Pengikut

Khamis, 30 Januari 2014

Cuti Persekolahan Sempena Tahun Baru Cina yang Diperuntukkan oleh KPM

kredit foto dari ezkeretasewa

Saya kira, pasti ramai yang sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung pada petang ini sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal disambut 31 Januari 2014 nanti. Bagaimanapun, ada sekolah masih belum bercuti. Ibu bapa harus ketahui bahawa cuti Tahun Baru Cina yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak selaras. 

Cuti peristiwa dan cuti berganti

Semuanya terpulang pada keputusan pihak sekolah untuk bercuti berapa lama. Saya pernah kongsikan takwim yang dikeluarkan oleh KPM menerusi entri Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Persekolahan 2014 sempena Tahun Baru Cina

Ekoran daripada itu, saya jelaskan sekali lagi, mengapa ada sekolah yang sudah bercuti mulai esok, ada sekolah yang cuti dua hari, ada sekolah yang cuti tiga hari. Esok, 30 Januari 2014 KPM telah menawarkan Cuti Peristiwa sempena Tahun  Baru Cina selama sehari. Cuti ini tidak perlu diganti dan mana-mana sekolah juga tidak wajib mengambilnya bahkan cuti ini boleh dibawa dan dikumpulkan untuk cuti perayaan lain. 

Cuti bagi negeri hujung minggunya Jumaat dan Sabtu

Pada 31 Januari 2014, cuti Tahun Baru Cina. Bagi negeri yang hujung minggunya Jumaat dan Sabtu, KPM telah menawarkan tiga hari cuti berganti iaitu pada 2,3 dan 4 Februari 2014 dan akan digantikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

Cuti bagi negeri hujung minggunya Sabtu dan Ahad

Bagi sekolah yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad, KPM telah menawarkan dua hari cuti berganti iaitu pada 3 dan 4 Februari 2014 dan akan digantikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh itu, bagi sekolah yang mengambil cuti berikut termasuk cuti peristiwa mereka akan bercuti sakan, sebaliknya persekolahan adalah seperti biasa. 

Bagaimanapun, saya difahamkan ada sekolah yang mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti sehari sahaja. Ada juga yang tidak mengambil cuti peristiwa sebaliknya mengambil cuti berganti sahaja. Oleh itu, ibu bapa haruslah memastikan ketetapan yang sah daripada pihak sekolah supaya tidak timbul kekeliruan nanti. 


11 ulasan:

  1. cuti ganti tulah yang pelajar taknak..haha

    BalasPadam
  2. Cuti CNY ni balik kampung ke? Selamat bercuti ya!

    BalasPadam
  3. kat sini 3 hari cuti..selamat bercuti..:)

    BalasPadam
  4. Kami ambik esok aja cuti peristiwa... Sebab ckg chinese tak banyak, satudent lagilah takda, x sampai 10 org pon yg chinese

    BalasPadam
  5. hahahahaha.... Aak pun cti tapi bganti..reda jela

    BalasPadam
  6. rindu zaman sekolah dulu....hehe...=D

    BalasPadam
  7. cuti tapi berganti..hehehe..

    BalasPadam
  8. T kasih diatas infonya.. slmt bercuti cikgu Helmi... :)

    BalasPadam
  9. Esok 4hb mesti jalan2 serta lebuhraya sesak. Kat JB hari ahad semalam dah sesak masuk ke Tambak Johor bila rakyat Singapore dah mula balik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78