Pengikut

Ahad, 31 Disember 2017

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) III

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


HADIAH SASTERA DARUL IMAN iii

Hadiah Tokoh Sastera (RM5000)
Sasterawan Negeri
- tiada pemenang

Hadiah Cekal Sastera (RM3000)
Sasterawan Harapan Negeri
Wan Ahmad Ismail

KATEGORI: Hadiah Karya Sastera (yang diterbitkan pada tahun 2015 dan 2016)
Bahagian A - Buku (Perseorangan)
(Satu HADIAH UTAMA bernilai RM 2,500.00 setiap satu dan satu HADIAH PENGHARGAAN bernilai RM1,000.00.)

i - Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Tinggi Bangau Terbang - Nawawee Mohammad Mohammad

ii - Kumpulan Puisi Remaja
Utama: Umpama Harum Bunga - Nawawee Mohammad
Penghargaan: Cinta Allah - Hilmi Rindu

iii- Kumpulan Puisi Umum
Utama: Malam Hujan & Oksimoron - Marsli NO
Penghargaan: Kuleburkan Aksara Menjadi Semisal Cahaya - A Muziru Idham 

iv - Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
Anak Wawasan - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

v- Kumpulan Cerpen Remaja
Utama: Obsesi Cintamu Zulaikha - Husna Nazri
Penghargaan: Cinta Menyala di Constantinople - Fahd Razy 

vi - Kumpulan Cerpen Umum
Utama: Pascasejarah- Fahd Razy
Penghargaan: Kaca di Lantai - Alias Ismail 

vii - Novel Remaja
Utama: Nadhirah - Sharif Putera
Penghargaan: Sejernih Embun - Azman Abdullah 

viii - Novel Umum
Utama: SPIDER - Husna Nazri
Penghargaan : Pentas Rodat - Omar Mamat 

ix - Buku Sastera (Esei)
Tazkiyah An nafs dalam Novel Pasir Lintang - Kamariah Kamarudin 

Bahagian B – Eceran
(Satu HADIAH UTAMA bernilai RM750.00 setiap satu dan lima HADIAH PENGHARGAAN bernilai RM500.00 setiap satu.)

i - Puisi Remaja
Utama: Rasuah Hujan & Matahari - A Muziru Idham 

Penghargaan:
*Cinta dalam Metafora - Fahd Razy
*Perempuan yang mengirim Rindu - Adnie Bahiah
*Telah Kutitipkan Kuntuman Doa - Azharudin Alias
*Alam Bercerita - Noorlaila Ghaffar
*Sebuah Istighfar - Nur Akmaliah Alias

ii- Puisi Umum
Utama: Catatan yang Ditemui dalam Mulut Seorang Pengemis yang Mati Pagi Ini - Fahd Razy 

Penghargaan:
*Negeri Fakir Siasah - Husna Nazri
*Sebuah Jambatan - Alias Ismail
*Menjadi Unggas II - Fahd Razy
*Mencari Kesumba - Nassury Ibrahim
*Di Luar Bingkai Sejarah - Hilmi Rindu 

iii - Cerpen Kanak-kanak
Kucing Adik, Noorlaila Ghafar 

iv- Cerpen Remaja
Utama: Kota Peradaban Averroes, A Muziru Idham

Penghargaan:
*Cerita Bonda dan Sungai Jiwa- Husna Nazri
*Malam Kuda Kepang - Adnie Bahiah
*Selamat Datang Realiti - Fahd Razy
*Uma Sayang Nenek - Samiron Rahmat
*Hadiah Min Untuk Ayah - Alias Ismail 

v - Cerpen Umum
Utama: Pascasejarah Apokalips - Fahd Razy
 
Penghargaan:
*Pemugal Pohon Kata - Alias Ismail
*Di Pustaka Babel - Syafiq Ghazali
*Catatan Buat Tuhan - Ahmad Muziru Idham
*Di sini Tempatnya Bersujud - Saza S
*Kasih Pun Bertaut - Tuan Sharif Tuan Putera
 
vi - Drama Pentas
Mas Babu - Wan Ahmad Ismail 

vii - Esei Sastera
Penghargaan:
* Kumpulan cerpen Pascasejarah Melalui Bacaan Semiotik - Tengku Intan Marliana Tengku Mohd Ali
* Perspektif Dua Zaman dalam Pembacaan Novel - Alias Ismail
* Sastera Kritikan Menuju Kuburan - A Muziru Idham

Bahagian C (penulis berusia 21 tahun ke bawah)
(Satu HADIAH GALAKAN bernilai RM 750.00 dan satu HADIAH PENGHARGAAN bernilai RM500.)
i- Karya kreatif
Deru Tengkujuh - Ak Kelana (Abdul Karim)

Tahniah kepada para pemenang!

Sumber: Laporan oleh Katapilar Books.
 

Sabtu, 30 Disember 2017

Sejarah dan Pencapaianku dalam Penulisan 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Tahun 2017 bakal berlalu pergi. Mengimbas kembali perjalanan penulisan saya pada tahun ini agak perlahan, namun masih "hidup".

Jika melihat senarai karya eceran yang disiarkan tidaklah memberangsangkan. Hanya beberapa sahaja. Sebagai rekod peribadi dan perkongsian, saya catatkan di sini:

Puisi
1. Budi - Sinar Harian, 12 Februari 2017
2. Tanda Soal - Sinar Harian, 26 Februari 2017
3. Matahari Esok - Sinar Harian, 9 April 2017

Cerpen
1. Kelip-kelip di Hatiku - Asuh, Mac 2017
2. Orang-orang di Tengah Sawah - Asuh, Julai 2017
3. Jalan-jalan Kecil Seorang Sasterawan - Asuh, November 2017

Ya, hanya tiga buah puisi dan tiga buah cerpen kanak-kanak sahaja. Tidak ada karya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian ataupun Mingguan Malaysia dan majalah terbitan DBP.

***
Jika mengikut perancangan awal, buku ke-4 saya diterbitkan pada tahun ini. Namun begitu, perancangan-Nya lebih adil dan besar. Buku ke-4 itu masih belum dapat diterbitkan.

Saya anggapkan, Allah nak bagi peluang kepada saya untuk terus mempromosikan buku saya yang telah terbit.

***
Ya, Allah itu maha adil. Buku ke-4 saya belum terbit tapi Dia berikan saya dengan "Kartunis Muda". Kartunis Muda ialah antologi cerpen kanak-kanak yang diterbitkan oleh DBP.

Antologi ini memuatkan tiga cerpen kanak-kanak saya yang disiarkan dalam Dewan Pelajar. Terima kasih Pak Cu Hamidi yang membuka peluang dan memilih cerpen tersebut.

Buku ini juga pernah menjadi buku terlaris untuk jualan buku DBP pada bulan November.

***
Sepanjang tahun ini juga saya lebih menumpukan kepada penyediaan manuskrip buku ke-5. Alhamdulillah, setelah setahun lebih menulis, mengumpul, menyusun dan menyunting, akhirnya manuskrip ini siap.

Insya-Allah, saya berhasrat untuk menghantar manuskrip ini kepada penerbit untuk dinilai pada awal tahun hadapan. Doakan agar manuskrip ini lulus diterbitkan.

***
Selain menguruskan manuskrip buku-5, saya turut menimba pengalaman menjadi penyelenggara antologi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pak Cu Hamidi, yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menyelenggarakan antologi.

Bermula daripada cadangan untuk membukukan artikel Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR yang diterbitkan oleh Tunas Cipta, kini manuskrip tersebut telah lulus penilaian dan dijangkakan terbit pada tahun 2018.

Buku yang disarankan beli ini menghimpunkan perkongsian pengalaman 20 orang penulis muda negara.

***
Pada 28 November 2017 lalu menjadi sejarah dalam dunia penulisan saya apabila kali kedua naik ke pentas Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).

Untuk HSPM 2015/2016 saya menerima pengiktirafan dalam Kategori Kumpulan Puisi Remaja melalui buku "Madu di Tangan" terbitan ITBM.

Besar amat pengiktirafan ini. Saya menyifatkan pengiktirafan ini sebagai amanat dan tanggungjawab untuk saya terus menghasilkan karya yang lebih baik.

***
#HEBAHANKARYAMHA dikatakan menjadi hantaran yang ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan pada setiap hari Ahad. Insya-Allah, selagi terdaya saya akan teruskan.

Hantaran ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menyemarakkan dunia penulisan negara. Melalui hantaran ini saya dapat menyebarkan berita gembira kepada penulis.

Selain itu, pembaca dapat berkenal-kenalan dengan penulis yang saya "tanda" namanya setiap kali karya disiarkan.

***
"Kehilangan" saya selama 100 hari tidak termasuk dalam sejarah penulisan saya.

***
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong saya selama ini. Tidak ketinggalan saya ucapkan terima kasih kepada editor akhbar dan majalah yang membaca dan menilai karya eceran saya. Penerbit buku yang menerbitkan buku saya.

Saya mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan ataupun tulisan dan komen saya yang menyinggung perasaaan rakan-rakan yang dilakukan tanpa disedari.

Mohd Helmi Ahmad
Saya Budak Baru Belajar. Berikanlah Tunjuk Ajar kepada Saya

Jumaat, 29 Disember 2017

21 Buku Terbaik ITBM Menang HSPM

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sekadar Perkongsian Buku Terbaik ITBM
Semenjak penjenamaan ITNM kepada ITBM, buku-buku terbitan ITBM telah berjaya menggondol hadiah utama penulisan di negara kita. Buku-buku tersebut terdiri daripada pelbagai genre antaranya novel - dewasa, remaja dan kanak-kanak, kumpulan puisi - dewasa, remaja dan kanak-kanak, kumpulan cerpen - dewasa dan remaja, kumpulan drama - kanak-kanak, memoir dan buku kajian sastera.

 

21 Judul Buku Seperti Berikut:

HSPM 2012
1. Bijak Si Katak Bijak - Siti Zainon Ismail
2. Ke Pulau Sebatik 1 - Nur Mustika
3. Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib
4. Selamat Datang ke Malaywood - Roslan Jomel
5. Alien Menchari Chinta - Ramzah Dambul

HSPM 2013
6. Tercipta dari Tanya - Anwar Ridhwan
7. Hujan Hujung Januari - Rebecca Ilham
8. Suteki Da Ne Aleena - Massruhaiza Ali
9. Pesanan Pendeta - Mahaya Mohd Yassin
10. Memoir Hasrat Menyala - Amir Haji Hassan
11. Mimpi Laila - Amelia Hashim
12. Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop

HSPM 2014
13. Nenek - Razali Endut
14. Oksidentalisme: Dalam Sastera Melayu - Dr Saleeh Rahamad
15. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Ahmad
16. Mimpi Kotaku - Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah 

HSPM 2015/2016
17. Bukan Orang-orang - Hafizah Iszahanid
18. Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo - Jasni Matlani
19. 77 Tuju (siri ingatan kepada kawan) - Zaen Kasturi
20. Obsesi Cintamu, Zulaikha - Nazri Hussein
21. Madu di Tangan - Mohd Helmi Ahmad

Oleh itu, rugi sekiranya buku-buku yang telah diiktiraf tahap kualitinya dalam HSPM misalnya, hanya terperuk di kedai buku dan stor sahaja. Selain itu, elok kiranya juga buku-buku ini dijadikan bahan kajian utama di universiti. Tahniah kepada penerbit dan penulis. Terima kasih kepada pembaca.

Rabu, 27 Disember 2017

Pulangnya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ke Negeri Abadi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

~ Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T ~

Lahuma seorang petani.
Jeha, isteri Lahuma, juga seorang petani dan anak-anak Lahuma-Jeha:

Sanah
Milah
Jenab
Semek
Liah
Lebar
Kiah

Juga petani-petani yang pernah mengalami keperitan hidup dan mereka yang masih berada di kampung kelahiranku ini.

Dan:

Semak-samun
Ular tedung senduk dan lintah gajah
Kemarau dan banjir sepanjang musim
Ketam-ketam dan burung-burung tiak
Batang-batang menerung
Rumput bulu landak dan onak-onak nibung
Gila dan penyakit busung
Ulat-ulat
Nanah-nanah dan darah-darah

adalah bencana-bencana yang tidak bisa langsai selagi jantung berdegup dan nadi berdenyut. RANJAU SEPANJANG JALAN cuma dapat dirasai kalau bertafakur sejenak menginsafi perjuangan hidup pak-pak tani.

*Petikan daripada Novel Ranjau Sepanjang Jalan

Al-Fatihah

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

SHAHNON AHMAD
13 Januari 1933 - 26 Disember 2017

Rabu, 13 Disember 2017

Pengalaman Menulis Karya Eceran dalam Majalah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Pagi ini saya ambil kesempatan untuk mengemas dan menyusun rak majalah pula. Sepanjang saya menulis secara eceran, inilah sebahagian majalah yang saya simpan. 

1] Pada awalnya saya beli majalah untuk bacaan dan membuat rujukan. Baca dan analisis.

2] Dengan membeli majalah tersebut, saya dapat menyemak alamat e-mel editor yang mengendalikan ruangan kreatif.

3] Saya pernah melanggan majalah Dewan Sastera, Pelita Bahasa dan Tunas Cipta pada tahun 2014, 2015 dan 2016. 

4] Mulai tahun 2017, saya membuat keputusan untuk membeli sendiri Dewan Sastera dan Tunas Cipta di kedai.

5] Majalah terbitan DBP yang lain saya akan beli mengikut beberapa pertimbangan tertentu.

6] Pada awal dahulu, malu juga nak belek majalah perempuan. Orang pandang lain macam saja. Tapi kini, saya buat "bodoh" saja. 

7] Ada sebahagian majalah ini pernah menyiarkan puisi, cerpen dan artikel saja. Oleh itu, saya beli dan simpan.

8] Saya mula menghantar karya ke majalah menggunakan perkhidmatan pos. 

9] Pertama kali saya mendapat panggilan telefon daripada editor yang mengendalikan ruangan cerpen majalah Jelita meminta saya menge-melkan cerpen - Hantaran yang saya hantar melalui pos. Rasa seronok bukan main lagi.

10] Ada majalah yang saya hantar karya melalui pos tidak disiarkan. Tetapi apabila saya hantar melalui e-mel, disiarkan. 

11] Ada majalah URTV yang pernah menyiarkan puisi dan cerpen saya, tak sempat nak beli sebab tak tahu yang karya tersebut disiarkan.

12] Dahulu pernah juga, dalam sebulan, empat buah cerpen saya disiarkan dalam majalah.

13] Ada karya saya yang pernah disiarkan dalam majalah telah saya bukukan dalam Tetamu Istimewa, Madu di Tangan dan Bila Ayah Berkaca Mata Hitam.

14] Dua buah cerpen saya yang disiarkan dalam majalah Harmoni pernah menang HSKU pada tahun 2010 dan 2011. Kini majalah Harmoni telah menggugurkan ruangan kreatif.

15] Ada juga majalah yang pernah menyiarkan karya saya telah menutup operasi penerbitannya.

Kalau nak cerita, tak habis. Cukuplah 15 fakta yang saya senaraikan ini untuk dikongsikan dengan rakan-rakan. Saya yakin, setiap orang penulis ada pengalaman masing-masing. 

Saya suka membaca tulisan berkaitan pengalaman seseorang penulis! Daripada situ saya dapat belajar sesuatu.

Teruskan menulis!

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Karya Eceran

Sabtu, 9 Disember 2017

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Selangor - Selangorkini 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



KEPUTUSAN HADIAH SASTERA SELANGOR 2017

KATEGORI PUISI

PEMENANG UTAMA:
Catatan yang Dilipat Menjadi Kapal Terbang Kertas Lalu Diluncur dari Tingkat Lapan Sebuah Pangsapuri (dan ia tidak mahu dijumpai lagi): Ahmad Fadhlil bin Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy)

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Aku Setia Menunggu: Zainal Abidin bin Suhaili (Abizai)
2. Hari-hari Berlalu Tanpa Namamu di Awan: Hazril Hafiz Mohd Hassan (Hafiz Hamzah)
3. Engkau Memakai Agamamu dengan Baik (untuk Ibrahim): Nurus Syamilah Amir Hamzah (Nour Amir)
4. Saat Ini Negeri Kami: Iman Danial Hakim Md Azam (Iman Danial Hakim)

KATEGORI CERPEN

PEMENANG UTAMA:
Ceritanah: Azrin Fauzi

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Apa-apa yang ditambah kosong: Mohd Syafiq Ghazali
2. Zhu di dalam zoo: A'riff Mustaffa Hamzah
3. Dan aku memesan secangkir kopi lagi: Muhammad Arif Zulkifli
4. Sambal pecal Wak Sarni: Tumirah Md Abas (Asmira Suhadis)

KATEGORI ESEI

PEMENANG UTAMA: (Tiada)

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Perihal istilah aneh gubahan DBP: Muhammad Aisamuddin Md Asri (Aisa Linglung)
2. Saktinya Sastera, Membumikan Karya?:Amir Hafyan Fadhil
3. Paus Biru dan Perjalanan Spiritual: Roslan Jomel
4. Teater Modular: Antara Berahi dan Bijaksana: Haizir Othman

Kredit: FB Fazallah Pit


Ahad, 3 Disember 2017

Madu di Tangan: Kumpulan Puisi Remaja Terbaik 2015/2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 

Syukur kehadrat Ilahi dengan izin-Nya, saya dapat naik ke pentas HSPM buat kali kedua dalam kategori buku sastera remaja. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato Seri Mahdzir Khalid - Menteri Pendidikan Malaysia dan Dato Sri Alias Hj Ahmad - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 28 November 2017 lalu.

Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan terbitan ITBM, 2015 sangat istimewa bagi saya.
 

Sijil kemenangan yang diperoleh.


Saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, guru-guru, penerbit eceran dan buku (ITBM) yang memberikan sokongan terhadap hasil penulisan saya. Terima kasih juga kepada panel penilai yang meluluskan manuskrip ini dan panel hakim yang mempercayai dan mengiktiraf karya saya ini. 



Terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah.

Keputusan penuh Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016.

Mohd Helmi Ahmad
Bakat Anugerah Kurniaan Ilahi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78