Pengikut

Isnin, 18 Jun 2012

Deman EURO 2012




Sekarang ini kebanyakan penduduk seantero dunia mengalami demam. Demam itu dinamai Demam EURO. Entahlah, walaupun saya juga meminati sukan bola sepak tetapi bukanlah fanatik sangat hingga memaksa diri untuk bersengkang mata seawal pagi untuk menonton pasukan kesayangan beraksi.

Tatkala kawan-kawan sibuk bercakap demam EURO ini saya sekadar mendengar sahaja. Apabila ditanya pasukan mana yang saya sokong, saya sekadar senyum. Saya tidak dapat memberikan jawapan dengan sejujurnya. Kerana jawapan itu tidak wujud dalam kerangka minda saya. Tetapi di hati saya tetap menyokong pasukan Malaysia dan Kedah negeriku.

Kepada yang demam-demam EURO itu, hati-hati jangan sampai hal kehidupan seharian terganggu.

*Hari-hari main bola, hari-hari cikgu tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78