Pengikut

Isnin, 15 Januari 2018

Senarai Buku Karya Hashim Latiff

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



KARYA SAYA

1. Tekad putera belantara : Pintar Firus, 2009.
2. Pendekar desa Jal : Pintar Firus, 2009.
3. Putera warisan emas : Pintar Firus, 2009.
4. Serunai ajaib : Pintar Firus, 2009.
5. Rumah perabung empat : Pustaka Kelisa, 2009.
6. Senja di Bukit Meleret : Pustaka Kelisa, 2009.
7. Lelaki berjaket hitam : Pustaka Kelisa, 2009.
8. Warisan anak bangsa : Pustaka Kelisa, 2009.
9. Misteri pangkalan : Pustaka Kelisa, 2009.
10. Sinar buat ibu : Anggun Publications, 2009.
11. Kita adalah kawan : Anggun Publications, 2009.
12. Jasa Adi dengan gajahnya : Anggun Publications, 2009.
13. Dua pahlawan kampung : Anggun Publications, 2009.
14. Budi tidak terbalas : Anggun Publications, 2009.
15. Pistol dalam pasir : Pustaka Kelisa, 2009.
16. Misteri Pulau Besar : Pustaka Kelisa, 2009.
17. Rahsia rebab berlalat : Pustaka Kelisa, 2009.
18. Misteri terowong lama : Pustaka Kelisa, 2009.
19. Tumpasnya penyeludup di Kampung Jambu berkembar : Anggun Publications, 2009.
20. Teguh kerana muafakat : Anggun Publications, 2009.
21. Kontena : Penerbit Pinang, 2008.
22. Anak-anak belantara : Penerbit Pinang, 2008.
23. Hati seorang pengukir : Penerbit Pinang, 2008.
24. Misteri Perempuan Berjubah : Produksi Nur-Johan, 2008.
25. Senja Di Jambatan Gantung : Produksi Nur-Johan, 2008.
26. Keranamu Oh Malaysia : Produksi Nur-Johan, 2008.
27. Tragedi Di Kota Lama : Produksi Nur-Johan, 2008.
28. Kisah Cinta Adam : Produksi Nur-Johan, 2008.
29. Kasih Si Pelukis Kaki : Produksi Nur-Johan, 2008.
30. Mutiara Dari Pedalaman : Produksi Nur-Johan, 2008.
31. Misteri Ekspidisi Belantara : Produksi Nur-Johan, 2008.
32. Api di pulau : Penerbit Pinang, 2008.
33. Puteri ekspedisi : Penerbit Pinang, 2008.
34. Kemilau sutera : Penerbit Pinang, 2008.
35. Bermula dengan alif : PTS ONE, 2007.
36. Memasang tekad : Cipta Publishing, 2007.
37. Semaian budi : Cipta Publishing, 2007.
38. Tersilap langkah : Cipta Publishing, 2007.
39. Memintal peluh : Cipta Publishing, 2007.
40. Tumpas : Cipta Publishing, 2007.
41. Kasih guru : Cipta Publishing, 2007.
42. Sayang ayah : Cipta Publishing, 2007.
43. Budi emas : Cipta Publishing, 2007.
44. Wira : Penerbit Orkid. ; 2006.
45. Sekuntum bunga desa : Penerbit Orkid. ; 2006.
46. Basikal baru : Pustaka Ilham, 2006.
47. Cabaran: Penerbit Orkid. ; 2006.
48. Keris Tajur berhulu gading : Pustaka Ilham, 2006.
49. Kupu-kupu bersayap baldu : Pustaka Ilham, 2006.
50. Pagi di pangkalan feri : Pustaka Ilham, 2006.
51. Senja di tebing Rhine : Pustaka Ilham, 2006.
52. Carik-carik bulu ayam : Pustaka Buana, 2006.
53. TOM Moi : Pustaka Ilham, 2006.
54. Tinggi hati : Pustaka Buana, 2006.
55. Sepandai-pandai tupai melompat : Pustaka Buana, 2006.
56. Tiang kampung : Pustaka Buana, 2006.
57. Rapuh mulut : Pustaka Buana, 2006.
58. Padu hati : Pustaka Buana, 2006.
59. Jual keringat : Pustaka Buana, 2006.
60. Hati berlian : Pustaka Buana, 2006.
61. Pensel berloceng : Pustaka Ilham, 2006.
62. Pagi di pangkalan feri : Pustaka Ilham, 2006.
63. Kupu-kupu bersayap baldu : Pustaka Ilham, 2006.
64. Wira bukit : Pustaka Ilham, 2006.
65. Keris Tajur Berbulu gading : Pustaka Ilham, 2006.
66. Redup Langit Songkla : Utusan Publication & Distributors, 2004.
67. Kalau ada cinta : Utusan Publication & Distributors, 2004.
68. Titik peluh : Orkid, 2002.
69. Padat hati : Orkid, 2002.
70. Orang Harapan : Orkid, 2002.
71. Hidung tinggi : Orkid, 2002.
72. Kolam hijau : Hasrat Murni, 2002.
73. Batu berulat : Hasrat Murni, 2002.
74. Kubu berasap : Hasrat Murni, 2002.
75. Kerangka berdarah : Hasrat Murni, 2002.
76. Akal kancil : Penerbit Orkid, 2002.
77. Padu hati : Penerbit Orkid, 2002.
78. Keris menangis : Hasrat Murni, 2002.
79. Wakaf perabung lima : Hasrat Murni, 2002.
80. Pedang terbang : Hasrat Murni, 2002.
81. Tangisan di jambatan kereta api : Hasrat Murni, 2002.
82. Orang harapan : Penerbit Orkid, 2002.
83. Setia kawan : Penerbit Orkid, 2002.
84. Lori kepala merah : Penerbit Orkid, 2002.
85. Lelaki bertopeng : Penerbit Orkid, 2001.
86. Pondok misteri di Kuala Dua : Penerbit Orkid, 2001.
87. Lelaki asing di Banggol Beta : Penerbit Orkid, 2001.
88. Lelaki bertongkat : Penerbit Orkid, 2001.
89. Jambatan pohon jitung : Penerbit Orkid, 2001.
90. Banglo di hujung kampung : Penerbit Orkid, 2001.
91. Hati seorang pengukir : Flo Enterprise, 2001.
92. Sayang kakak : Flo Enterprise, 2001.
93. Budi dan jasa : Flo Enterprise, 2001.
94. Epi : Flo Enterprise, 2001.
95. Menentang cabaran : Flo Enterprise, 2001.
96. Kasih ibu : Flo Enterprise, 2001.
97. Jeti : Flo Enterprise, 2001.
98. Bagai aur dengan tebing : Hasrat Murni, 2000.
99. Carik-carik bulu ayam / : Hasrat Murni, 2000.
100. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit : Hasrat Murni, 2000.
101. Biar putih tulang : Hasrat Murni, 2000.
102. Ayam tambatan : Hasrat Murni, 2000.
103. Menggagas keringat : Creative Enterprise, 1997.
104. Sekuntum bunga Desa : Orkid, 1996.
105. Sayang Witya : Kumpulan Karangkraf, 1996.
106. Cabaran : Orkid, 1996.
107. Alifah Ilyana : DBP, 1994.
108. Siri Novel Peribahasa (8T) ; P.Buana

Sumber: Facebook Hashim Latiff 
 

Ahad, 14 Januari 2018

Buku Wajib Miliki: Rahsia Tatabahasa dan Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Saya bukanlah penulis sepenuh masa. Kerja hakiki saya ialah guru. Lebih tepat, guru Bahasa Melayu.
Apabila menjadi guru Bahasa Melayu, sudah pastilah harus terampil menggunakan bahasa Melayu yang betul dan dengan betul. 

Begitu jugalah apabila menjadi seorang penulis. Penulis yang menulis dalam bahasa Melayu, diharapkan dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam apa-apa jua medium. 

Jika kita boleh menggunakan bahasa yang betul ketika menghasilkan karya, kenapa tidak ketika kita menggunakan media sosial?

Kerjaya guru Bahasa Melayu amat membantu dan melatih saya untuk menulis dengan betul. Sebab itulah, guru dan penulis disarankan memiliki Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan sebagai rujukan.

Selain itu, guru dan penulis juga digalakkan memiliki buku berkaitan pembelajaran Bahasa Melayu untuk menambahkan ilmu. Adakala apa-apa yang hendak disampaikan tidak sampai kepada pembaca kerana kelemahan penulis menggunakan bahasa dengan betul.

Buku terbaru yang saya miliki ialah:
1. Rahsia Tatabahasa - Jilid 1
2. Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan - Cikgu Ghalib Yunus Jilid 1-3

Setelah membelek-belek sepintas lalu kerana buku ini baru sahaja sampai, saya boleh katakan buku ini amat bagus. Boleh lihat petikan kandungan buku-buku ini dan contoh tulisan yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan ini bersifat mudah dan mesra pembaca. Pembaca bertanya dan beliau menjawab. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah, guru, malahan penulis dan editor.

Saya yakin, kekeliruan penggunaan kata, frasa, klausa, ayat, tanda baca dan ejaan dan imbuhan yang kerap kali berlaku akan terjawab apabila pembaca membaca buku ini.

Masih keliru penggunaan terguris atau tergores? Menghiasi, menghias atau menghiaskan? Didoakan, berdoa atau mendoakan? Membasahkan atau membasahi? Menambah atau menambahkan? Apabila atau ketika? Objektif atau matlamat? dan banyak lagi.

Bolehlah dapatkan buku-buku ini daripada Cikgu Nora Markom yang merupakan pengedar rasmi buku Cikgu Abdul Ghalib Yunus.

Rahsia Tatabahasa - RM15
Soal Jawab Jilid 1 - 3 - RM50
Kos pos laju (semenanjung) - RM11

#bukubaharu #penulis #gurubahasa #tatabahasa #soaljawabbahasa

Mohd Helmi Ahmad
Tidak Salah Belajar daripada Terus Tidak Tahu.

Khamis, 11 Januari 2018

Menjadi Pengacara Majlis Apa yang Perlu Diberikan Perhatian?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Hakikatnya saya seorang yang pemalu.Tidak petah berkata-kata di hadapan orang ramai. Apatah lagi tidak termimpi oleh saya untuk menjadi pengacara majlis. Sebolehnya saya menolak tugas ini.

Apabila menjadi seorang guru Bahasa Melayu, pernah pula memegang Ketua Panitia, saya dilihat seorang yang terampil untuk memikul tanggungjawab ini berbanding guru lain. Mahu tidak mahu, pada mulanya saya "terpaksa" menerimanya.

Tanpa pengalaman dan tanpa ilmu yang cukup, saya beranikan diri memikul tugas ini. Kali pertama saya diamanahkan menjadi pengacara program terbesar di sekolah iaitu Majlis Kecemerlangan, pada tahun 2013. Selepas itu, tiga tahun berturut-turutlah saya memegang jawatan ini. 

Seterusnya, bagaikan tiada nokhtah, saya terus diberikan tanggungjawab menjadi pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Selain majlis kecil yang lain seperti persaraan guru dan lain-lain.

Benarlah kata orang, belajar daripada pengalaman lebih mudah memahami dan dipraktikkan daripada belajar secara teori. Daripada situ, saya membina keyakinan diri.

Walau bagaimanapun, ilmu yang ada perlu ditambah dari semasa ke semasa sama ada secara berguru ataupun pembacaan.

Apabila saya mendapat tahu bahawa Cikgu Tok Mat ataupun Mohamad Musip menerbitkan "Modul Pemantapan Tatabahasa & Seni Bahasa dalam Pengacaraan", saya tidak berfikir panjang lagi untuk memilikinya. Terima kasih cikgu, buku telah selamat saya terima.

Sebelum ini saya telahpun memiliki "Koleksi Teks Pengacaraan Majlis Rasmi Sekolah" yang ditulis oleh Cikgu Absha Atiah Abu Bakar dan "Rahsia Pengacaraan Hebat" oleh Azimin Bin Daud.

Sebagai guru yang selalu dilantik mengacarakan program di sekolah, sudah pastilah buku yang menjurus kepada contoh atau panduan teks pengacaraan program yang dijalankan di sekolah akan dicari.

Berdasarkan pengalaman, saya lebih suka membuat skrip pengacaraan sendiri berbanding menyalin daripada mana-mana sumber. Apabila kita membuat sendiri skrip tersebut, kita akan lebih faham. Dikatakan, kelancaran sesuatu program terletak juga kepada seorang pengacara.

Apabila saya menjadi pengacara, perkara yang saya dititikberatkan:

1. Salutasi dan protokol

2. Atur cara majlis

3. Seni bahasa: pantun pembuka, pantun ucapan dan pantun penutup

4. Elakkan kesalahan bahasa yang ketara

5. Gaya penyampaian boleh dipelajari dari masa ke masa

Pengalaman ialah guru terbaik untuk proses pembelajaran.

Sabtu, 6 Januari 2018

Kenapa Penulis Perlu Menyimpan Buku Sendiri?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Apabila buku telah terbit, pastilah penulis berasa seronok. Dalam keseronokan itu, jangan lupa pula untuk menyimpan buku tersebut sebagai kenang-kenangan. 

Apabila sudah kehabisan stok nanti, menyesal sudah tidak berguna lagi. Sementara masih ada dalam pasaran, beli dan simpanlah senaskhah dua.

Saya telah mulakannya daripada buku pertama saya lagi, Tetamu Istimewa dan terkini Kartunis Muda. Sayanglah jika penulis sendiri pun tidak menyimpan barang senaskhah buku yang pernah diterbitkan. 

Setiap judul seboleh-bolehnya saya akan simpan tiga naskhah. Lebih lagi bagus.

Harapan saya, pada tahun 2018 ini akan terbit buku keempat dan kelima (antologi) pula.

Mohd Helmi Ahmad
Naskhah Simpanan Penulis

Rabu, 3 Januari 2018

Cara Semak Karya Tersiar dalam Akhbar dan Majalah Melalui OPAC

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Penulis boleh menjadikan Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) ataupun (OPAC-Online Public Access Catalog) sebagai sumber rujukan untuk merekod karya yang disiarkan.

Sistem ini boleh dikatakan lengkap. Penulis boleh membuat semakan karya yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan beberapa media lagi.

Selain itu, penulis juga boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan karya tersebut misalnya, nombor ISSN, tahun diterbitkan dan lain-lain lagi. 

Barangkali ada karya rakan-rakan yang disiarkan tapi tidak diketahui? Boleh semak segera. 

Cara Semak Karya Tersiar dalam Akhbar dan Majalah


1. Klik pautan ini.
http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/pus.aspx

2. Selepas itu, pengguna akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar.



3. Klik "Carian Ringkas" untuk lebih mudah.

4. Masukkan nama dalam ruangan "Kata Carian". Contohnya, Mohd Helmi Ahmad atau Helmi Ahmad. Atau boleh juga diletakkan judul karya.

 
5. Pada ruangan "Bahan Carian", klik sama ada mahu mencari Artikel Majalah atau Artikel Akhbar.

6. Klik "Cari" di bahagian atas sebelah kanan.

7. Rekod carian yang dijumpai akan dipaparkan.


 Semoga berjaya.


Isnin, 1 Januari 2018

Buku Terbaik Sepanjang Tahun 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sepanjang Tahun 2017 inilah buku yang telah diberikan pengiktirafan dalam hadiah sastera di negara kita.

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU)

NOVEL REMAJA
UTAMA
Pertama: Khilaf - Salina Ibrahim
Kedua: Manifestasi Ketam Biru - Md.Nizar Parman
Ketiga: Rindu Syonam To - Husna Nazri


PENGHARGAAN
1] Penebus Kalbu - Abang Median Abang Said
2] Genetik Kamilah - Aminah Mokhtar
3] Metamorfosis -Azida Ishak


***
HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM)

NOVEL
Bukan Orang-orang - Hafizah Iszahanid

KUMPULAN CERPEN
Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo - Jasni Matlani

KUMPULAN PUISI
77 Tuju (Siri "Ingatan kepada Kawan") - Zaen Kasturi

KUMPULAN DRAMA
Saya dari Tanjung Penaga - Marzuki Ali

NOVEL KANAK-KANAK
Iqbal Membina Jaya - Radzemah Bolhassan

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
Tekukur di Ranting - Khadijah Hashim

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
Anak Wawasan - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK
Bangau Oh Bangau - Azmizi Zakaria

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK
Tapir dengan Kotak Ajaib - Mohd Norazmi Mohd Mokhtar

NOVEL REMAJA
Empunya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop

KUMPULAN PUISI REMAJA
Madu di Tangan - Mohd Helmi Ahmad

KUMPULAN CERPEN REMAJA
Obsesi Cintamu, Zulaikha - Nazri Hussein


***
HADIAH SASTERA DARUL IMAN (HASDI)

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
Tinggi Bangau Terbang - Nawawee Mohammad

KUMPULAN PUISI REMAJA
Utama: Umpama Harum Bunga - Nawawee Mohammad
Penghargaan: Cinta Allah - Hilmi Rindu

KUMPULAN PUISI UMUM
Utama: Malam Hujan & Oksimoron - Marsli NO
Penghargaan: Kuleburkan Aksara Menjadi Semisal Cahaya - A Muziru Idham

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
Anak Wawasan - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

KUMPULAN CERPEN REMAJA
Utama: Obsesi Cintamu, Zulaikha - Husna Nazri
Penghargaan: Cinta Menyala di Constantinople - Fahd Razy

KUMPULAN CERPEN UMUM
Utama: Pascasejarah- Fahd Razy
Penghargaan: Kaca di Lantai - Alias Ismail

NOVEL REMAJA
Utama: Nadhirah - Sharif Putera
Penghargaan: Sejernih Embun - Azman Abdullah

NOVEL UMUM
Utama: SPIDER - Husna Nazri
Penghargaan : Pentas Rodat - Omar Mamat

Syabas dan tahniah kepada semua penulis dan penerbit. Semoga tahun 2018 industri penerbitan buku sastera di negara kita lebih mekar berkembang.

Selamat Tahun Baharu 2018

Mohd Helmi Ahmad
Senarai Buku Sastera Terbaik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78