Bil
|
Acara
|
Teks
|
|
Umumkan ketibaan VIP
Paluan kompang
|
Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK
Batang Kali, bersama En.
Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang Kali, Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali.
|
|
Ucapan alu-aluan
|
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SK Batang Kali,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya
murid-murid SK Batang Kali yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola
kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini.
|
|
Perbarisan lintas hormat
|
Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan
ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen
yang mengambil bahagian.
|
|
Menjemput VIP menerima
tabik hormat dari peserta perbarisan
|
Dengan itu, kami dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menerima tabik hormat daripada
peserta perbarisan. Dipersilakan.
-
MUZIK PERBARISAN
|
|
Perbarisan Bendera
kejohanan
|
Perbarisan lintas hormat
dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd
Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa
bendera Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman, pembawa
bendera Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa
bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.
Sementara
itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik Sutan Bin Sutan
Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail dan
adik Mohd Arif Bin Aris.
|
|
Perbarisan Rumah Biru
|
Menyusul di belakang
adalah kontinjen rumah Biru dengan
mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel
Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk
bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah
Biru ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal
Abidin.
|
|
Perbarisan Rumah Merah
|
Seterusnya ialah kontinjen
daripada rumah Merah yang dianggotai seramai 135 orang peserta perbarisan
dengan mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd
Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.
|
|
Perbarisan Rumah Kuning
|
Seterusnya ialah
kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai 130 orang peserta
perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik
Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn.
Timah bt Awang.
|
|
Perbarisan Rumah Hijau
|
Kontinjen seterusnya
ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau Sapu Habis’. Kontinjen
ini diketuai oleh adik Mohd Idlan
Ikhwan bin Zailan dan disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik
Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa.
|
|
Prasekolah
|
Kontinjen yang terakhir
yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah merupakan murid-murid
Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah
bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan
Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut
dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar
dan Pn. Siti Hawa bt Aziz.
Majlis merakamkan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana
sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.
|
|
Bacaan Doa
|
Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..
Majlis merakamkan terima
kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail. Semoga dengan bacaan
doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh
Allah s.w.t. Insya-Allah.
|
|
Nyanyian Lagu Negaraku
|
Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.
|
|
Ucapan perasmian
|
Majlis seterusnya
mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan,
ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG
Majlis merakamkan terima
kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di
atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
|
|
Upacara menaikkan bendera
|
Majlis diteruskan lagi
dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang
atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN
Berkibarlah sudah bendera
kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
|
|
Menjemput pembawa bendera
mengiringi pembaca ikrar
Lafaz ikrar kejohanan
|
Seterusnya, dipersilakan
pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama
mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd
Faiz Izzudin bin Azhari.
………
Majlis merakamkan terima
kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
|
|
Persembahan Silat
|
Bagi meredakan debaran
atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan
Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan Silat ini
terdiri daripada adik Mohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman bin Jalaludin,
adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul
Azhar dan adik Khairul Zharif
Idham bin Khairul Azhar.
Dipersilakan. – MUZIK SILAT
Majlis merakamkan terima
kasih pada Pasukan Silat SK Batang
Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin Ahmad.
|
|
Perbarisan Keluar padang
|
Majlis diteruskan lagi
dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk
masuk ke khemah masing-masing.
– MUZIK PERBARISAN
………….
Dengan itu maka
sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.
|
|
Acara Sukan
|
Hadirin dan hadirat
sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56.
Acara pertama pada hari
ini ialah Tarik Tali.
Diminta kepada semua
peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan
sebentar lagi.
Untuk itu majlis
menjemput Yang Berhormat Tuan Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara
pertama. Dipersilakan.
|
|
Penyampaian hadiah (1)
|
Dengan ini pihak Majlis
dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan guru besar, En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat
Nadzari Bin Ahmad Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.
Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi
oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula
disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi
milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima
kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana telah
sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.
Sebagai tanda terima
kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi
menyampaikan cenderamata kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas
kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih diucapkan
kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi menyampaikan cenderamata itu
tadi.
|
|
Penyampaian Hadiah(2)
|
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Kejohanan Sukan Tahunan
berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis
penyampian hadiah bagi acara ______________________________
Untuk menyempurnakan
penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.
Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh
adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh
adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh
adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima
kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana
telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Seterusnya
dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih.
Seterusnya adalah
penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah
Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah
Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................
Bagi kategori Perbarisan
terbaik disandang oleh:
rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh
kepada rumah ..............................................
Dan Johan
keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56,
jatuh pada: rumah...................................
Tahniah diucapkan kepada
semua pemenang.
|
|
Majlis penutupan
kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6)
|
Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke penghujungnya.
Oleh itu, semua murid
diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing.
(marching song)
Seterusnya, tibalah acara
kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Oleh itu,
dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.
|
|
|
Kami ingin merakamkan
sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan
perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan
En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray
sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56. Dipersilakan.
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk
negara. Assalamualaikum w.b.t
|