Aizamin Aziz
26. Warkah kepada Sang Sapurba, DBP - Firdaus Abdullah
27. Meniti Dekad, DBP - Selenggaraan Osman Ayob


UMUM DAN LAIN-LAIN 

28. Projek Bibliofil, Zahrah Yunos
29. Kertas-kertas yang Merubah Fikir, Jejak Tarbiah - Najibah A Bakar
30. Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, Jejak Tarbiah - Iman Danial Hakim
31. Cerita Bilik Guru, Komrad - Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Reyna Ibrahim, Firdauz Abdullah
32. Oh, My Students!, Galeri Ilmu - Liza Suhana Ramli
33. Dulu vs Sekarang - Sofuan Saadon
34. Muhammad Haji Salleh di Mata Kami, ITBM - Ridzuan Harun
35. Taman Perbukuan, Literasi Resources - Norhayati Razali
36. Pelan-pelan Kayuh, Galeri Ilmu - Bonda Nor/Rohamiah Muda
37. Mudahnya Menulis Buku, Truewealth - Dr Noor Hayati Yasmin
38. 101 Rahsia Penulis Bestseller, Truewealth - Dr Noor Hayati Yasmin
39. Menulis Buku Pertama - Dr Noor Hayati Yasmin/Norsa'adah Ahmad
40. Biografi Sasterawan Negara A. Samad Said, DBP - Awang Abdullah
41. Penulis dan Undang-undang, DBP - Kamal Halili Hassan
42. Esei-esei Tentang Penulis Muda 80-an, DBP - Mohd Hanafi Ibrahim
43. Penulisan Skrip Pengacaraan, MbM - Mohamad Musip
44. Lelaki Terakhir yang Menangis di Bumi, Dubook - Musa Nuwayri
45. Dari Tanjung Malim ke KLCC, Dubook - Fdaus Ahmad
46. Menulis Mengatur Diri Berfikir, DBP - Nisah Haron (ulang baca)
47. Rimbun Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
48. Langit Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
49. Seronoknya Menulis Cerita, DBP - Marsli NO
50. 99 Stress Free Wife, Mustread - ShazaBaharuddin
51. Siri Bercakap dengan Ultraman, SJ Creative - Shaza Baharuddin
52. Filosofi Mak Singa, Komrad Buku - Anie-Alja
53. Rencah Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
54. Lautan Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
55. Pelangi Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
56. Mentaliti Jamban, Komrad Buku - Khairul Abdullah
57. Mentaliti Masih Jamban, Komrad Buku - Khairul Abdullah
58. Karya daripada Diari Rahsia, DBP - Selenggaraan Mohd Helmi Ahmad
59. Sari, Kari & Picagari, Komrad Buku - Nur Hanisah
60. Bagaimana Membaca Buku, DBP - Terjemahan Rustam A. Sani
61. Kapsul Nurani, Metromedia Solutions - Selenggaraan Layla Haq & Rozan O'Hara
62. Epistolari, Metromedia Solutions - Selenggaraan Rozan O'Hara & Layla Haq
63. Catatan Fikir Dua Penulis, Karya Bestari - Hilal Asyraf dan Zahiruddin Zabidi
64. Diari Wajah Kecil, Tinta Nasuha - Selenggaraan Ruhana Md Zaki
65. Ayat Beli Jiwa, Tinta Nasuha - Selenggaraan Ruhana Md Zaki
66. Buah Fikiran Memacu Penulisan, Wacana MBM - Mohamad Musip
67. Detik-detik Diri di Daerah Daif, DBP - Shahnon Ahmad


REMAJA/KANAK-KANAK (Novel, Cerpen, Puisi) 

68. Kalau Abah Dapat Gaji, ITBM - Nurimas SN
69. Sahabat Taman Mestika, ITBM - Ladin Nuawi
70. Kawan Baru Hanani, Karangkraf - Nisah Haron
71. Natasya Mahu Cantik, Karangkraf - Uni E-Na
72. Terbanglah Layang-layang, DBP - Mahaya Mohd Yassin
73. Desa dan Budak Bandar, ITBM - Saridah Hamid
74. Pelangi, DBP - Ridzuan Kamis
75. Warna-warna Pelangi Timur, DBP - Shahriza Abdul Rahman
76. Menjadi Bintang, OyezBooks - Mazni Md Ramly
77. Gadis dan Cermin Masa Depan, ITBM - Mohd Helmi Ahmad
78. Surat Kecil kepada PM, DBP - Radzemah Bolhassan
79. Dirma Penyu Gergasi, DBP - Bahtiar Omar
80. Aku Akan Terus Melangkah, ITBM - Imlan Adabi
81. Musim Luruh Terakhir di Hachioji, DBP - Hamir Habeed Mohd Abdul Settar
82. Misi Detektif Fateh 1, Galeri Ilmu - Afiq & Nazri
83. Misi Detektif Fateh 2, Galeri Ilmu - Afiq & Nazri
84. Misi Detektif Fateh 3, Galeri Ilmu - Afiq & Nazri
85. Umi, Maafkan Adik,UUM Press - Wadiassofi Jaafar
86. Harga Sebuah Tablet, DBP - Hamidi Md Yudin
87. Addison, Aku Tetap Juara, DBP - Chua Pei Yong
88. Kenangan Ayah, DBP - Zainal Abdul Kadir
89. Pedagogi Bahasa Tertindas, Dubook - Zul Fikri Zamir
90. Cerita Sebuah Lukisan, DBP - Mohamad Kholid Hamzah
91. Terima kasih, Ibu, DBP - Selenggaraan Hamidi Md. Yudin
92. Untung Menabung, DBP - Hamidi Md. Yudin, Abma Dinera, CT Nurza
93. Memori Terindah, DBP - Selenggaraan Siti Aishah Murad
94. Istana Batang Aiskrim, DBP - Nurul Aida Abd Rahman
95. Ini Kisah Saya, Adham dan Awan Shiro, NSTP - Mazny M.R.
96. Telinga Supersonik Si Asperger, NSTP - Abang Median Abang Said
97. Air Mata Agar, NSTP - Zakri Rahman
98. Regata Sulma, NSTP - Siti Alimah Kamarudin
99. Budi, NSTP - MK Riza
100. Rel, NSTP - Aminah Mokhtar


Jika dilihat senarai ini, saya tidak banyak membaca novel dewasa, sebaliknya banyak membaca buku sastera remaja dan kanak-kanak. Ada juga buku umum yang dibaca untuk menambahkan pengetahuan dan sumber rujukan saya sewaktu menulis.Walau bagaimanapun, 100 buah buku ini dibaca daripada kulit ke kulit. Setiap helaian dibaca. Buku yang tidak habis dibaca, saya tidak senaraikan dalam senarai ini. 

Ada sebuah buku yang saya ulang baca, ada juga buku sendiri yang dibaca. Selebihnya ialah buku penulis lain. Buku-buku yang dibaca pada tahun 2018 ini bukan sahaja buku baharu yang diterbitkan pada tahun ini, malahan buku lama yang telah dibeli namun belum sempat dibaca pada ketika itu.

Jadi jika ditanya kepada saya buku terbaik pada tahun 2018, sukar untuk saya senaraikan.

Insya-Allah, pada tahun 2019, saya akan meletakkan sasaran untuk terus membaca buku. Jumlahnya? belum diputuskan.

Mohd Helmi Ahmad
100 Buah Buku yang Saya Baca Pada Tahun 2018 

Isnin, 24 Disember 2018

Karya daripada Diari Rahsia Menyuntik Inspirasi dan Motivasi Penulis Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


"Inspirasi dan Motivasi Penulis Muda", 23 Disember 2018, Mingguan Malaysia.

Terima kasih Cikgu Ridzuan Ridz yang mengulas buku "Karya daripada Diari Rahsia", DBP 2018 ini. 



Saya kongsikan sedikit berkaitan ruangan Bicara Tunas yang dibukukan dalam buku ini.

Tunas Cipta dan ruangan Bicara Tunas menyediakan ruang dan peluang kepada penulis muda untuk berkongsi pengalaman sepanjang berkecimpung dalam dunia penulisan. 

BICARA TUNAS - Tunas Cipta 2018

1. Januari - Suhaila Sharif

2. Februari - Adnie Bahiah


3. Mac - Ilyani Alias 


4. April - Muzaf Ahmad


5. Mei - Wardah Puteh 


6. Jun - Nurul Syahida Hassan


7. Julai - Khafiz Bahari 


8. Ogos - Wan Hanif Wan Hamid 


9. September - Rasydan Fitri 


10. Oktober - Gabriel Kimjuan 


11. November - Azrin Fauzi 


12. Disember - Akif Jebat


Dewan Sastera dan Karyawan Bulan Ini pula mengiktiraf penulis mapan khususnya untuk berkongsi tentang pengalaman, pencapaian, sumbangan dan lain-lain sepanjang mereka menulis. 

KARYAWAN BULAN INI - Dewan Sastera 2018

1. Januari - Ruhaini Matdarin

2. Februari - W.B. Rendra

3. Mac - Lee Keok Chih

4. April - Wan Nor Azriq

5. Mei - Ramzah Dambul

6. Jun - Noor Aisyah Maidin

7. Julai - Ezani Haji Daud

8. Ogos - E Pian Pro Poul

9. September - Amelia Hashim

10. Oktober - Adiwangsa Sukma

11. November - Nazmi Yaakub

12. Disember - Zakiah Bahari

Syabas dan tahniah kepada semua penulis.

* Menerusi Karya daripada Diari Rahsia, DBP 2018, sebanyak 20 catatan (20 orang penulis muda) daripada ruangan Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR telah dibukukan. 

* Artikel KBI setahu saya belum pernah dikumpulkan dan diterbitkan dalam satu antologi. 

Saya berharap selepas ini akan ada penulis yang mengumpulkan dan menerbitkan artikel Bicara Tunas yang seterusnya. Begitu jugalah dengan artikel Karyawan Bulan Ini. 

Rakan-rakan yang berminat membaca pengalaman penulis, khususnya penulis muda bolehlah dapatkan KdDR yang telah dijual dalam pasaran. 

#BicaraTunas #KaryawanBulanIni #TunasCipta #DewanSastera #CatatanPengalamanPenulis

#KaryadaripadaDiariRahsia #BicaraTunas #BuahPenaAlumniMPR #BukuDBP #InspirasidanMotivasi

Sabtu, 22 Disember 2018

Beli Buku Mohd Helmi Ahmad dengan Diskaun 50%

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Dapatkan buku-buku Mohd Helmi Ahmad terbitan ITBM dengan potongan harga 50%.

***********************************************




Ada berita baik kepada rakan-rakan yang menanya saya berkenaan buku saya Tetamu Istimewa sebelum ini. Saya mendapat makluman daripada pihak ITBM bahawa buku ini masih ada lima (5) naskhah terakhir di tangan mereka. Kiranya, siapa cepat dia dapat. Buku ini sudah tidak dicetak ulang lagi.

*Tetamu Istimewa telah diiktiraf sebagai kumpulan cerpen remaja terbaik dalam HSPM 2014.
*Harga selepas 50% - RM10

=====================================




Alang-alang membeli buku tersebut, rakan-rakan boleh mengambil peluang ini untuk membeli dua lagi buku saya, iaitu Madu di Tangan dan Bila Ayah Berkaca Mata Hitam.

*Madu di Tangan telah diiktiraf sebagai kumpulan puisi remaja terbaik dalam HSPM 2015/2016.
*Harga selepas 50% - RM7.50

*Bila Ayah Berkaca Mata Hitam merupakan kumpulan cerpen dewasa/umum yang memuatkan 18 buah cerpen pilihan.
*Harga selepas 50% - RM12.50

Jika beli ketiga-tiganya baru RM30 (tidak termasuk kos pos).

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tambahan:
Gadis dan Cermin Masa Depan merupakan buku terbaharu saya yang diterbitkan pada tahun 2018. Kumpulan cerpen remaja ini memuatkan 15 buah cerpen remaja.
*GDCMD diberikan diskaun 30%.

Selepas rakan-rakan membelinya, jangan lupa "tag" FB saya.

Untuk pembelian, boleh berhubung dengan Puan Ainunl Muaiyanah atau pihak ITBM.
Sokongan kalian, amatlah saya hargai.

#JualanAkhirTahunITBM #TetamuIstimewa #MadudiTangan #BilaAyahBerkacaMataHitam
#GadisdanCerminMasaDepan

Jumaat, 21 Disember 2018

Senarai Cerpen Media Baharu HSKU 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Kategori Cerpen Media Baharu dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) mula diperkenalkan pada tahun penilaian 2016. 

"Media baharu bermaksud media dalam talian menggunakan perantaraan Internet dan dimajukan secara maya." - Laporan Panel Penilai HSKU 2016. 

Sekretariat HSKU 2016 telah menerima 19 buah cerpen media baharu. Kemudian, sembilan daripadanya dibawa ke peringkat akhir. Enam daripadanya dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori cerpen media baharu. Antara pemenangnya adalah seperti berikut: 

Hadiah Utama
1] E-mel Sang Psikosis - Husna Nazri

Hadiah Penghargaan 
1] Dakwah FB, Suhaimi Jamaudin
2] Demi Pengakhiran Itu - Idarasul
3] Sambal Bilis Goreng Mak - Adilah Abdul Kadir 
4] Siswazah Butik - Nurimas SN 
5] Takdir Bukan Pilihan - Rosnani Ahmad 

Pemenang Utama menerima RM5000 dan RM1000 bagi setiap hadiah penghargaan. 

Pada edisi HSKU 2017, siapakah yang bakal menerima hadiah utama dan hadiah penghargaan? Khabarnya Majlis Penyampaian Hadiah HSKU 2017 bakal berlangsung pada 27 Februari 2019. Sudah pastilah panel penilai yang dilantik sedang bertungkus lumus menilai dan menyediakan pelaporannya. 

Sebelum itu, marilah kita baca dan teliti dahulu antara cerpen media baharu yang disiarkan dan dinilai. 

1. Jejak, 17 Disember 2018 - Ahmad Azwadie Azman 
2. Bila Tiba Detik Itu..., 17 Disember 2018 - Amatara  
3. Si Katak Abad 21, 17 Disember 2018 - Dorahim Maidin
4. Merpati, 20 Disember 2018 - Abg Z 
5. Kisah Kehilangan yang Tular, 20 Disember 2018 - Haniff Yusoff 
6. Rumahku di Desa Hati Abah, 20 Disember 2018 - Wardah Puteh 
7. Tak Terlihatkan, 26 Disember 2018
8. Aki Popular, 26 Disember 2018 - Nurimas SN 

Nota: Senarai cerpen media baharu ini belum muktamat. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. 




Rabu, 19 Disember 2018

Pemenang Sayembara Menulis Puisi Wilayah Utara 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



KEPUTUSAN SAYEMBARA MENULIS PUISI: GERAKAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN - WILAYAH UTARA 2018

Kategori Terbuka

Tempat Pertama
Kesuma Indera - Musim Gering di Halaman Bahasa 


Tempat Kedua
Nik Mohd Iznan - Jam Bahasa

Tempat Ketiga
Abd Rahim Omar - Legasi Keris Bahasa

Hadiah Sagu Hati
1. Mamu MK Hasny - Pohon Bahasa di Tanah Bonda

2. Haniff Yusoff - Bahasa adalah Seorang Ibu dalam Rumah Kaca

3. Wadiassofi Jaafar - Bahasa Jiwa Bangsa

4. Zaidin Abadi - Bahasa ini Bahasa Bangsa

5. Muhd Azri Store Pipe - Warkah Cinta Adiwangsa

Kategori pelajar 

Tempat Pertama
Muhammad Irfan Hamzah - Penglipur Lara 

Tempat Kedua 
Husna Nadhirah Nordin - Dondang Anak Muda 

Tempat Ketiga 
Sharifah Nur Afiqah Syed Nazarudin - Andai Bahasa Kita Indah 

Hadiah Sagu Hati 
1.Farzana Adilah Mohamad Idris - Suatu Hari Nanti 

2. Nur Syafiqah Johari - Alam Kita 

3. Anis Khayrin Azmi - Kenangan Terindah 

4. Ainin Sofiya Edrus - Pemimpin yang Benar 

5. Anis Khayrin Azmi - Generasiku

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Mohd Helmi Ahmad
Pemenang Sayembara Menulis Puisi
Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan
Zon Utara 2018

Selasa, 18 Disember 2018

Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



SAYEMBARA MENULIS NOVEL SEJARAH UNTUK REMAJA DBP-PSM 2019

SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa had umur.

2. Novel sejarah untuk pembaca sasaran remaja berusia dari 13-21 tahun; antara 150 - 250 halaman manuskrip.
3. Hasil karya hendaklah ditaip di atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua baris dengan menggunakan fon Arial saiz 12 poin. Halaman muka surat mestilahditaip pada setiap halaman manuskrip. Teks hendaklah dicetak sebelah muka surat kertas sahaja.

4. Hasil karya hendaklah penulisan asli dan bukan ciplakan atau terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan dalam mana-mana media.

5. Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.

6. Subjek cerita berlandaskan sejarah Malaysia.

7. Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan DBP berhak menerbitkan karya sayembara ini, tertakluk syarat penerbitan DBP. Sekiranya karya peserta tidak diterbitkan oleh DBP dalam tempoh setahun selepas keputusan sayembara, karya tersebut boleh diterbitkan oleh penerbit lain selepas mendapat izin daripada DBP.

8. Peserta dilarang menerbitkan karya mereka dalam mana-mana media sebelum keputusan diumumkan.

9. Penyertaan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan tidak akan dinilai, keputusan panel hakim adalah muktamat.

10. Sebarang surat menyurat berkaitan dengan keputusan sayembara tidak akan dilayan.

11. Tarikh tutup penyertaan karya manuskrip pada 31 Ogos 2019 berserta sinopsis.

12. Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Urus setia Sayembara Menulis Novel Sejarah
untuk Remaja DBP-PSM 2019,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

HADIAH
Pertama: RM10 000/ hadiah iringan/sijil

Kedua: RM5 000/ hadiah iringan/sijil

Ketiga: RM4 000/ hadiah iringan/sijil

Sagu hati: RM1 000 x 5/ hadiah iringan/sijil

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Puan Nurul Aina Borhan:
03-21479128
(nurulaina@dbp.gov.my)
atau
Puan Baidari Evadarweena Basri
03-21479130
(baidari@dbp.gov.my)

Mohd Helmi Ahmad
Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019

Maklumat Tambahan: 

Bagi yang berminat untuk menyertaisayembara ini, bolehlah mengikuti siri Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019.

Novel Pemenang Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2015




Siri Anekdot dan Kisah Kehidupan Fasa 2 Terbitan Wacana MBM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, menuju ke akhir tahun 2018, masih ada buku baharu hasil tulisan saya diterbitkan walaupun hanya antologi bersama.

Masih ingat Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan; Rimbun Kehidupan, Langit Kehidupan, Rencah Kehidupan, Lautan Kehidupan dan Pelangi Kehidupan terbitan Wacana MBM? Buku-buku ini pernah dilancarkan di Red Card Cafe, Bangi oleh Datuk. Dr. Awang Sariyan.



Kini, Fasa 2: Siri Anekdot dan Kisah (Bertema - Kerjayaku, Kembaraku, Jalan ke Negeri Abadiku, Umrah dan Hajiku dan Bibliofilku) bakal diterbitkan dan dilancarkan pada 22 Disember 2018 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Fasa 2 ini turut menampilkan lima judul baharu, iaitu Arkitek Kehidupan, Kompas Kehidupan, Hijrah Kehidupan, Kiblat Kehidupan dan Naskhah Kehidupan. Tidak seperti buku Fasa 1, buku-buku Fasa 2 lebih tersusun daripada segi tema penulisannya.

Saya terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku-buku Fasa 2 ini. Terus terang, saya lebih teruja menyertai projek ini dan menantikan buku-buku ini terbit kerana;


1. Tajuk Arkitek Kehidupan, Kompas Kehidupan dan Naskhah Kehidupan merupakan hasil cetusan saya setelah penerbit membuka peluang dan pelawaan untuk penulis mencadangkan judul bagi setiap tema.

Pemilihan Arkitek - setiap kerjaya memerlukan "arkitek" atau perancang, perunding, pembina dan pelaksana yang efisien dan efektif.

Pemilihan Kompas - kompas dipilih sebagai simbolik kepada perjalanan atau kembara.

Pemilihan Naskhah - dengan mengambil kira kesesuaian tema - bibliofil (buku), penjodoh bilangan bagi buku ialah "naskhah" atau "buah" dipilih.

2. Naskhah Kehidupan, merupakan antara tema yang saya cadangkan agar penerbit menyediakan ruang dalam Fasa 2 ini untuk diterokai dan dicernakan oleh penulis. Bagi saya tema tentang buku ini sangat menarik dan jarang-jarang buku tentang buku diterbitkan.


3. Saya turut diberikan peluang oleh penerbit untuk membantu bahagian editorial sebagai penolong editor/pembaca pruf bagi manuskrip Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan.

4. Dalam Fasa 2 ini saya menulis untuk dua edisi, iaitu Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan. Arkitek Kehidupan, saya berkongsi pengalaman saya sebagai penulis. Manakala dalam Naskhah Kehidupan, saya mencatatkan pengalaman saya sebagai seorang pembaca dan bibliofil (jika layak).



Terima kasih saya ucapkan kepada penerbit Wacana MBM yang diterajui oleh Munsyi Dewan Mohamad Musip yang membuka peluang kepada penulis muda seperti saya untuk terlibat sama ada sebagai penulis mahupun pembantu di belakang tabir.

Syabas dan tahniah jua diucapkan kepada lebih daripada 60 orang penulis yang terlibat dalam penulisan edisi Fasa 2 ini. Teruslah memartabatkan bahasa Melayu melalui medium penulisan.

Buku-buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Saya suka mencadangkan kepada GPM sekolah untuk memasukkan buku-buku ini dalam senarai pembelian buku pada tahun 2019 nanti.

Rakan-rakan yang berminat untuk memiliki kelima-lima buku Fasa 2 ini, jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan awal daripada penerbit atau penulis yang terlibat.

#CatatanPenerbitanBuku #SiriAnekdotWacanaMBM #ArkitekKehidupan #KompasKehidupan #HijrahKehidupan #KiblatKehidupan #NaskhahKehidupan

Ahad, 16 Disember 2018

Catatan Pengalaman Penulisanku dari Tahun 2008 hingga 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



2008: Saya hanya fikir, saya nak menulis dan hantar karya kepada editor akhbar dan majalah sahaja. Saya mahu melihat karya saya disiarkan. Seronoknya tidak terkata. Ketika itu, saya pulun menulis dan menghantar karya. Ada kala, setiap bulan pasti ada karya saya yang disiarkan sehinggakan pada tahun 2012 sebanyak 45 buah cerpen saya disiarkan.

2013: Saya meniti tahun demi tahun sebagai penulis karya eceran. Pada tahun 2013, tergerak hati saya untuk membukukan karya saya yang pernah disiarkan dalam akhbar dan majalah. Bertitik tolak daripada itulah, saya menyusun manuskrip buku sehinggalah lahirnya buku pertama saya pada tahun 2014. Setelah buku pertama terbit, saya mula berasa seronok dan teruja. Lantas, saya susun manuskrip buku seterusnya. Maka, terbitlah buku kedua saya pada tahun 2015, buku ketiga pada tahun 2016 dan buku keempat pada tahun 2018.

2015: Terus terang, sebelum ini saya kurang berminat untuk menyertai mana-mana projek buku antologi. Sebab itulah, boleh dikira dengan jari, bilangan antologi yang saya terlibat. Tidak ada. Detik permulaannya apabila Pak Cu Hamidi mempelawa saya untuk menyertai projek antologi cerpen kanak-kanak. Projek itu bakal diterbitkan oleh DBP memandangkan cerpen kanak-kanak yang terpilih ialah cerpen yang disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar. Maka, terbitlah buku tersebut pada tahun 2017. Kemudian, pada tahun 2018 saya memenuhi pelawaan Cikgu Mohamad Musip untuk menyertai projek anekdot dan cerita kehidupan yang diterbitkannya.

2016: Daripada menulis secara eceran, memiliki buku perseorangan dan terlibat dalam projek antologi, kini saya cuba menyelenggara buku pula. Hasil daripada lontaran idea untuk membukukan artikel Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR, maka Pak Cu Hamidi dan saya bertindak sebagai penyelenggara. Banyak yang saya belajar kerja dan proses penyelenggaraan daripada pak cu. Proses menerbitkan buku dengan DBP bukanlah mudah apatah lagi melibatkan 20 orang penulis dan karya pernah tersiar. Akhirnya, terbitlah buku tersebut pada tahun 2018.

2018: Saya langsung tidak terfikir untuk bergerak sejauh ini. Daripada sebagai penulis, penyelenggara, kini saya berjinak-jinak sebagai penolong editor/pembaca pruf. Terima kasih saya ucapkan kepada Wacana MBM yang memberikan peluang dan mempercayai kerja saya. Walau bagaimanapun, saya perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran sistem bahasa dan aspek penyuntingan lagi untuk menghasilkan kerja yang lebih murni.

*Ada satu lagi tugas yang diamanahkan kepada saya selain yang dikongsikan di atas, namun saya simpan dahulu.

Saya petik kembali kata-kata saya, "Sejauh mana keazaman anda untuk menjadi penulis? Mungkin sekadar meniti di bibir dan kemudiannya lesap begitu sahaja? Mungkin juga terus tumbuh bagaikan benih yang disemai, dibaja, disiram, diasuh hinggalah mengakar tunjang dalam diri." - Tunas Cipta.

Oleh itu, jadilah penulis yang berazam tinggi, cekal menongkah cabaran dan sabar menyelami denyut keperitan industri penerbitan tanah air.

#CatatanPenulisMHA

Sabtu, 15 Disember 2018

Pemenang Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH & MBKM 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 
 

KEPUTUSAN PEMENANG SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH & MBKM

NOVEL REMAJA

Pertama
Rel - Aminah Binti Mokhtar

 
Kedua
Aku Mahu Jadi Messi - Ilham Hamdani
 
Ketiga
Ar-Raudhah - Mohd Fudzail Mohd Nor
 
Sagu Hati
Ulun Madai - Roziah Adama
Di Hatinya Ada Nadra - Nazri Hussein
 
NOVEL KANAK-KANAK
 
Pertama
Ini Kisah Adham, Saya dan Awan Shiro - Mazni Md Ramly
 
Kedua
Telinga Supersonik Si Asperger - Yieans Said
 
Ketiga
Air Mata Agar - Mohd Zakri Rahman
 
Sagu Hati
Budi - MK Riza
Regata Sulma - Siti Alimah Kamarudin

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Insya-Allah, saya akan dapatkan kesemua novel yang memenangi sayembara ini nanti.

*Kredit gambar novel daripada Siti Alimah Kamarudin

Mohd Helmi Ahmad
Keputusan Pemenang Sayembara Novel BH

Rabu, 12 Disember 2018

Kesusasteraan Kanak-kanak Tidak Dihargai?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Sejauh manakah kita menghargai buku kanak-kanak? 

Benarkah penulisan genre kanak-kanak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dalam kesusasteraan tanah air? 

Apakah dalam penilaian anugerah sastera, kesusasteraan kanak-kanak diberikan merit sama rata dengan kesusasteraan dewasa/umum? 

Berapa banyakkah buku panduan penulisan kanak-kanak yang telah diterbitkan?

Adakah penulis yang menulis karya kanak-kanak dipandang sebelah mata sahaja?

Adakah tugas mencungkil bakat dan peluang kanak-kanak menulis cukup pada kertas peperiksaan dan sewaktu mereka bersekolah rendah sahaja?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

...



Saya terbaca perkongsian rakan penulis tentang buku belajar menulis cerita anak terbitan Indonesia.

Wah, barangkali penerbitan buku panduan menulis cerita kanak-kanak di sana, serancak buku panduan menulis karya dewasa?

Lantas, saya mendekati rak buku saya lalu membelek-belek koleksi buku yang ada.

Saya tarik buku Siri Asas Penulisan Kecil ITNM yang diterjemahkan daripada karya Nancy Loewen. Ada 10 judul yang diterbitkan berserta ilustrasi yang sangat memikat.

Buku tersebut merangkumi panduan menulis buku cerita bergambar, penulisan cerita lucu, cerita seram, cerita dongeng, puisi, laporan penyelidikan, surat, jurnal, drama dan novel. Langkah demi langkah diajarkan dan disertakan dengan contoh. Buku-buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan oleh kanak-kanak yang minat untuk menulis.

...


Saya tidak pasti sama ada kita mempunyai senarai yang panjang atau tidak untuk dirujuk tentang buku panduan menulis karya kanak-kanak.

Dalam simpanan saya hanya ada dua buku sahaja, iaitu Tip Mengarang Buku Cerita Berilustrasi, ITBM (2013) oleh Umi E.Na dan Seronoknya Menulis Cerita, DBP (2018) oleh Marsli N.O.

Barangkali ada lagi buku yang diterbitkan, namun saya terlepas pandang. Jika ada, bolehlah kongsikan dengan saya. Manalah tahu, masih ada stok bolehlah saya beli dan baca.

Menulis karya kanak-kanak mencetuskan kepuasan yang tersendiri.

#KoleksiBukuMHA #MalaysiaMembaca #PanduanMenulisKaryaKanakkanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78