Hari ini sekolah saya menerima Utusan Pengguna dalam tiga bahasa Mandarin (Cina), Inggeris dan Bahasa Melayu. Ketika masa terluang saya pun cubalah membelek-belek Utusan Pengguna itu. Belek punya belek hingga sampai ke akhir muka surat terpampang ruangan Belasungkawa. Saya lihat wajah Allahyarham Azizi Abdullah. Lantas ingatan terus mengingati karya-karya beliau yang selama ini menjadi koleksi bacaan saya.
Penulis yang prolifik ini juga dikenali penulis sayembara kerana banyak memenangi sayembara yang disertai. Antaranya Senja Belum Berakhir (memenangi novel terbaik Hadiah Sastera Malaysia 1971), Seorang Tua di Kaki Gunung (memenangi Hadiah Kedua Sayembara Menulis Novel Gapena-Yayasan Sabah 1982), Wi & William (Hadiah Sako, 1999), Kawin-Kawin (Hadiah Sako 2001), Sangeetha (Hadiah Sastera Mastera ke-5 pada 2007).
Allahyarham yang pernah bekerja sebagai editor Utusan Pengguna (CAP), seringkali menggangkat kemiskinan, penderitaan, kemelaratan, kesusahan sebagai subjek utama dalam penulisannya. Saya begitu senang menguliti karya-karyanya. Nampak segar, gaya bahasa yang baik-terasa jujur. Di sini saya petik daripada Utusan Pengguna akan kata-kata Allahyarham di Majlis Sepetang Bersama Penulis Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Pulau Pinang.
Proses Kreatif
* Bahan menulis seorang pengarang:
Alam dan manusia.
* Cetusannya ialah dari:
Daya intelek dan pancaindera
*Kebiasaan seorang pengarang mendapat bahan hasil daripada dua perkara di atas ialah:
Sentuhan rasa.
Mendengar dengan kritis.
Kepekaan melihat kemudian mentafsir.
Pengalaman.
Penyampaian idea atau dedahan pemikiran.
*Contoh:
Seorang nelayan atau seorang penganggur mengalamai kemalangan ngeri.
Pengarang yang peka, sensitif, kritis akan melihat berlainan sekali dengan seorang wartawan.
Wartawan hanya melaporkan kejadian.
Penulis kreatif akan mentafsir tentang kejadian itu.
*Penulis juga:
Mesti mendapat rangsangan.
Merancang sehingga menjadi masak dalam fikiran.
Membawa persoalan yang hendak ditulis ke mana-mana.
Membuat kajian. Jika tersangkut, berhenti.
Ambil masa berfikir dan buat penyelididkan/membaca semula/mengadu kepada kawan-kawan/solat istikharah.
Ambil waktu yang agak lama dalm satu masa ketika menulis. Seperti dua jam sekali menulis.
Menulis apa yang anda tahu.
Allahyarham telah menulis kurang lebih 30 buah novel, 200 buah cerpen, beberapa skrip drama tv dan radio juga pentas. Novel terbaru ialah Mandala Dunia Kedua terbitan PTS.
Pengikut
Isnin, 27 Februari 2012
Ahad, 26 Februari 2012
Melepaskan Rindu
Hujung minggu ini saya ke Bangi. Hajatnya untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Pada malam sabtu Hafiz telah merancang untuk makan sate di UK. Bersama-sama dengan Big, Nine. Alhamdulillah perjumpaan yang memakan masa hampir 2 jam itu sambil 'pekena' sate mengundang gelak tawa. Masing-masing menceritakan hal masing-masing. Saya dan Big sudah tentu berkongsi pengalaman di sekolah berdepan dengan kerenah anak murid. Nine pula dengan urusan kewangannya di sebuah syarikat, Hafis pula dengan editornya.
Semalam, kami berjumpa lagi. Kali ini lebih ramai. Zura, Sera, Hafsyam, Big, saya dan juga Hafis. Kali ini kami 'pekena' ikan siakap 3 rasadi Village View, Bangi. Tempatnya menarik. Berteman air terjun, disimbah cahaya neon sungguh romantik. Ramai memang ramai tempat ni, tapi pekerja-pekerjanya yang mahir membolehkan makanan yang dipesan cepat sampai. Jadi kami tidak perlulah menunggu lama. Walaupun sudah lama tidak berjumpa perangai masing-masing masih tidak berubah. Yang paling lucunya Big yang pandai mengeletek kami hingga ketawa terbahak-bahak.
Nampaknya masing-masing sudah berjaya. Hafis sebagai editor di Pelangi, Zura, Sera dan Hasyam sambung master. Alahamdulillah, paling penting graduan bahasa dan sastera bukanlah seperti apa yang digambarkan yang mana selalu menganggur.
Semalam, kami berjumpa lagi. Kali ini lebih ramai. Zura, Sera, Hafsyam, Big, saya dan juga Hafis. Kali ini kami 'pekena' ikan siakap 3 rasadi Village View, Bangi. Tempatnya menarik. Berteman air terjun, disimbah cahaya neon sungguh romantik. Ramai memang ramai tempat ni, tapi pekerja-pekerjanya yang mahir membolehkan makanan yang dipesan cepat sampai. Jadi kami tidak perlulah menunggu lama. Walaupun sudah lama tidak berjumpa perangai masing-masing masih tidak berubah. Yang paling lucunya Big yang pandai mengeletek kami hingga ketawa terbahak-bahak.
Nampaknya masing-masing sudah berjaya. Hafis sebagai editor di Pelangi, Zura, Sera dan Hasyam sambung master. Alahamdulillah, paling penting graduan bahasa dan sastera bukanlah seperti apa yang digambarkan yang mana selalu menganggur.
Khamis, 23 Februari 2012
Persoalannya perlukah penulis memiliki nama yang gah?
Saya tertanya-tanya perlukah seseorang penulis itu menjual namanya? Bagi yang menulis secara eceran tidak kiralah karya itu bergenre puisi, cerpen, rencana perlukah dia menjual namanya untuk memastikan karya-karyanya itu mendapat tempat dalam media. Bagi penulis novel pula harus bagaimana untuk memastikan novel-novelnya itu laris di pasaran. Cukupkah hanya bergantung kepada kualitinya sahaja dalam meraih 'populariti' dalam penjualan.
Persoalannya perlukah penulis memiliki nama yang gah?
Sebut sahaja karya Faisal Tehrani, A. Samad Said, Shahnon Ahmad ataupun Ain Maisarah, Anis Ayuni pembaca-pembaca akan terus membeli tanpa melihat atau membaca dahulu sinopsisnya. Cukup hebat senario ini.
Pembaca-pembaca di luar, sebelum anda membeli sesuatu bacaan apakah yang menjadi kriteria utama dalam pemilihan. Adakah kualiti buku atau nama penulis. Atau kedua-duanya sekali. Jika anda memilih kualiti pasti anda akan membelek-belek dahulu buku tersebut. Paling kurang membaca sinopsisnya di belakang buku.
Tetapi tiba-tiba anda berjalan-jalan di kedai buku anda ternampak nama penulis yang hebat ataupun menjadi kegilaan anda adakah anda akan terus membeli tanpa membaca dahulu sinopsisnya? Saya percaya dalam kelompok ulat buku atau sesiapa sahaja yang minat membaca pasti dalam kotak fikirannya tersimpan sejumlah nama penulis yang diminatinya. Nampak sahaja nama penulis itu tanpa perlu menyelidiki dahulu sinopsisnya dia akan terus membeli buku itu.
Selasa, 21 Februari 2012
Lakukan Sesuatu Kerja dengan Jujur dan Ikhlas
Jadilah seperti serangga ini yang langsung tidak mengenal erti putus asa |
Benar sesuatu kerja yang diusahakan secara jujur, ikhlas dari hati dengan penuh minat-pulangannya sangat memberi kepuasan. Dan paling penting tidak akan terbit rungutan-malas, membebankan segala emosi, fizikal dan batin.
Ahad, 19 Februari 2012
Semerbak Puisi-Khadijah Hashim
Tajuk: Semerbak Puisi (Kumpulan Puisi Kanak-kanak)
Penulis:Khadijah Hashim
Penerbit: K Publishing Sdn. Bhd
Tahun: 2004
Harga: RM 15.00
Pertama kali saya melihat rupa paras kulit luarnya saya sudah tertarik. Apatah lagi membaca baris yang mencatatkan nama penulisnya ialah Khadijah Hashim. Saya rasa sudah ramai yang mengenali beliau setelah naskah yang pernah dijadikan teks kajian sastera diangkat pula menjadi teater. Penangan Badai Semalam saya kira sudah cukup memperomosikan nama Khadijah Hashim. Bakat yang dimiliki Khadijah Hashim sebenarnya bukan sahaja terjurus kepada bidang penulisan sahaja bahkan lukisan juga. Jadi tidak hairanlah lukisan berus Cina yang menghiasi latar puisi di dalam Kumpulan Puisi Kanak-kanak ini sangat mengagumkan saya.
Khadijah Hashim membuktikan genre sastera puisi bukanlah diperuntukkan khusus untuk golongan dewasa yang berminat dalam dunia kata-kata. Malah kanak-kanak juga layak untuk menghayatinya. Dengan harapan puisi-puisi yang terhimpun dalam kumpulan puisi ini sedikit sebanyak dapat mendidik, mendekatkan lagi kanak-kanak dengan seni sastera. Kumpulan puisi ini disusun mengikut tahap iaitu daripada puisi yang mudah kepada puisi yang agak sukar. Khadijah Hashim juga menyatakan bahawa petua ringkas untuk menghayati puisi adalah dengan cara membacanya berkali-kali. Pengulangan tersebut akan menerbitkan pemahaman dan rasa cinta akan puisi.
Tema yang dipilih dalam mengungkapkan puisi dalam kumpulan puisi ini dilihat mengambil unsur yang lebih dekat dan berlegar dipersekitaran kanak-kank itu sendiri. Sebagai contoh, burung, buku, teratai, arnab, angin, abang, senja, penyu, hujan, malam, kawan dan sebagainya. Pemilihan diksi yang mudah dan tidak berlapis menjadikan puisi-puisi ini nampak santai tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai unsur seni yang tinggi. Tahniah diucapkan kepada Khadijah Hashim. Di sini dapat diturunkan sebuah puisi.
Senyum Daun Muda
Lebar senyuman si daun muda
melihat gugurnya sehelai daun tua
kuning layu tidak berguna
tempatmu akan diganti daun muda
hijau dan segar berseri.
Daun tua melayang jauh
menghampar diri menutup bumi
rela menerima giliran sambil berpesan:
Jangan terlalu gembira tertawa
daun muda akan menjadi tua!
Khadijah Hashim
Diharap selepas ini akan muncul lebih banyak lagi kumpulan puisi kanak-kanak.
Sabtu, 18 Februari 2012
Puisi di Berita Minggu: Di Kampung Di Kota
DI KAMPUNG DI KOTA
Di kota
Nenek takut akan bangunan yang keras membatu
Nenek takut akan manusia yang membisu
Tidak pernah nenek lihat mereka
menyelak tirai kemasyarakatan
membuka pagar kejiranan
Semuanya kerja keras mengumpul harta
Untuk membina mahligai impian.
Maafkan nenek
Nenek tidak boleh berlama di kota
Nenek harus pulang ke kampung
Nenek tidak boleh hidup tanpa ulam-ulaman
Di kota jering, petai, genuak
Semuanya meloyakan
Tetapi di kampung itulah santapan setiap hari.
Sekiranya nenek keterlaluan
Maafkan nenek, Cu
Di kota hidup nenek sering alpa
Di kampung nenek tidak boleh alpa
Lintah
Ayam
Katak
Pacat
Dan nyamuk sering mengingatkan nenek.
Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah
Alor Setar, Kedah
Jumaat, 17 Februari 2012
Judul Karya
Nampaknya sudah beberapa hari yang berlalu saya gagal untuk mencatatkan sesuatu dalam blog saya ini. Bukan tidak mahu mencatat tetapi tidak ada perkara untuk dikongsikan. Memandangkan saya kurang sihat. Hari ini alhamdulillah kesihatan saya kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya lagi.
Bercakap mengenai judul sesuatu karya, saya akui kadangkala judul karya saya nampak klise. Perkara yang tidak kurang penting juga sebenarnya dalam penjenamaan judul. Judul memainkan peranan penting. Sesetengah pengkarya menyatakan judul haruslah menggambarkan keseluruhan isi cerita baik cerpen mahupun puisi.
Ada sesetengahnya pula menyatakan pemilihan judul haruslah berhati-hati agar judul tidak mendedahkan keseluruhan isi cerita yang hendak disampaikan sehinggakan apabila pembaca membaca judul pembaca sudah dapat meneka perjalanan cerita hinggalah penamatnya. Jadi di sini sudah tidak menunjukkan kelainan, kerahsiaan lagi.
Judul yang klise juga memungkinkan sesebuah karya itu sudah tidak nampak baru, segar. Alangkah ruginya hanya dek kerana judulnya yang klise orang membuat tanggapan karya itu sudah 'basi'. Satu lagi hal judul karya yang diberi langsung tiada kaitan dengan isi karya. Jadi haruslah berhati-hati dalam memberi judul karya.
Isnin, 13 Februari 2012
Ruangan Bicara Tunas Memberi Peluang kepada Saya
Terima kasih saya ucapkan editor Tunas Cipta yang sebelum ini iaitu, Tuan Armin yang sudi menyunting saya untuk mengisi Ruangan Bicara Tunas, bulan Februari 2012. Mula-mulanya agak terkejut tatkala membaca emel daripada Tuan Armin. Memandangkan saya yang masih baharu saya agak segan dan berasa diri ini masih kerdil untuk berkongsi dengan penulis-penulis yang lain. Namun saya berpegang kepada perkongsian yang berfaedah sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada penulis-penulis yang baru mula hendak menulis saya menerima tawaran itu.
Walaupun saya masih tidak berkesempatan untuk menatap hasil perkongsian saya itu di Tunas Cipta saya akui masih kekurangan yang perlu diperbaiki. Hal ini kerana inilah kali pertama saya berkongsi proses kreatif saya secara formal begitu dengan khalayak. Walaupun ia sekadar perkongsian yang lebih kepada pengalaman bagaimana saya mula menulis namun saya percaya sedikit sebanyak dapat merangsang bakal-bakal penulis untuk menyahut cabaran menjadi seorang penulis yang hebat.
Di sini saya petik kandungan Tunas Cipta, Februari 2012. Kepada yang belum menyemaknya bolehlah berbuat demikian. Tahniah kepada penulis yang karyanya tersiar. Bagi yang tidak tersiar jangan mudah berputus asa. Saya juga pernah merasainya. Dengan Tunas Ciptalah saya mengasah pena saya hingga di mana saya berada sekarang ini. Saya lihat Tunas Cipta banyak memberi peluang kepada penulis muda untuk mengasah pena. Tahniah!
Kandungan Tunas Cipta Februari 2012
Ahad, 12 Februari 2012
Hari Ahad Hari yang Dinanti-nantikan oleh Penulis
Hari ahad adalah hari bercuti bagi yang bekerja. Hari ahad jugalah hari yang dinanti-nantikan oleh penulis. Mengapa saya berkata begitu kerana hari ahad terdapat dua buah akhbar perdana yang menyediakan ruangan sastera iaitu cerpen dan sajak. Berita Minggu menyediakan sebuah cerpen dan 4-5 buah puisi setiap minggu. Manakalah Mingguan Malaysia pula juga menyediakan sebuah cerpen dan 4-5 buah puisi setiap minggu serta ruangan rencana sastera. Bagi penulis-penulis yang menghantar karya tidak kiralah cerpen, puisi mahupun rencana pasti akan ternanti-nanti sama ada karyanya tersiar ataupun tidak. Saya juga merasainya. Tidak hairanlah sekiranya anda melihat penulis-penulis sanggup membelanja sedikit wang untuk membeli kedua-dua buah akhbar ini saban minggu.
Debaran itu akan terhapus tatkala mengetahui senarai karya yang tersiar. Sama ada gembira apabila karya tersiar atau sedih ataupun sedikit kecewa kerana karya tidak terpilih. Bagi karyanya yang terpilih tahniah diucapkan dan bagi karya yang tidak terpilih cuba lagi.
Cerpen pertama saya yang tersiar di Berita Minggu adalah Orang Surat Khabar. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membacanya boleh klik di sini.
Sabtu, 11 Februari 2012
Hari Kantin Sekolah
Sekadar gambar hiasan |
Hari ini merupakan hari pertama untuk cuti ganti sempena Tahun Baru Cina. Dan Pada hari ini juga sekolah saya telah mengadakan hari kantin. Walaupun tidaklah semeriah mana tetapi berjalan dengan lancar. Murid-murid nampak gembira. Ibu bapa pula tidak lepaskan peluang untuk turut serta. Saya ditugaskan untuk menjaga gerai menjual air tin dan makanan ringan. Saya yang masih tidak baik dari selesema (kini batuk pula menyerang) cuba sedaya boleh membantu.
Antara makanan yang dijual ialah nasi lemak, apam balik, air kelapa, buah jambu, tembikai, ais krim dan banyak lagi.
Murid-murid dan guru dibenarkan pulang pada ukul 11.30 pagi.
Jumaat, 10 Februari 2012
Cerpen: Rombongan Masuk Jawi
Rombongan Masuk Jawi merupakan cerpen pertama saya yang tersiar di Utusan Melayu Mingguan (Jawi). Bahagian pertama disiarkan pada 6 Februari 2012. Dan bahagian keduanya pula akan disiarkan pada 13 Februari 2012, iaitu minggu hadapan. Kepada sesiapa yang tidak pernah membelek atau menyedari Utusan Melayu Mingguan wujud eloklah mendapatkannya pada setiap hari isnin.
Rasa bersyukur sangat-sangat kerana cerpen ini tidak terpinggir begitu sahaja setelah siap dikarang. Saya masih menjadikan watak utama dalam sesebuah cerpen saya adalah seorang remaja. Barangkali ia begitu dekat dengan saya walaupun saya ini sudah tua.
Idea menulis cerpen ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman-pengalaman yang dilalui. Digabungjalinkan dengan unsur kreativiti dan persepsi terhasillah sebuah cerpen yang sederhana ini. Dalam cerpen ini juga sekali lagi saya memasukkan watak bukan Melayu untuk digandingkan dengan watak utama. Saya berharap mesej yang hendak disampaikan saya tercapai.
Cerpen ini bukanlah cerpen terbaharu yang saya hasilkan. Ia dihasilkan lewat tahun lepas. Saya berharap setelah cerpen ini tersiar akan menguatkan semangat saya untuk terus menulis cerpen. Terima kasih kepada editor yang memberi ruang kepada penulis kerdil ini untuk berkongsi ilham. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang tidak jemu memberikan sokongan.
Selamat membaca.
Khamis, 9 Februari 2012
Buat Apa Pun Tak Kena
Selesema yang menyerang saya belum sembuh. Jadi apa yang saya buat semuanya serba tidak kena. Barangkali sesiapa yang tidak pernah kena selesema menagnggapkan penyakit ini hanya penyakit kecil. Tetapi bagi saya penangan selesema sungguh hebat. Daya tahan saya menurun, terasa letih dan hidung selalu 'berhinggus'. Selera makan juga tidak menentu.
Rabu, 8 Februari 2012
Hari Rabu yang Memenatkan
Ya hari ini hari rabu. Bagi saya hari rabu hari ini dan minggu-minggu mendatang adalah hari yang menuntut kesabaran, kecekalan dan ketabahan. Tidak seperti biasa saya akan pergi ke sekolah dan pulang pada pukul 1 petang. Tapi hari rabu yang saya terpaksa tempuhi hari ini dan akan datang sangat mencabar.
Dalam jadual mengajar saya hari rabulah hari yang padat. Di tambah pula selepas pukul 1 iaitu pukul 1.30 petang saya ada kokurikulum, unit beruniform. Tidak habis setakat itu saya terpaksa menanti pukul 3.30 hingga 4.30 untuk program anak angkat. Selepas itu barulah saya boleh pulang.
Dalam jadual mengajar saya hari rabulah hari yang padat. Di tambah pula selepas pukul 1 iaitu pukul 1.30 petang saya ada kokurikulum, unit beruniform. Tidak habis setakat itu saya terpaksa menanti pukul 3.30 hingga 4.30 untuk program anak angkat. Selepas itu barulah saya boleh pulang.
Sejak semalam lagi saya diserang selesema. Argh... ini semua dugaan.
Selasa, 7 Februari 2012
Puisi di Berita Minggu: Derhaka Si Tanggang
Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas |
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadrad-Nya. Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsikan entri ini. Saya sangat gembira tatkala seorang rakan penulis telah menghantar mesej seawal pukul 7 lebih saya kira memaklumkan yang puisi saya tersiar di Berita Minggu. Selepas itu berderet-deretlah rakan-rakan mengucapkan tahniah. Terima kasih semua kerana memberi sokongan.
Sudah lama karya saya tidak tersiar di Berita Minggu. Awal-awal tahun 2012 ini menampakkan bahawa karya-karya saya masih diterima oleh editor. Terima kasih editor sastera, Berita Minggu kerana memberi peluang. Puisi ini telah lama saya hasilkan sekitar tahun 2011. Derhaka Si Tanggang tersiar pada 29 Januari 2012.
Isnin, 6 Februari 2012
Ekspo Buku 1Malaysia 2012
Semalam saya terbaca berita tentang Ekspo Buku 1Malaysia ini, dan hari ini saya mengambil keputusan untuk mengunjunginya kerana hari ini adalah hari terakhir. Kebetulan pula saya berada di Serdang. Ekspo buku ini yang dijalankan di PWTC saya kira tidaklah besar sangat jika hendak di bandingkan dengan Pesta Buku Antarabangsa yang saban tahun dijalankan di tempat yang sama.
Bagi saya yang inginkan koleksi buku-buku terbaik nampaknya tidak kesampaian apabila mengunjungi ekspo buku ini. Hanya sebuah buku (kumpulan cerpen) yang berjaya menambat hati saya. Kumpulan cerpen dari penulis Siti Hajar Mohd Zaki yang berjudul Yang Lebih Dia Cinta.
*Saya menunggu Pesta Buku Antarabangsa yang dijangka pada bulan April nanti.
Ahad, 5 Februari 2012
Khamis, 2 Februari 2012
Sesuatu yang Tercipta
2.2.2012
Wah, sungguh cantik susunan tarikh pada hari ini! Sedarkah kita betapa Allah itu Maha Indah. Diciptanya sesuatu yang tak terjangka oleh pemikiran manusia. Betapalah untuk melihat dan menanti tibanya pula tarikh sebegini entah bila. Cukuplah untuk kita memuhasabah diri pada hari ini kembali dekat dengan-Nya.
Sebenarnya entri pada hari ini bukan untuk menceritakan akan tarikh ini tetapi saya mahu membawa pembaca untuk memuhasabah diri akan diri sendiri. Betapa saya kira saya sendiri juga masih belum mengenali diri saya sendiri. Allah mengurniakan kiri dan kanan. Pernahkah anda menyedari bahawa anda selalu menggunakan kiri atau kanan? Ada sebahagian daripada kita menggunakan tangan kanan tetapi ada sebaliknya. Walau bagaimanapun dalam sesuatu perkara kita serupa.
Pernahkah anda melihat orang makan dengan menggunakan tangan kiri walaupun pada hal dalam hal-hal lain dia adalah bertangan kidal?
Dalam sesuatu perkara lagi. Kita mesti@wajib memulakan amalan berwuduk dengan mendahului anggota sebelah kanan. Kedua-dua persamaan ini juga membuktikan bahawa dalam perbezaan masih ada persamaan. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah menciptakan persamaan dan perbezaan? Sesungguhnya Allah itu Maha adil dan saksama.
Dalam banyak perkara lain sememangnya ada perbezaan dan saya rasa ada yang tidak menyedarinya. Di sini saya menyenaraikannya antaranya.
1. Memotong kuku
2. Memakai stoking
3. Menyikat rambut
4. Menggosok gigi
5. Memakai kasut
6. Menyarung seluar
(Boleh ditambah, ini sekadar yang terlintas semasa saya menaip entri ini)
Selalunya kita hanya memerhati kelakuan atau tindakan orang. Apa kata mulai hari ini kita melihat diri sendiri. Betapa 'aku' ini selalu memulakan sesuatu perkara melalui kiri atau kanan.
Rabu, 1 Februari 2012
Masih Banyak yang Perlu Dipelajari
Kredit gambar daripada Utusan Malaysia |
Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pemenang-pemenang sayembara mahupun pertandingan penulisan yang telah dianjurkan. Keputusannya ada yang telah lama diumumkan mahupun baru-baru ini. Di sini saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tidak kiralah yang sudah mengetahuinya ataupun belum.
Pertamanya, Pertandingan Menulis Cerpen Putrajaya Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2011. Antara yang saya tahu Serunai Fakir telah memenangi tempat kedua menerusi cerpen Menebak Cinta Firdausi. Sili klik di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Keduanya, Pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran bersama kelab PROSTAR. Tahniah kepada 25 pemenang termasuk sagu hati. Antaranya Ridhwan Zainudin yang memenangi tempat kedua mempertaruhkan cerpen Sisa-sisa Kenangan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut para pemenangnya sila klik di sini.
Ketiganya, Pertandingan Sastera Berunsur Islam. Untuk kali ini dua kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen dan lirik lagu. Tidak seperti selalunya yang mana kategori puisi tidak dipertandingkan. Siapakah pemenangnya bolehlah berbuat demikian dengan klik di sini
Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78