Pengikut

Sabtu, 9 Jun 2012

Cuti Sudah Berakhir

Assalamualaikum semua. Cuti saya selama dua minggu di kampung halaman sudahpun hampir ke penghujungnya. Hari Ahad ini saya akan bertolak ke Kuala Lumpur dan pada hari Isnin akan kembali menyambung tugas mendidik anak bangsa. Argh rasa malas pula. Memikirkan lagi kerja yang perlu dilakukan setelah naik cuti nanti.

Sebelum pulang bercuti tempoh hari kami guru-guru telah bermesyuarat dan kerja-kerja yang perlu dilakukan setelah naik cuti nanti telahpun diterangkan secara ringkas. Nampak macam rumit dan sulit. Namun harus lakukan juga demi tanggungjawab dan amanah. Doakannya, saya mampu mengharunginya nanti. Amin.

Di saat-saat akhir ini saya masih menanti langganan Tunas Cipta, Jun 2012. Harapan saya ia akan sampai sebelum saya berangkat ke Kuala Lumpur.

*Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang singgah dan mengikuti blog ini. 

2 ulasan:

  1. Selamat meneruskan usaha dalam memandaikan anak bangsa!

    Jangan malas-malas! :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih cik Hanna. Insyallah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78