Pengikut

Khamis, 12 Disember 2013

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa di Ekspo Buku 1Malaysia PWTC 2013

katalog terbitan terkini ITBM termasuk Tetamu Istimewa

Saya menerima emel daripada pihak ITBM memaklumkan bahawa Ekspo Buku 1Malaysia 2013 yang berlangsung 11-15 Disember 2013 di PWTC. Ekspo buku ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Apabila saya melihat katalog terbitan terkini ITBM ini, ternampak pula Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa saya sedang hangat dipromosikan. Terima kasih ITBM. 

Saya berharap melalui penglibatan ITBM dalam memasarkan dan mempromosikan buku terbitan mereka ini dapat memudahkan pembaca untuk mendapatkannya. Sokongan daripada pembaca juga diharapkan. Moga, Tetamu Istimewa berjaya menarik perhatian pengunjung Ekspo Buku 1Malaysia 2013 ini. 

Saya menyeru kepada pembaca sekalian, sudilah dapatkan buku pertama saya ini. Walaupun pengkategoriannya pada cerpen remaja, saya percaya gabungan cerpen yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan kepada semua golongan. 

Bagi yang masih tertanya-tanya dengan Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa ini, bolehlah rujuk beberapa entri yang saya terbitkan untuk pencerahan: 


Menerusi promosi di Ekspo Buku 1Malaysia ini juga, ITBM menawarkan harga diskaun yang istimewa dan terjangka oleh kalian. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke sana. 

Nota: Saya tak dapat pergi sebab masih bercuti di kampung. 


10 ulasan:

  1. Tahniah Cikgu. Rasanya bukan calang-calang penulis yang dapat kepercayaan dari ITBM...semestikan karya tersebut amat-amat bermutu.

    BalasPadam
  2. Abang Helmi,
    Naskhah Tetamu Istimewa sudah berada di rak jualan ITBM di Ekspo Buku 1Malaysia.
    Tak sempat sambar tadi.

    BalasPadam
  3. yumida pun ske bila ade ekspo2 mcm ni
    ade diskaun...mmg buah hati sgt
    beznye klo dekat teringin gak nk pegi

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu, kat popular harap ada >.<

    BalasPadam
  5. Tahniah cikgu Helmi.. semoga terus berjaya.. aamiin.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Membalas kunjungan dan follow blog cikgu...

    Btw... entri-entri cikgu sangat membantu dalam bidang penulisan..

    Terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78