Pengikut

Isnin, 30 Disember 2013

Terima Kasih Cik Akak

Assalamualaikum semua.

penanda buku dari cik akak

Hari ini seperti yang saya maklumkan pada entri lepas, satu mesyuarat kali pertama 2014 sesi persekolahan dijalankan. Apabila tiba di sekolah, oh terasa rindu pula. Berjumpa dengan pekerja di pejabat, katanya ada surat kepada saya. Mulanya tertanya-tanya juga, dari siapa. 

Setelah membuka sampulnya, ada tiga penanda buku, siap dengan kata-kata yang puitis sekali. Rupa-rupanya dari Cik Akak (Dunia cik akak). Penanda buku ini diberikan setelah cik akak membuat satu segmen mencari bloglist dulu. 

Terima kasih ya, cik akak. Pasti, penanda buku ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Rasanya, penanda buku ni pun dah lama sampai di sekolah. Maklumlah, saya pulang bercuti di kampung lebih kurang satu bulan. 

Al kisahnya pula di sekolah sewaktu mesyuarat tadi, saya tidak menjangka sama sekali, saya diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu. Tanggungjawab ini sudah pastilah besar, memandangkan kapasiti sekolah yang mempunyai 900 orang murid lebih dan 14 orang guru bahasa Melayu. Bagimanapun, saya sahut cabaran ini untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Sesungguhnya, pengalaman tidak boleh dibeli, melainkan merasai dan melaluinya sendiri. 

"Ya Allah, Ya Tuhanku, andai ini jalan yang Kau telah rintiskan kepada hamba-Mu ini, berilah keberkatan dan permudahkanlah segala urusannya. Amin." 

Nota: Esok ada satu lagi mesyuarat di sekolah.

14 ulasan:

  1. cikgu sibuk dengan sekolah, mak mak seperti mama sebok dengan anak nak ke sekolah... hihih
    semoga semua urusan cikgu dipermudahkan ye..

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu. Wah tahun baru tanggungjawab baru :)
    Colorful la penanda buku cik akak bg tu...

    BalasPadam
  3. Tahniaha..orang muda, semangat dan wawasan tinggi..

    BalasPadam
  4. slmt kembali ke skolah..bgus cikgu..sahut cabaran tu..

    BalasPadam
  5. wah, akak nao kasi ea cikgu helmi. selamat menjalankan tanggungjawab ya :D

    BalasPadam
  6. Tahniah en helmi..singhh mlm ke sini

    BalasPadam
  7. tahniah cikgu helmi.. semoga terus sukses..

    BalasPadam
  8. Jika tak dapat tanggungjawab dan tidak terima cabaran, kita tak kan tahu...Sampai bila hendak mengelak. Anggap ianya satu proses pembelajaran dan kematangan... Insyaallah, kuatkan semangat dan lakukan yg terbaik dan terdaya.

    BalasPadam
  9. Tahniah cikgu Helmi.. slmt menempuh alam persekolahan 2014 dgn penuh jaya.. aamiin..

    BalasPadam
  10. Terima kasih di atas kunjungan ke blog.
    Selamat kembali bertugas untuk sesi persekolahan 2014.

    BalasPadam
  11. tahniah helmi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78