Pengikut

Ahad, 30 Disember 2018

Analisis Karya Tersiar dalam Berita Harian dan Mingguan Malaysia Tahun 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


#HEBAHANKARYAMHA yang saya mulakan telah sampai ke penghujungnya. Pada tahun 2018 menyaksikan 52 buah cerpen disiarkan dalam akhbar BH dan 51 buah cerpen disiarkan dalam akhbar MM: (Senarai Cerpen yang Disiarkan dalam Akhbar; Berita Harian dan Mingguan Malaysia). 

Manakala 164 buah puisi disiarkan dalam akhbar BH dan 265 buah puisi disiarkan dalam akhbar MM (Senarai Puisi yang Disiarkan dalam Akhbar; Berita Harian dan Mingguan Malaysia). 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang setia mengikuti siri hebahan ini.

Hasil analisis saya - kekerapan karya bagi cerpen setiap penulis yang disiarkan sepanjang tahun 2018:

BERITA HARIAN

1. Zainal Rashid Ahmad – 5
2. Lokman Hakim – 4
3. Ashraf Adrutdin – 2
4. Nurimas SN – 2
5. Mana Sikana – 2
6. Clayton Robert – 2
7. Roslan Jomel – 2
8. Nordin Saad – 2
9. S.M Zakir – 2
10. Mawar Safei – 2
11. Husna Nazri – 2

MINGGUAN MALAYSIA 

1. Lokman Hakim – 3
2. Zainal Rashid Ahmad – 3 
3.  Husna Nazri – 3  
4. Abdullah Hussaini – 2  
5. M. Ghazali – 2
6. Ekhwan Rusli – 2 

Pada tahun 2018, ruangan cerpen BH dimonopoli oleh Zainal Rashid Ahmad kerana sebanyak lima (5) buah cerpennya disiarkan dalam BH, manakala disaing hebat oleh Lokman Hakim sebanyak empat (4) buah cerpen yang disiarkan. Di samping itu, sekurang-kurangnya dua (2) buah cerpen oleh penulis yang tersiar ialah Ashraf Adrutdin, Nurimas SN, Mana Sikana, Clayton Robert, Roslan Jomel, Nordin Saad, S.M Zakir, Mawar Safei dan Husna Nazri. Selebihnya, sebuah cerpen bagi seorang penulis. Boleh rujuk senarai cerpen yang dikongsikan. 

Begitu jugalah dengan ruangan cerpen MM apabila karya Lokman Hakim, Zainal Rashid Ahmad  tersiar sebanyak tiga buah dan disaing oleh Husna Nazri, juga dengan tiga buah cerpennya. Selebihnya, dua dan satu.

Kekerapan karya bagi puisi setiap penulis yang disiarkan pada tahun 2018:

BERITA HARIAN 

1. M. Asri Anwar – 6
2. Abizai – 6
3. Marsli NO – 6
4. Rasydan Fitri – 6
5. Shapiai Mohd Ramly – 6
6. Za’im Yusoff – 5
7. Zain Idris At Tobiari – 5
8. Baharuddin Sairi – 4
9. Ramlan Abdul Wahab – 4
10. NR Rahim – 3
11. Ismail Hashim – 3
12. Abdullah Hussaini – 3
13.
Rosli K Matari – 3
14. Ariff Mustaffa Hamzah – 2
15. Fitri A Bakar – 2
16. Marhan SR – 2
17. Jelison Jupin – 2
18. Zaen Kasturi – 2
19. Lee Keok Chih – 2
20.
Ratna Laila Shahidin – 2
21. Rodiah Hj. Said – 2
22. Faisal Mat Zawi – 2
23. Ogiey Wagiman – 2
24. Azizah Supardi – 2
25. Raden Qurratu'Aini – 2
26. Kamal Sujak – 2
27. AB Nurmala – 2
28. Sulaiman – 2
29. W.B. Rendra – 2
30. Umbra FT Penumbra – 2
31. Hilmi Rindu – 2
32. Gabriel Kimjuan – 2
33. Nurimas SN – 2
34. Pui Wen Hang – 2
35. Ainunl Muaiyanah Sulaiman – 2
36. Lara MN – 2

MINGGUAN MALAYSIA 

1. Shapiai Mohd Ramly – 7
2. Mamu MK Hasny – 7
3. Ridzuan Kamis – 6
4. Solihin Osman - 6
5. Azaika SR – 6
6. Ramlan Abdul Wahab – 6
7.
Chai Loon Guan – 6
8. Marsli NO – 5
9. Ami Masra – 5
10.
Sujata Wee – 5
11. Hilmi Rindu – 5
12. Mohd Noh Mohamed – 5
13. Abizai – 5
14.
Aladin Mohamad – 5
15. Wanrazuhar – 4
16.
Mustaffa Siraj – 4
17. Nazri Hussein – 4
18. Oui Bin Sal – 4
19. Noor Izam – 4
20. Pauzi Mohd Isa – 4
21. Abdullah AR – 3
22. Abham T.R – 3
23. A. Aziz Deraman – 3
24. Abd Rahim Omar – 3
25. Nordin Saad – 3
26. Jelison Jupin – 3
27. M Syazwi – 3
28. Ehsan Jamily – 3
29. Ismail Hashim – 3
30. Nurimas SN – 3
31. DJ Dolasoh – 3
32. W.B. Rendra – 3
33. Mustanir Yusuf – 3
34. Muzaf Ahmad – 2
35. Wardah Puteh – 2
36. Hamizun Syah – 2
37. Edin Hud Hud – 2
38. Firdhaus Hassan - 2
39. Amirah Syazwani – 2
40. Nazri Sham – 2
41. Mohamad Abdullah - 2
42. Ibnu Din Assingkiri – 2
43. Abdul Hadi Yusoff – 2
44. Raja Yusoff Ariffin – 2
45. Ahmad Firdaus – 2
46. Z.O Daulae – 2
47. Dr. Husin – 2
48. Awang Sariyan – 2
49. Emra – 2
50. Syukri Naim – 2
51. Iwan Reaz – 2
52. Roslan Madun – 2
53. Hasyuda Abadi – 2
54. Mohd Khatim Othman – 2
55. Ezani Haji Daud – 2
56. Lara MN – 2

Pada tahun 2018, menyaksikan ruangan puisi BH dimonopoli oleh beberapa orang penulis termasuk
M. Asri Anwar, Abizai, Marsli NO, Rasydan Fitri, Shapiai Mohd Ramly, Za’im Yusoff dan Zain Idris At Tobiari. Masing-masing dengan enam (6) buah puisi dan lima (5) buah puisi yang tersiar. Selebihnya, empat, tiga, dua dan satu. 

Manakala ruangan puisi MM menyaksikan dua orang penulis sebanyak tujuh (7) buah puisi tersiar iaitu Shapiai Mohd Ramly dan Mamu MK Hasny. Sementara itu, Ridzuan Kamis, Solihin Osman, Azaika SR, Ramlan Abdul Wahab dan Chai Loon Guan masing-masing dengan enam (6) buah puisi. Selebihnya, lima, empat, tiga, dua dan satu. 

Pada tahun 2018 juga berlaku kesilapan atau keciciran apabila sebuah cerpen dalam MM disiarkan berulang. Begitu juga dengan puisi dalam BH dan MM yang disiarkan berulang. Selain itu, berlakunya karya yang tersiar tanPa nama dan tersilap gambar penulis. Oleh hal yang demikian, diharapkan pada tahun 2019, pengurusan karya oleh editor BH dan MM diharapkan lebih sistematik agar perkara ini tidak berulang lagi. 

Analisis karya tersiar dalam Berita Harian dan Mingguan Malaysia tahun 2018 ini sebagai pelaporan dan dokumentasi sahaja. Daripada analisis ini dapat diperhatikan penulis yang prolifik menghasilkan karya, selain dapat meninjau kemunculan penulis baharu. 

Saya percaya, editor telah menjalankan tugasnya sehabis baik terutama membuat penggiliran penulis agar peluang penulis karyanya disiarkan dalam akhbar BH dan MM seimbang tanpa kronisme. Berkaitan kualiti karya yang dipilih pula, ada karya yang bermutu dan sederhana. 

Rungutan-rungutan daripada penulis berkaitan kualiti karya yang tersiar itu bukanlah sebagai kritikan negatif sebaliknya boleh diambil untuk memastikan hanya karya yang terbaik sahaja mengisi ruangan kreatif akhbar tanah air.  

Kepada penulis pula, sokonglah akhbar tempatan dengan membelinya walaupun karya kita tidak tersiar. Selain itu, dapat juga membaca karya rakan penulis. Di samping, maklumat berkaitan penghantaran karya sekiranya berlaku pertukaran e-mel editor, dapat diketahui. Elakkan daripada meminta-minta, lebihkan kepada memberi. 

Teruslah berkarya!



2 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu kerana istiqamah mencatat perkembangan sastera di akhbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih juga kerana setia mengikuti henahan ini.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78