Pengikut

Khamis, 27 November 2014

Senarai Pemenang HSPM 2013

Assalamualaikum.




Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (HSPM) telah pun diumumkan pada 21 November 2014 yang lalu. Oleh itu, saya perturunkan senarai pemenang HSPM 2013 mengikut kategori yang dipertandingkan. 

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013


Kategori A: Buku

Novel 
Qalam Kalbu, ITBM - Sri Rahayu Mohd Yusop

Kumpulan Cerpen
Hujan Hujung Januari, ITBM - Rebecca Ilham

Kumpulan Puisi
Tercipta dari Tanya, ITBM - Anwar Ridhwan

Kumpulan Drama
-

Buku Kajian Sastera
Teater, Filem dan Pengurusan Seni, DBP - Hatta Azad Khan

Biografi/Autobiografi
Memoir Hasrat Menyala, Amir Haji Hassan, ITBM

Kategori B: Eceran

Cerpen
1. Istana Cindai, Mingguan Malaysia - Rosmiati Shaari
2. Gulai Tempoyak Ikan Seberau, Dewan Budaya - Malim Ghozali PK
3. Rumah Impian Polan Cupan, Dewan Sastera - Mohd Affandi Hassan 
4. Fotokopi, Dewan Budaya - Hassan Baseri Budiman
5. Gadung, Dewan Sastera - Zainol Idris 
6. Pusaka Ayahanda, Dewan Sastera - Samsudin Ahmad
7. Manisnya Rambutan Kampung, Mingguan Malaysia - Zahari Affandi
8. Zombi, Dewan Sastera - Fudzail
9. Catatan Rahsia Sang Ahli Fikir Tertua, Dewan Sastera - Pelita di dalam Kaca 
10. Kasut, Utusan Borneo, Roslan Jomel

Puisi
1. Langit Meratap, Dewan Sastera - Marsli N.O
2. Saling, Dewan Sastera - Abd. Razak Rezeki Othman 
3. Sekuntum Mawar di Taman al-Mubarak, Mingguan Malaysia - Shamsudin Othman 
4. Pesan dari Kebun Perjuangan, Dewan Siswa - Husna Nazri 
5. Nyanyian Tengkujuh, Wanita - Husna Nazri 
6. Malam Semakin Tua Ketika Aku Tiba, Dewan Siswa - Malim Ghozali PK
7. Di Kubu Bahasa, Pelita Bahasa - Azmi Yusoff 
8. Tempo Doele (Sekali Lagi Mengenang Pramoedya), Pentas - Rosli K. Matari
9. Selepas Hujan, Wadah - Ramzah Dambul
10. Sebuah Cakerawala Batu, Dewan Masyarakat - Muhammad Haji Salleh

Drama
1. Bulan Belum Kelam, Dewan Sastera - Roziah Adama

Esei/Kritikan/Kajian Sastera 
1. Kuasa dan Strategi Penguasaan Tersembunyi dalam Hering, Dewan Sastera - Nur Fatiha Fadila Abu Bakar 
2. Media Elektronik Mengancam Persuratan, Dewan Sastera - SN Anwar Ridhwan 
3. Pembinaan Insan dan Jati Diri melalui Karya Sastera, Tunas Cipta - Roslan Jomel
4. Pengarang Muda Tanggungjawab dan Cabaran Zaman, Dewan Sastera - Muhammad Lutfi Ishak 
5. Hang Tuah dalam Hayat Lisan di Air dan Daratan, Sastera dalam Budaya dan Media, SN Muhammad Haji Salleh 
6. Ritual dalam Lipur Lara dan Foklor Melayu: Tradisi dan Persepsi, Sastera dalam Budaya dan Media, Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman 
7. Daripada Kertas kepada Layar: Transformasi Kisah Hang Tuah dan Sulalat As-Salatin kepada Puteri Gunung Ledang, Sastera dalam Budaya dan Media, Wan Hasmah Wan Teh

Kategori C: Kanak-kanak dan Remaja

Novel Kanak-kanak
Suteki Da Ne Aleena, ITBM - Mass Ruhaiza Ali

Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
E-mel dari Shinjuku, DBP - Ariff Mohamad

Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Pesanan Pendeta, ITBM - Mahaya Mohd Yassin

Kumpulan Drama Kanak-kanak
Mimpi Laila, ITBM - Amelia Hashim

Novel Remaja
Sepetang di Kafe Biblioholic, JS Adiwarna - Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Kumpulan Cerpen Remaja
-
Kumpulan Puisi Remaja
-
Kumpulan Drama Remaja
-


Selasa, 18 November 2014

SAPS: Semakan Kedudukan Kelas Tahun 2015

Assalamualaikum.

Semakin lama semakin lama saya tinggalkan blog ini tanpa entri baharu. Maafkan saya kepada pengunjung dan pembaca yang selalu berkunjung dan membaca catatan dalam blog saya ini. 



Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) boleh digunakan sepenuhnya untuk menyemak keputusan murid/pelajar yang mengambil peperiksaan. Tahukah ibu bapa juga, bahawa SAPS juga menyediakan semakan kedudukan murid mengikut kelas dan keseluruhan dalam aliran. Oleh itu, ibu bapa boleh membuat semakan kedudukan kelas anak masing-masing untuk tahun 2015 melalui SAPS.

Selalunya guru-guru akan membuat pemilihan dan penyususan murid-murid dalam kelas tertentu mengikut kedudukan murid keseluruhan dalam aliran. Sebagai contohnya, jika aliran tahun 1 di sekolah itu mempunyai empat kelas, dan kelas pertama mempunyai 40 orang murid, kelas kedua 38 orang murid, kelas ketiga 36 dan kelas keempat 30 orang murid, ibu bapa sudah boleh menjangkakan sendiri, sekiranya anaknya yang mendapat kedudukan 10 terbaik dalam aliran akan berada dalam kelas mana. Sudah pastilah anaknya itu akan berada dalam kelas pertama. Begitulah selanjutnya perkiraan bagi penyusunan kedudukan kelas murid tahun 2015

Catatan ini sekadar memberikan pencerahan kepada ibu bapa. Namun keputusan muktamat tertaktuk pada pihak sekolah. Segala urusan berkaitan ini bolehlah dirujuki pada pihak sekolah. Harap maklum. 

Khamis, 13 November 2014

Cadangan Aktiviti Kem Membaca 1Malaysia

Assalamualaikum.

Kesibukan demi kesibukan semakin melanda guru-guru di sekolah menuju ke penghujung sesi persekolahan 2014. Aktiviti atau program pada akhir tahun pastilah ke arah Hari Anugerah Kecemerlangan. 

Satu surat daripada Jabatan Pendidikan Selangor menyusul pada ketika guru-guru bergegas menyiapkan kerja-kerja tahunan. Pada surat tersebut menyatakan begini: Program Bulan Bahasa Kebangsaan: Kem Membaca 1Malaysia adalah merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk menggalakakan pembacaan untuk mengisi waktu selepas peperiksaan hujung tahun seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid serta memeriahkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan


Contoh Cadangan Aktiviti KM1M

1. Jejak Maklumat
2. Jom Baca
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Poem recltation competition
5. Spelling Aa Bee C
6. Mencipta Big Book
7. Pertandingan Ulat Buku
8. Perbahasan
9. Reka cipta bahan terbuang
10. Melukis poster
11. Projek Bumi Hijau
12. Pertandingan melukis kulit buku
13. Pertandingan kelancaran membaca
14. Klinik membaca
15. Mendeklamasikan sajak dan syair
16. Pertandingan Pidato
17. Pertandingan mewarna
18. Mewarna abjad
19. Wakaf Buku
20. Bicara Buku
21. Pertandingan Drama Komsas
22. Reka cipta Teka Silang kata
23. 33 Minit Bersama Buku
24. Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku
25. Jualan Buku
26. Choral Speaking
27. Public Speaking
28. Pertandingan dan sesi bercerita
29. Pertandingan Info Hunt
30. Projek Kitar Semula - membuat buku skrap berasaskan bahan terbuang
31. Pertandingan seni visual - mewarna berdasarkan lakaran "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia"
32. Program/Projek Akhbar dalam Darjah (ADD)
33. Kuiz Spontan
34. Bacathon
35. Berbalas Pantun
36. Khazanah bahasa Melayu lama/bahasa istana
37. Bangsawan

Pihak sekolah dan guru-guru bolehlah merancang dan menjadikan cadangan aktiviti Kem Membaca 1Malaysia untuk dilaksanakan di sekolah. 

Nota: Kalau ibu bapa pun berkira hendak membeli buku, jangan salahkan anak-anak kalau tidak membaca buku.

Sabtu, 8 November 2014

Cerpen: Lambaian Kuala Lumpur dalam Jelita

Assalamualaikum.

Sudah masuk hari kelapan bulan November barulah saya menerbitkan entri. Jika dihitung jumlah entri belakangan ini semakin susut jumlahnya. Walaupun entri baru tidak diterbitkan, setiap hari saya masih membuka blog ini untuk tatapan sahaja. 



LAMBAIAN KUALA LUMPUR merupakan cerpen terkini saya yang disiarkan dalam majalah Jelita, November 2014. Kepada pembaca majalah Jelita, bolehlah belek-belek ruangan cerpen. Cerpen lama ini telah lama saya tulis, namun baru dihantar ke media. Alhamdulillah, terima kasih kepada editor yang memberi peluang dan ruang untuk saya berkongsi cerita ini. 

Catatan lain:

Rindu untuk menulis lagi. Tetapi buat masa ini masa tidak mengizinkan. Kekangan tugas yang perlu dilangsaikan sebelum cuti persekolahan. Banyak lagi aktiviti ataupun program di sekolah yang belum selesai. Maka, kerja-kerja penulisan terbantut. 

Kepada yang berminat untuk memiliki Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa boleh membuat tempahan terus daripada saya. Stok buku ini masih ada. Manalah tahu jika ada guru-guru yang ingin menjadikan buku ini sebagai cenderamata untuk pelajar yang memenangi Anugerah Tokoh Nilam.

Insya-Allah, Kumpulan Puisi Remaja saya bakal terbit tidak lama sahaja lagi. Dijangka penghujung tahun ini juga. Nantikan, kemunculannya.

Saya turut menjadi sponsor GA Mamaniza. Tetamu Istimewa dijadikan hadiah kepada pemenang nanti, Jika yang berminat boleh sertai. 

Saya mohon maaf kepada rakan blogger kerana tidak dapat blogwalking ke blog rakan-rakan dalam masa terdekat ini. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78