Pengikut

Isnin, 29 Disember 2014

Kumpulan Cerpen Remaja Terbitan 2014

Assalamualaikum.

Setelah mengimbas kembali penerbitan Kumpulan Puisi Remaja terbitan 2014, kini saya ingin menyenaraikan pula Kumpulan Cerpen Remaja yang diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2014. 



Secara keseluruhannya, pada tahun 2014, 6 judul kumpulan cerpen remaja berjaya diterbitkan oleh ITBM. Saya kurang pasti dengan penerbitan lain. 

1. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Ahmad
2. Pari-pari Syurga - Farahana Hussain
3. Dunia Papionini - Serra Samz
4. Janji Delila - Rusila Hussain
5. Ralat - Alias Ismail
6. Sarang Tempua di Taman Ayah - Abdul Razak Husin

Moga pada tahun 2015, lebih banyak kumpulan cerpen remaja dapat diterbitkan untuk bacaan para remaja.

Sabtu, 27 Disember 2014

Kumpulan Puisi Remaja Terbitan 2014

Assalamualaikum.


Tahun 2014 hampir ke penghujungnya. Mengimbas kembali peberbitan buku sastera remaja saya merumuskan bahawa penerbitan kumpulan puisi remaja pada tahun 2014 menumbuhkan sulur yang baik.

Tahniah kepada ITBM dan DBP yang terus memperkaya khazanah persuratan negara untuk bacaan para remaja.

Kumpulan Puisi Remaja Terbitan 2014

1. Pelayar, Belayarlah, ITBM - Zaidin Abadi
2. Haruman Kata-kata, ITBM - Nawawee Mohammad
3. Bercakap dengan Kucing, ITBM - Nordin Saad
4. Cerita Lima Bulan, ITBM - Sricahya Surga
5. Mimpi Kotaku, ITBM - Hilmi Rindu Mohd Abdullah
6. Tidak Begitu Jauh, ITBM - Lim Swee Tin
7. Di Padang Ilmu, DBP - Jamaludin D.
8. Seriosa Sukma, DBP - Azmi Yusoff
9. Nota kepada Penyeluk Saku, ITBM - Ahmad Sabki

Setelah penerbitan kumpulan puisi remaja ini, adalah diharapkan agar buku-buku ini dapat dipromosikan secara terancang dan berterusan supaya pembaca mengetahui penerbitannya. Salah satu promosi yang dilihat efektif adalah dengan membawa masuk buku ini ke sekolah. 

Selain penerbitan kumpulan puisi remaja ini untuk merancakkan penerbitan kesusasteraan remaja, penerbitan ini dilihat dapat membudayakan amalan membaca dalam kalangan remaja, menyemai kecintaan remaja dana mendekatkan mereka pada kesusasteraan negara. 

Moga tahun 2015 lebih bercabang dahan kesusasteraan remaja.


Jumaat, 26 Disember 2014

Tarikh Semakan Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015

Assalamualaikum.

Kepada calon PT3 yang berminat untuk membuat permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015, bolehlah berbuat demikian pada hari ini juga kerana tarikh permohonan akan ditutup pada 26 Disember 2014

Klik di sini:


Setelah membuat permohonan, adalah diingatkan supaya calon sentiasa melawati laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my untuk semakan tarikh penting permohonan kemasukan tersebut. 

Oleh itu semak tarikh ini:


Tarikh Semakan Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015

1. Iklan permohonan: 2 Disember 2014
2. Permohonan Online: 3 Disember 2014
3. Tarikh Tutup Permohonan: 26 Disember 2014
4. Proses oleh BPM: 27 Disember hingga 31 Disember 2014
5. Sesi temu duga (sekiranya dijalankan) dan pemilihan: 11 Januari hingga 18 Januari 2015
6. BPM proses: 11 Januari 2015 
7. Semakan permohonan secara online: 20 Januari hinga 25 Januari 2015
8. Rayuan ke KV/SMT
9. Pendaftaram di KV: 19 Januari 2015
10. Pendaftaran di SMT: 26 Januari 2015
11. Pendaftaran gantian di KV: 20 Januari 2015 hingga 28 Februari 2015
12. Pendaftaran gantian di SMT: 27 Januari 2015 hingga 28 Februari 2015

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut calon boleh hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 / 5089 / 5104 / 5067



SEMOGA BERJAYA!

Khamis, 25 Disember 2014

Skuad Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke Sekolah?

Assalamualaikum.



Skuad Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke Sekolah?


Sewaktu sekolah dahulu, banyak penjual buku cerita yang berjualan di sekolah dalam kala waktu tertentu. Penjual akan mengedarkan "flyers" yang menyenaraikan judul buku dan harganya. Keesokannya, mereka akan datang semula membawa buku tersebut dan murid sekolah akan mengerumuni meja jualan untuk mendapatkan buku yang dijual. 

Saya melihat faktor penarik murid sekolah membuat pilihan untuk membeli buku adalah pada judul, kulit dan harganya. Judul haruslah menarik, kulit buku perlulah berwarna-warni dan harga perlulah sesuai dengan "pendapatan" mereka yang masih bersekolah.

Setelah menjadi guru, saya melihat peluang ini sangat baik dalam usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah. Hal ini demikian kerana murid akan lebih mudah untuk mendapatkan buku yang berada di pasaran sama ada terbitan terkini ataupun sebelumnya.

Namun begitu, ada sedikit kekecewaan kerana buku yang dibawa oleh penjual buku kurang atau tidak membawa buku sastera daripada penerbit yang unggul dalam penerbitan genre ini di Malaysia seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

Sebagai penerbit yang menerbit buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja, saya fikir adalah satu kerugian sekiranya buku yang diterbitkan tidak dipasarkan kepada golongan sasaran yang selayaknya. Mengapakah saya katakan "rugi" kerana permintaan tinggi atau golongan sasaran ini berada di sekolah rendah (kanak-kanak) dan menengah (remaja).

Kini tibalah masanya penerbit yang menerbitkan buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja menubuhkan Skuat Buku untuk membuat promosi ke sekolah-sekolah seperti yang dilakukan oleh Mobilebookcafe. Dalam kala tertentu, penyusunan jadual boleh dilakukan untuk penjelajahan ke sekolah seluruh Malaysia.

Saya fikir, cara ini lebih berasas dan berfokus daripada hanya menunggu karnival buku atau pesta buku yang diadakan yang kadang kala tidak tersampai oleh mereka yang duduknya jauh.

Sekadar cadangan.

Selasa, 23 Disember 2014

Antologi Komsas Baharu Tingkatan 1 2015: Kuingin Berterima Kasih

Assalamualaikum.

Kuingin Berterima Kasih: Antologi Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 1 merupakan antologi baharu yang disediakan untuk menggantikan antologi sebelum ini. Antologi Kuingin Berterima Kasih ini akan digunakan mulai tahun 2015 hingga 2019

Antologi ini mengandungi genre puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, cerpen dan drama. "Teks dalam genre ini disusun sedemikian rupa untuk memudahkan murid mengenal pasti, menghayati dan seterusnya menimbulkan minat terhadap warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya." - Pendahuluan, Kuingin Berterima Kasih.

Senarai judul karya dalam Antologi Komsas Baharu Tingkatan 1/2015



Puisi Tradisional
1. Pantuan Dua Kerat (Nasihat)
2. Syair Pohon Buluh 

Puisi Moden
1. Kita Umpama Sehelai Daun - SMahadzir
2. Kuingin Berterima Kasih - Ihsan Noorzali
3. Aku - Rosli K. Matari
4. Kunci Bahasa - Abdul Hadi Yusof

Prosa Tradisional
1. Asal Padi

Cerpen
1. Oren - Saifullizan Yahaya
2. Hadiah - Tie Camar
3. Kuih Bakul Limau Mandarin - Mohd Helmi Ahmad

Drama
1. Hadiah - Aripin Said



Ahad, 21 Disember 2014

Antologi Komsas Baharu 2015 Tingkatan 4: Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Assalamualaikum.


Jaket Kulit Kijang dari Istanbul: Antologi Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4 merupakan antologi baharu yang disediakan untuk menggantikan antologi sebelum ini. Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul ini akan digunakan mulai tahun 2015 hingga 2019

Antologi ini mengandungi genre puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, cerpen dan drama. "Teks dalam genre ini disusun sedemikian rupa untuk memudahkan murid mengenal pasti, menghayati dan seterusnya menimbulkan minat terhadap warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya." - Pendahuluan, Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.


Senarai judul karya dalam Antologi Komsas Baharu Tingkatan 4/2015

Puisi Tradisional
1. Syair Bidasari 
2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 

Puisi Moden
1. Sang Gembala Kuda - Mohd Hashim Othman
2. Aku Membaca Lagi - Razali Mohd. Yussof
3. www.sibermerdeka.com.my - Abdul Ghaffar Ibrahim
4. Gelanggang - Onn Malini

Prosa Tradisional
1. Kepimpinan Melalui Teladan

Cerpen
1. Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah Hassan
2. Munsyi - Husna Nazri
3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul - Maskiah Haji Masrom

Drama
1. Berkhidmat untuk Negara - Affix Zulkarnaen Adam


Sabtu, 20 Disember 2014

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin Dipilih Menjadi Teks Komsas Tingkatan 1/2015

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini saya ingin berkongsi berita gembira yang telah lama saya simpan. Cerpen saya, "Kuih Bakul Limau Mandarin" telah dipilih menjadi teks antologi Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan Satu mulai 2015.

1. Cerpen ini buat pertama kali disiarkan dalam Majalah Harmoni, 1-15 Februari 2011.
2. Cerpen ini telah memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2012, Kategori Cerpen Remaja. 
3. Cerpen ini juga dimuatkan dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, ITBM, 2014

Terima kasih saya ucapkan kepada editor majalah yang menyiarkan cerpen ini buat pertama kali, panel penilai dalam HSKU, panel penilai Komsas, pihak ITBM yang menerbitkan kumpulan cerpen saya, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan paling utama Allah SWT yang memberikan kekuatan untuk saya terus berkarya.

Ada anak-anak blogger yang akan memasuki Tingkatan 1 tahun depan?

Jumaat, 19 Disember 2014

Antologi dan Novel Komsas Baharu 2015 Mengikut Zon

Assalamualaikum.

Seperti yang sedia maklum, antologi dan novel Komponen Sastera (Komsas) mulai tahun depan 2015 akan digantikan dengan teks baharu. Oleh itu, saya kongsikan senarai lengkap judul antologi dan novel Komsas baharu yang akan digunakan mulai 2015 hingga 2019 mengikut zon

Kredit foto daripada CL Tan


ANTOLOGI TINGKATAN 1: ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
ANTOLOGI TINGKATAN 4: ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
TAJUK NOVEL - PELARI MUDA (TINGKATAN 1) OLEH GHAZALI NGAH AZIA
TAJUK NOVEL - JENDELA MENGHADAP JALAN (TINGKATAN 4) OLEH RUHAINI MATDARIN

ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
TAJUK NOVEL - DESTINASI IMPIAN (TINGKATAN 1) OLEH MOHD. ISMAIL SARBINI
TAJUK NOVEL - LEFTENAN ADNAN (TINGKATAN 4) OLEH ABDUL LATIP TALIB

ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
TAJUK NOVEL - FORMULA TERMODINAMIK (TINGKATAN 1) OLEH OBASIAH HAJI USMAN
TAJUK NOVEL - DI SEBALIK DINARA (TINGKATAN 4) OLEH DAYANG NOOR

ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
TAJUK NOVEL - SEJAMBAK BAKTI (TINGKATAN 1) OLEH REJAB F.I
TAJUK NOVEL - PANTAI KASIH (TINGKATAN 4) OLEH AZMAH NORDIN

Khamis, 18 Disember 2014

Buku Kedua: Kumpulan Puisi Remaja Bakal Terbit 2015

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, berbaki seminggu lagi saya di kampung menghabiskan cuti persekolahan, saya sedaya upaya cuba menyiapkan kerja-kerja penyuntingan manuskrip ketiga buku saya. 

Sebelum itu, ada berita gembira yang hendak saya kongsikan yang mana buku kedua saya, Kumpulan Puisi Remaja bakal terbit 2015 nanti. Insya-Allah, buku ini bakal menemui pembaca awal Januari 2015. Perjanjian Penerbitan sudah saya terima dan akan ditandatangani. Doakan buku kedua ini selamat diterbitkan. 

Oleh itu, kepada pembaca yang berminat bolehlah mendapatkan buku ini nanti. Insya-Allah, harga istimewa akan diberikan kepada pembeli yang telah mendapatkan Tetamu Istimewa sebelum ini. Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, akan saya jelaskan selepas buku ini selamat diterbitkan.

Setelah enam tahun saya menulis secara eceran dalam majalah dan surat khabar, akhirnya karya-karya tersebut berjaya dibukukan. Saya kira dengan penerbitan buku ini dapatlah dijadikan satu dokumentasi terbaik dalam bidang penulisan kepada saya. 

Ayuhlah kepada penulis eceran yang hendak menerbitkan buku, bolehlah gerakkan kerja-kerja penyusunan manuskrip. Untuk kerja-kerja penyusunan manuskrip, bolehlah rujuk entri saya secara ringkas yang saya kongsikan. Moga entri itu dapat memberikan pencerahan. 

Selasa, 16 Disember 2014

Kubentang Sehelai Peta: Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5

Assalamualaikum.


Kubentang Sehelai Peta: Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5 merupakan antologi baharu yang disediakan untuk menggantikan antologi sebelum ini. Antologi Kubentang Sehelai Peta ini akan digunakan mulai tahun 2015 hingga 2019

Antologi ini mengandungi genre puisi moden, cerpen dan drama. "Teks dalam genre ini disusun sedemikian rupa untuk memudahkan murid mengenal pasti, menghayati dan seterusnya menimbulkan minat terhadap warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya." - Pendahuluan, Kubentang Sehelai Peta.

Senarai Puisi, Cerpen dan Drama dalam Antologi Kubentang Sehelai Peta


Tajuk Puisi Moden:

1. Virus dari Langit Global - Nur Suhada Sayuti
2. Seorang Tua di Kaki Tamadun - Fadh Razy
3. Selamat Tinggal Eropah II - Muhammad Hj. Salleh
4. Menterjemah Bahasa - Abdul Rahim Omar
5. Citra Pelangi 1Malaysia - A. Halim Ali
6. Mencintai Tanah ini - Lim Swee Tin
7. Ini Tanah Kita - Salman Sulaiman
8. Sekeping Kartu Kecil - Mohd Adid Ab Rahman
9. Kubentang Sehelai Peta - T. Alias Taib
10. Sepi Syawal Tanpa Bonda - Amylia Hussain
11. Kata Bukit kepada Jentolak - Mohd Faizal Said
12. Lidah Anakku Berbelang-belang - Abizai
13. Ingatan kepada Kawan "XXIV" - Zaen Kasturi
14. Jalur yang Tidak Pernah Terpadam - Jasni Matlani
15. Pancang Kenangan - Khadijah Hashim
16. Kolek Bonda - Aminah Mokhtar
17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir - WB Rendra
18. Aku Tidak Berani Berjanji - Rosli K. Matari
19. Aku Hanya Mahu ke Seberang - Hashim Yaacob
20. Wanita dan Laut - Mahaya Mohd Yassin
21. Ranting - Hilmi Rindu
22. Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda - Shapiai Muhamad Ramly
23. Pada Glaukoma ke Ahmar - Abd. Razak @ Rezeki Othman
24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai - Naapie Mat
25. Mari Kita Cipta Alam Lestari - Nimoiz T.Y.
26. Kembali ke Rumah Nurani - Husna Nazri

Tajuk Cerpen:

1. OOOOOOOOOO - Shahnon Ahmad
2. Rindu Seorang Rafik - Nisah Hj. Haron
3. Res Judicata - Aidil Khalid
4. Namun Itulah Hakikat - Nazel Hashim Mohamad
5. Air Mata Dalang - Rahimidin Zahari
6. Profesor Sufi - A. Rahmad
7. Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail
8. Kami Akan Mati, Lin - Seroja Theavy Balakrishnan
9. Perspektif - NF Abdul Manaf
10. Bukit Emas - Mufidah Hanum Yusuf

Tajuk Drama:

1. Anna - Kemala
2. Mat Piah dan Mr. Blackway - Mahizan Husain

Khamis, 11 Disember 2014

Koleksi Karya Faisal Tehrani

Assalamualaikum.


Sejak akhir ini penerbitan novel popular dan "indie" semakin rancak beredar dalam pasaran. Novel-novel ini pula mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Namun begitu, dari satu segi baik sekiranya novel itu membawa nilai dan pengajaran yang baik. Di samping penggunaan bahasa yang betul. Walau bagaimanapun, kerancakan penerbitan itu sedikit pun tidak memancing pembaca tegar yang tetap dengan bacaan novel sastera yang membawa sarat pemikiran. 

Selain daripada karya Azizi Hj Abdullah (Allahyarham), saya juga turut membaca dan mengumpul karya Faisal Tehrani sebagai koleksi. Biarpun, penulis ini pernah dilabel dengan penulis yang menerapkan unsur syiah dalam karyanya hingga diharamkan novelnya itu, itu bukanlah satu penghalang untuk saya terus membaca karyanya. 

Bagi saya, pembaca harus matang dalam menilai karya yang dibacanya. Dalam kata lain, membaca untuk mengetahui bukan untuk diamalkan sesuatu yang tidak baik. Sebongkah Batu di Kuala Berang dan Perempuan Nan Bercinta pernah diharamkan penerbitannya. 

Pertama kali saya membaca karya Faisal Tehrani ketika mengambil Komponen Sastera (Komsas). Cerpen Kerana Manisnya Epal, sangat mengesankan saya. Saya fikir, karya penulis ini dibaca oleh pelbagai lapisan umur. 

Antara koleksi karya Faisal Tehrani yang telah saya miliki:


Novel
1. Advencer Si Peniup Ney
2. Ikan Fugu, Lukisan & Jimson
3. Tuhan Manusia
4. Bila Tuhan Berbicara
5. Tunggu Teduh Dulu
6. Rahsia Ummi
7. Surat-surat Perempuan Johor8
8. Maaf dari Sorga
9. Bahlut
10. Manikam Kalbu
11. Detektif Indigo
12. 1515
13. Ketupat Cinta Musim 1
14. Ketupat Cinta Musim 2
15. Detektif Indigo Kembali
16. Sebongkah Batu di Kuala Berang
17. Perempyan Nan Bercinta

Kumpulan Cerpen
1. Kekasih Sam Po Bo
2. Tiga Kali Seminggu

Kumpulan Drama
1. Derik Kerisik


Selasa, 9 Disember 2014

Cerpen: Kudrat Sanai dalam Majalah Harmoni

Assalamualaikum.

Kudrat Sanai merupakan cerpen terbaru yang saya tulis pada tahun ini dan disiarkan dalam majalah Harmoni, 1-15 Disember 2014


“Kalau sekali pun kau tidak mempunyai impian, jangan pernah untuk kau membunuh impian orang lain, walau sekali cuma. Membiarkan otak kita berfikir yang negatif boleh meracuni fikiran kita. Akibatnya, kita sering terkecundang di tangan sendiri.” 


Isnin, 8 Disember 2014

Tetamu Istimewa: Buku Pilihan Berita Harian

Assalamualaikum. 

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM, 2014 mengisi ruangan Buku Pilihan dalam akhbar Berita Harian pada 5 Disember 2014. Terima kasih kepada pengelola ruangan ini kerana sudi berkongsi dan mempromosikan buku saya ini. 

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa

Telah banyak kenangan yang saya bersama dengan buku ini. Cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam buku ini setiap satunya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ada juga yang telah menempah kejayaan yang tidak terduga. 

1. 15 cerpen yang pernah disiarkan dalam majalah dan surat khabar.
2. 5 cerpen yang telah melalui penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan  (HSKU) ExxonMobil.
3. 3 cerpen telah memenangi Hadiah Penghargaan HSKU dan 2 cerpen telah layak ke peringkat akhir.
4. Cerpen "Bunga Telur Kenduri Kahwin, bakal diterbitkan dalam bentuk Buku Audio oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Saya petik Prakata yang saya tulis dalam buku ini:

"Sebelum dewasa, tidakkah kita telah melalui alam keremajaan. Andainya, kita gagal dalam alam keremajaan itu bukan satu penghalang untuk kita berjaya dalam dunia kedewasaan. Andainya, kita gagal pula dalam dunia kedewasaan kita sudah tidak berupaya kembali membetulkan alam keremajaan. Remaja yang bijak ialah remaja yang berfikir dahulu sebelum bertindak."

Yang belum memiliki buku ini segeralah mendapatkannya agar kita semua dapat menghayati zaman remaja hingga akhir remaja yang bermula dengan cerpen Rancanganku Rancangan-Mu dan berakhir dengan cerpen Tetang Waris.

Yang baik itu daripada Allah SWT, yang khilaf itu daripada saya.

Khamis, 4 Disember 2014

Ucapan Selamat Hari Lahir dari Rakan Facebook

Assalamualaikum.

Entri ini sekadar ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada rakan-rakan Facebook yang menitipkan ucapan selamat hari lahir pada saya pada hari ini 4 Disember 1986. Inilah kali pertama saya meraikan kesyukuran bersama rakan Facebook. Oleh itu, saya ingin mendokumentasikan ucapan itu dalam blog saya ini yang boleh kekal lama. 









Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mendoakan saya.

Amin.

Selasa, 2 Disember 2014

BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON

Assalamualaikum.



Dimaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan BR1M tuan/puan dapat diproses dengan sempurna, sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:

i. Maklumat pasangan/tanggungan;

ii. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;

iii. Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu, tuan/puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan/puan. Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampiran; dan

iv. Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian. 

Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https:ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan /Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM. 

Kegagalan tuan/puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan/puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia). 


Isnin, 1 Disember 2014

Acik@Aku Penghibur Telah Mendapatkan Tetamu Istimewa

Assalamualaikum.

Disember 2014 membuka tirai hari ini. Tidak lama lagi, tahun 2015 bakal menjelma. Apakah perancangan kalian semua pada bulan ini? 

Masih ingatkah kalian semua dengan buku saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa? Alhamdulillah, buku ini semakin mendapat permintaan daripada guru-guru terutamanya.

Ada juga yang membeli Tetamu Istimewa untuk ditempatkan dalam Pusat Sumber Sekolah masing-masing untuk bacaan para pelajar. Moga, buku ini mampu memberi satu pengalaman istimewa dan baharu kepada pelajar dalam meniti denai kehidupan. 



Terima kasih saya ucapkan kepada Acik@Aku Penghibur, blogger popular yang telah mendapatkan buku ini. Saya berharap, Acik dapat memberikan sedikit ulasan pada buku ini.

Pandangan daripada pihak pembaca amatlah saya harapkan untuk saya memperbaiki mutu penulisan saya. Terima kasih sekali lagi Acik@Aku Penghibur yang telah mendapatkan Tetamu Istimewa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78