Pengikut

Rabu, 11 Disember 2013

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012

Assalamualaikum semua.


Sebelum keputusan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 disiarkan di media, saya juga tercari-cari senarai pemenangnya. Rasanya tidak ada diuar-uarkan di media elektronik. Sehinggalah, senarai penuh pemenangnya dikeluarkan di Mingguan Malaysia, 1 Disember 2013 yang lalu. Seharusnya, usaha mempromosikan penulis, karya dan penerbit yang memenangi HSPM digerakkan agar masyarakat tahu akan anugerah penulisan ini. 

Oleh itu, saya mengambil langkah untuk berkongsi senarai pemenang HSPM 2012 di sini dan barangkali boleh menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja. Terima kasih Puan Sri Rahayu Yusop atas lontaran pandangan yang bernas itu pada entri "Penulisan Sastera Kanak-kanak dan Remaja Tidak Popular?". Puan Sri Rahayu Yusop juga merupakan antara pemenang HSKU kategori novel remaja yang hebat. 

Kategori A: Buku
1. Kumpulan Puisi: Alien Menchari Chinta (Ramzah Dambul) - ITBM
2. Kumpulan Cerpen: Selamat Datang ke Malaywood (Roslan Jomel) - ITBM
3. Autobiografi/Biografi: Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara (Mahaya Mohd. Yassin) -             Analaksana Media
4. Kritikan: Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia (Norhayati Ab. Rahman) - Penerbit USM
5. Novel: Penyeberang Sempadan (Anwar Ridhwan) - Utusan Publications & Distributors

Kategori B: Eceran (Puisi)
1. Anggur Asmara (Tuan Sujana) - Dewan Sastera
2. Benarkah Matahari Tersangat Pijar? (Rosli K.Matari) - Mingguan Malaysia
3. Songket Teluk Berantai (Tseni Sastrowardojo) - Dewan Sastera
4. Mimipi dari Sebuah Lukisan Ilusi (Ainunl Muaiyanah Sulaiman) - Pentas
5. Aku, Bulan dan Kalnu (Shamsudin Othman) - Dewan Sastera
6. Percakapan kepada Seorang al-Amin (Shamsudin Othman) - Dewan Sastera
7. Pidato Ini, Brutus (Raihani Mohd Saaid) - Dewan Sastera
8. Mariam (Anwar Ridhwan) PENA
9. Tulisan (Mabulmaddin Shaiddin)
10. Iktikad (Juri Durabi) - Antologi Puisi Sinar Siddiq

Kategori B: Eceran (Cerpen)
1. 20 Cerita Tentang Tuhan (S.M. Zakir) - Dewan Sastera
2. Pertemuan dengan Kitul (Saifullizan Yahaya) - Mingguan Malaysia
3. Hanya Tertulis dalam Hati (Maskiah Masrom) - Berita Minggu
4. Seorang Lelaki di Tebing Sebatang Sungai (Faridah Abd. Hamid) - Mingguan Malaysia
5. Protes Kari, Kepoh Ferrari ( Fudzail) - Mingguan Malaysia
6. Anatomi Sekeping Hati (Rebecca Ilham) - Mingguan Malaysia
7. Dendam Apai (Zainol Idris) - Dewan Sastera
8. Alkisah Tuan dan Saksi (Zainal Rashid Ahmad) - Mingguan Malaysia
9. Sebuah Surau, Sebuah Rumah di Tepi Kondominium (Osman Ayob) - Dewan Sastera
10. Bentuk dan Makna (Rebecca Ilham) - Berita Minggu

Kategori B: Kritikan
1. Sregenge dan Tunggul-tunggul Gerigis: Satu Bacaan Shishosetsu (Zaleha Amat) - DBP
2. Perang Budaya Ortodoks -Progresif dalam Karya-karya Terpilih Shahnon Ahmad: Sebuah Interpretasi         (Lim Swee Tin) - DBP
3. Meneliti Perjudian Melalui Formula " Konflik dan Penyelesaian" Menurut Model Bremond (Abdul Rassid     Haji Subet) - DBP
4. Pahlawan Rimba Malaya: Nasionalis Kiri dan Ambivalen (Awang Azaman Awang Pawi) - DBP
5. Konsep Ruang dalam Pemikiran Melayu (Noriah Taslim) - DBP
6. Kuasa Raja dalam Teks Sastera (Ding Choo Ming) - Pemikir
7. Falsafah Estetik-Logika dalam Puisi S.M.Zakir (Arbak Othman) - Pemikir

Kategori B: Drama
1. Ini Rumah Kita (Aina Nabila) - DBP, JKKN, ABAD dan AKRAB
2. Menara Biru (Dayangku Mastura) - Pentas
3. Antara Bunyi Gendang dengan Tari Nihon Buyo (Senibayan) - DBP
4. Dinding (Dahiri Saini) - Dewan Sastera

Kategori C: Buku Kanak-kanak dan Remaja
1. Novel Remaja: Ke Pulau Sebatik 1 (Nur Mustika) - ITBM
2. Kumpulan Cerpen Remaja: Inspirasi Cinta (Rozninah Abd. Azib) - ITBM
3. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak: Lukisan Lisa untuk Ibu (Que Lyana Shuhaimi) - Ana Muslim
4. Kumpulan Puisi Kanak-kanak: Bijak Si Katak Bijak (Siti Zainon Ismail) - ITBM

Entri Lain Berkaitan HSPM 2012

7 ulasan:

  1. Informasi yang bagus. Sepatutnya anugerah ini diberi promosi besar di media perdana...namun hanya sepi...

    BalasPadam
  2. Tul kata BM . sepatutnya ada liputan dari media elektronik ...

    BalasPadam
  3. Ooo kenapa macam tu yer....Pemenang-Pemenang karya penulisan yang bermutu seperti HSPM ni sukar mendapat tempat di akhbar2 tempatan. Cuba kalau Pemenang2 Juara Lagu, Lakonan mudah pula mendapat tempat. Apakah cikgu tidak merasa seperti di anak tirikan oleh akhbar2 tempatan ni?

    BalasPadam
  4. Industri buku masih jauh lagi acara popularnya diketahui umum. Tetapi saya tertarik bagaimana Ain Maisarah mampu menukarkan buku-bukunya itu kepada bentuk popular dengan menjadikan dirinya sebagai tumpuan ramai.

    Jika dahulu, penulis malu-malu untuk memperkenalkan nama. Apatah lagi ingin diketahui ramai. Saya rasa itu zaman dahulu. Zaman penjajahan. Sekarang zaman moden. Syabas saya ucapkan kepada tuan kerana mempunyai blog dalam membina platform sebagai penulis hebat.

    Bercakap pasal Sri Rahayu, saya teringat kritikan yang diberikan oleh panel pembentang dari UTM tetang penulisan beliau dalam novelnya itu "Equilibria". =)

    BalasPadam
  5. hmm...seolah di ketepikan :(

    BalasPadam
  6. siapa pemenang anugerah sastera perdana dari segi novel tahun 2014??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78