Pengikut

Ahad, 12 Januari 2014

Ibu Bapa Sanggup Ambil Cuti Hanya Kerana RM100 Bantuan Persekolahan 1Malaysia!

bantuan persekolahan - kredit foto dari utusan

Pada 15 Januari 2014 nanti, kebanyakan sekolah akan menjadi tumpuan dengan kebanjiran ibu bapa, waris atau penjaga untuk mengambil Bantuan Persekolahan 1Malaysia RM100 yang bakal diagihkan. Pihak sekolah akan sedaya upaya mengagihkan bantuan tersebut sebaik mungkin. Tidak menjadi masalah kepada sekolah kerana ketika itu kebanyakan yang datang mengambil bantuan tersebut merupakan ibu bapa murid sendiri. 

Cerita 1:
Pada minggu lepas, saya didatangi oleh seorang waris murid di kelas saya. Kedatangannya untuk memaklumkan bahawa, dia hanya membeli buku tulis empat buah sahaja kepada anaknya. Selebihnya, dia akan membeli buku yang lain selepas menerima bantuan RM100 itu nanti. 

Saya sekadar mengatakan "ok". Walau dia tidak memaklumkan kepada saya pun saya faham situasinya yang mana tidak smeua murid berkemampuan membeli buku tulis sekaligus pada satu-satu masa. 

Cerita 2: 
Saya sering menggunakan kemudahan komuter untuk ke mana-mana. Jadi, untuk ke stesen komuter saya meminta seorang pak cik yang menyediakan perkhidmatan kereta sapu untuk menghantar saya ke stesen komuter. Apabila sudah biasa saya dengannya, pak cik ini selalu juga bercerita dengan saya tentang cucu-cucunya yang juga merupakan murid di sekolah saya mengajar. 

Apabila dibangkitkan hal Hari Terbuka dan hari penerimaan bantuan RM100 itu, pak cik itu mengeluarkan pandangan yang berbeza walaupun sudah dapat diagak. Katanya, kalau ibu bapa dijemput ke Hari Terbuka untuk berjumpa dengan cikgu, sayalah sebagai datuk akan hadir. Ibu bapa mereka sibuk dengan kerja. Tetapi, apabila hari penerimaan bantuan itu, boleh pula ibu bapa cucunya itu iaitu anak dan menantunya ambil cuti semata-mata untuk ambil bantuan yang cuma RM100. 

Ini bukan spekulasi mahupun kontroversi

Saya tidak mahu menimbulkan apa-apa spekulasi mahupun kontroversi, tetapi inilah kenyataan yang kita hadapi sekarang ini. Demi kebaikan semua, demi kemajuan anak-anak, sama-samalah kita renung sejenak akan tindakan kita selama ini. 

Di sini juga saya ingin nyatakan bahawa, walaupun bantuan RM100 itu diagihkan pada 15 Januari 2014 ini, tidak semestinya ibu bapa wajib hadir pada hari itu juga untuk mengambil bantuan. Ada tempoh masanya yang diberikan. Carilah masa yang sesuai jika kesuntukan menghambat kehidupan. 


19 ulasan:

  1. Ibu bapa kalau duit laju je tapi kalau hari lain macam terbuka atau gotong royong hampeh!..haha, mak bapa saya mesti wakilkan saya pergi dengan alasa masa time saya sekolah ibu bapa saya yang datang, kali ini diorang dah penat turn saya pula datang sekolah adik..layan sahajalah. hehe. janji parent bahagia.

    BalasPadam
  2. Assalam
    Lebih elok cari hari yang lapang ya Cikgu.

    BalasPadam
  3. setuju bro..kalau bab duit memng parent laju je bleh mintak cuti..klau atas sbab urusan lain..mcmmasyuarat .. or apa2 yg phak skolah anjurkan bkan main liat..sessetengah la.. bgus juga bantuan yg diberi bkan smua kluarga mampu..
    trima kasih atas pkongsian..membuatkan minda tbuka sbentar..

    BalasPadam
  4. betul tu cikgu.,..situasi cam nie..memang kat mana sekolah pun ada...
    kekadang ada yang menyalahgunakan bantuan tu untuk kepentingan peribadi hinggakan buku-buku anak-anak tak terbeli

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum Cikgu Helmi... ^^

    Memang lumrahnya sesetengah orang sudah terdidik sedemikian rupa.....namun macam mana sekali pun ibubapa sanggup berkorban jiwa raga demi untuk kesenangan anak-anak mereka....kini tibalah masanya kita pula merasa menjadi ibubapa....kan Cikgu... ^^

    BalasPadam
  6. kathy memang tunggu bantuan ni helmi..iqmar kena beli banyak buku rujukan dan kerja untuk form3..maizatul nak beli baju persatuan dan berbagai lagi..danial saja yang lengkap keperluannya sebab sekolah rendah lagi.. biasanya duit yang tak di pakai atau berlebih tu kami simpan dalam akaun bank anak2 masing2.

    BalasPadam
  7. Kerana duit semua boleh jadi. Kenapa bantuan persekolahan ini tidak dicadangkan untuk diterima melalui akaun bank saja?

    BalasPadam
  8. uhuk
    manusia
    org nak bagi sesuatu laju je amik

    BalasPadam
  9. hakikat yg x dpt nak nafikan . semua org perlukan RM sekarang nih . akak saya wpun bergaji besar , tetap perlukan RM ni untuk keperluan sekolah anaknya ...

    BalasPadam
  10. In Shaa Allah... inilah kisah dan realiti.. kadang2 abak takut untk mlangkah kdalam dnia pndidikan..masih ada 3 tahun sblum mnamatkan plajaran....

    BalasPadam
  11. Lucu pula membacanya. Perkongsian menarik tuan. Masa inilah guru boleh mengambil kesempatan mengenali perilaku keluarga murid-murid mereka.

    BalasPadam
  12. salam perkenalan
    pertama kali singgah disini

    sy ada pendapat ttg bantuan rm100 ni
    ada yang mengutuk konon boleh dibeli dgn cuma not rm100
    tp mereka tak sedar, bg yg tak berkemampuan
    rm100 itu besar nilainya
    apatah lagi bg yg ramai anak bersekolah

    BalasPadam
  13. CIkgu, saya pernah dimaklumkan oleh kakak saya yang juga seorang guru. Katanya, ada ibu bapa murid yang menyalahgunakan wang bantuan tersebut untuk kegunaan peribadi. Masa tu kakak saya meminta muridnya membeli buku latihan, tapi anak murid kakak saya kata tiada duit. Kakak saya bertanyakan kepada anak muridnya tentang wang bantuan tersebut, tapi dengan jujurnya anak murid kakak saya kata duit tu mak ayah dia buat beli barang keperluan rumah dan ayahnya pula pakai lebihan duit tu untuk berjudi. Nauzubillah..saya yang mendengar cerita tu rasa geram dan sedih sebab itu hak anak-anak mereka. Mengapa sanggup menyalahgunakannya?..

    BalasPadam
  14. Kdg2 mmg kita tak terfikir ada yang bertindak spt yg tak kita jangka bila melibatkah hal2 duit ni.. semoga dipermudahkan segala urusan buat semuanya.. aamiin..

    BalasPadam
  15. moga dgn duit bantuan tu, byk memberi manfaat buat anak2

    BalasPadam
  16. Elok juga jika pihak sekolah menjadualkan kedatangan ibu bapa mengikut tahun. Contohnya hari isnin utk tahun 1, selasa utk tahun 2 dan seterusnya, maka kedatangan taklah serentak dan terlalu ramai. Inform awal2 agar boleh ibubapa buat perancangan. Beri juga tempoh hari lanjutan kpd ibubapa yg tidak dapat dtg pada hari yg ditetapkan, Bukankah ianya lebih teratur. Bagi ibu bapa yg punyai ramai anak dalam satu sekolah...bolehlah ambil sekaligus pd hari dia datang utk anak yg mana2 sekalipun. Sekadar cadangan.

    BalasPadam
  17. ada juga yang menyalahgunakan duit itu untuk kepentingan peribadi mereka..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78