Pengikut

Jumaat, 19 Jun 2015

PT3 Geografi: Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi

Assalamualaikum.



Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah calon.

3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti. 

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga. 

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan. 

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi


Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer, kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini  berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung daripada sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.

Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan  pemerosesan. Bahan mentah diproses menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.

Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan, perbankan, kewangan, pelancongan dan sebagainya.

Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja, pekedai, kerani dan sebagainya.

Sumber: Bumi Gemilang

Nota: Bahan yang dikongsi bukan jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber maklumat yang boleh digunakan oleh calon PT3 untuk menyediakan Tugasan Geografi. Harap maklum.

10 ulasan:

  1. Ckg,Ini hanyalah conoth jawapankan? Dan perlu menggunakan ayat sendirr?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, you kena mula dengan "menurut...." dan tulis URL blog ni sebagai kaedah kajian melayari internet

      Padam
  2. terima kasih banyak2. semoga dirahmati Allah :)

    BalasPadam
  3. semua maklumat ni betul ke contoh je?

    BalasPadam
  4. saya x berapa faham..but thanks cikgu dh bagi..

    BalasPadam
  5. nak tanya ini format ke contoh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78