Pengikut

Ahad, 1 Disember 2013

Top Komentator Tetamu Istimewa - November 2013

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.

Hari ini melangkah kita dalam bulan Disember 2013. Tidak lama lagi akan berakhirlah tahun 2013. Tahun 2014 bakal menjelma. Sudah tercapaikah azam kita pada tahun ini? Dan perlukah kita memasang azam pada tahun baharu? Semuanya harus difikirkan semasak-masaknya. 

Untuk entri hari pertama di bulan Disember ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan Top Komentator Tetamu Istimewa bulan November. Terima kasih saya ucapkan kepada kalian semua yang sudi singgah dan meninggalkan komen. 

Jika ikutkan entri yang saya terbitkan pada bulan November iaitu 36 semuanya. Mizz Aiza (Dunia Kecil), Khir Khalid, Kathy R'bain dan Muhammad Kahiruddin Lim antara pengunjung setia dan komentator tegar blog ini. Tidak dilupakan juga kepada Aku Penghibur, veesandy, Bin Muhammad dan Ida Syuhada. 

Pada bulan November juga terdapat dua blogger baharu yang sudi singgah dan meninggalkan komen di blog ini iaitu wanariahamiza dan Faizal Mohamad Twon Tawi. 

Saya sangat terharu dengan usaha anak muda ini wanariahamiza yang sudi menyelongkar arkib entri saya dan memberikan komen sebanyak entri yang dibaca. Sebab itulah jumlah komennya pada bulan ini melebihi jumlah entri yang saya terbitkan. 

Serasa saya hanya dua orang setakat ini blogger yang gigih menyelongkar entri lama saya, selain wanariahamiza dan Wong. Moga kalian berdua yang menunjukkan semangat untuk menulis terus membara. Nasihat saya, jangan cepat mengalah dan rajinlah berusaha. 

Pada bulan November juga menyaksikan saya kurang blogwalking ke blog kalian. Hanya sebahagian sahaja saya sempat singgah sekali-sekala. Barangkali kesibukan kerja di sekolah pada akhir tahun membataskan saya berbuat demikian. Insya-Allah, saya tetap akan menyokong kalian dengan melawat ke blog kalian dari masa ke masa. 

Sebagai penghargaan, saya akan masukkan Top Komentator November ke dalam bloglist saya bersama Teman Setia Tetamu Istimewa. 

15 ulasan:

  1. wah nama saya belum ada dalam daftar, harus sering mampir kesini nih

    BalasPadam
  2. wow thats quite a lot of comments :O Congrats to you. Maybe it's best to follow them all? xD

    BalasPadam
  3. nanti nak rajin singgah sni jugak la. hik2. :D

    BalasPadam
  4. Eh eh. Macam kenal yang paling atas tu. Hehe. Seronok sebenarnya baca arkib cikgu. Dapat tahu tentang kehidupan cikgu, kerja cikgu dan kadang-kadang personaliti cikgu pun terserlah melalui hasil tulisan di blog ini. Sekarang cikgu bercuti, saya pula ber'sekolah'.

    Dengan wifi yang kejap elok, kejap tidak, mungkin akan menghadkan aktiviti saya dalam blog.

    Apapun, lunaskan dendam cikgu terhadap saya. Hehe. Dendam untuk membaca buku sebanyak yang mungkin. :)

    BalasPadam
  5. tahniah utk semua, hebatlah mereka.. =)

    BalasPadam
  6. Tahniah buat semua pengomen tegar blog en helmi :)

    BalasPadam
  7. wah menarik, saya tidak tahu blog punya fitur seperti ini ... tahniah yaa untuk para top commentator :)

    BalasPadam
  8. tahniah kepada semua.. terima kasih juga kepada helmi kerana selalu singgah dan komen di blog aiza.. :D

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, tersenarai juga.. Hari ini baru diizinkan melihat entri ini. T kasih cikgu Helmi & semoga cikgu terus berjaya.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  10. Tahniah kepada nama2 yang tersenarai...nama ida walau paling tercorot alhamdulillah masuk juga dalam senarai hehe... Terima kasih cikgu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78