Pengikut

Isnin, 16 Disember 2013

Motivasi dalam Penulisan

Assalamualaikum semua.


Seseorang yang mula menulis, saya yakin pastinya memerlukan motivasi daripada apa-apa sumber sekalipun untuk membantunya menulis. Namun begitu, bukan sahaja penulis baharu atau muda yang perlukan motivasi, malahan penulis senior mahupun mapan juga perlukan motivasi untuk terus berkarya.

Motivasi dalam penulisan
Bentuk motivasi itu boleh hadir dalam pelbagai rupa, rasa dan cara. Antara salah satunya melalui pembacaan. Jika kalian minta kepada saya tentang tips menulis lebih mudah, memang sukar untuk saya berikan. Apa yang boleh saya kongsikan, banyaklah membaca sebelum menulis. Tidak semua pembaca boleh jadi penulis. Tetapi seorang penulis harus jadi pembaca. 

Saya petik kata-kata A.Kadir Jasin - Tokoh Wartawan yang boleh dijadikan motivasi dalam penulisan.

"Tidak akan mudah menulis 
jika kita tidak membaca. 
Dunia penulisan ini sangat luas, 
maka untuk berjaya (dalam bidang penulisan) 
seseorang itu harus kuat membaca"

Bagaimana saya katakan melalui pembacaan boleh membentuk satu kuasa motivasi yang hebat? 
Apabila seorang penulis itu menjadi pembaca yang relatifnya teliti dan mahukan sesuatu daripada hasil pembacaan itu, maka akhirnya dia akan peroleh sesuatu. Setiap baris ayat yang dibaca, setiap kata yang dieja dapat memperkayakan kosa katanya. 

Selain, dapat melihat bagaimana seorang penulis menggayakan satu-satu perkataan ataupun istilah dengan kena pada tempatnya atau situasinya. Bukankah ini boleh membentuk satu kuasa motivasi yang hebat kepada penulis?  

Melahirkan idea dan merangka cerita melalui pembacaan
Percayakah kalian, jika saya katakan melalui pembacaan seorang penulis dapat melahirkan idea dan merangka cerita seterusnya? Pembacaan memerlukan penaakulan dan pemahaman yang jitu oleh seseorang pembaca. Jika, pembaca itu gagal dalam memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis, maka pembaca itu sifar dalam memperoleh idea pokok mahupun rantingnya. 

Saya nyatakan di sini, setiap kali saya membaca, otak saya akan sentiasa berfungsi dalam erti kata memikirkan selain maklumat bahan bacaan yang akan diperoleh, apa lagi yang boleh mencetuskan idea untuk terus saya menulis. Dalam proses pembacaan, pasti persoalan ini timbul, "apa? mengapa? kenapa? siapa? bagaimana" (jika membaca karya kreatif). Oleh itu, timbul pula idea untuk menulis untuk menjawab segala persoalan yang kalian soalkan itu. Bukankah itu sudah boleh melahirkan idea untuk merangka cerita baharu atau seterusnya?

Jadilah pembaca sebelum kalian menjadi penulis. Setelah jadi penulis pasti kalian akan gemar membaca. Penulis yang malas membaca ialah penulis yang tidak akan ke mana-mana. Sekali lagi saya katakan, motivasi dalam penulisan, boleh jadi melalui pembacaan yang hebat. 

17 ulasan:

  1. sangat setuju..membaca bg sy adalah proses mengutip ilmu..dan jika ilmu itu perlu disampaikan jadilah kita seorang penulis..dan bila nak jadi pakar dalam penulisan, kita perlu mengajar bagaimana untuk menulis dengan baik jadi kita perlu belajar dan sentiasa belajar..

    BalasPadam
  2. subahanallah nice info ni..Kaedah MEMBACA sangat penting khususnya untuk penulis agar dapat mengetahui apa yang hendak dikongsikan lebih tepat dan memberi keberkesanan faedah ilmu pengetahuan kepada pembaca..

    BalasPadam
  3. nak menulis di blog, kalau tak banyak membaca, payah nak share entry menarik..
    lagi2 blog kita bukan blog gossip, bukan blog politik..orang payah nak berkunjung

    BalasPadam
  4. tip yang cukup bagus. ia mempunyai manfaat penting

    BalasPadam
  5. kena faham dulu baru blh share dgn org . jadi blh jwb bila ada yg bertanya . ni lah klu nak jadi blogger ...

    BalasPadam
  6. totally right..
    membaca itu stu ibadah
    ibadah itu stu perbuatan yg sgt mulia disisiNya

    BalasPadam
  7. Yang pasti cikgu , sebelum menulis kena banyak membaca dan fahami apa yang nak disampaikan...

    BalasPadam
  8. Kadang2 Ida hairan juga bila ada kawan2 berkata mereka jemu dan bosan membaca. Padahal membaca adalah salah satu hobi terbaik yang dimiliki oleh seseorang kalau tidak kita akan tertinggal ke belakang dalam segala hal.

    BalasPadam
  9. Sangat bersetuju!tiada input, maka output juga tiada :)

    BalasPadam
  10. Suka membaca dan akan terus membaca.

    BalasPadam
  11. membaca dapat memperkayakan kosa kata di samping memberikan idea baru untuk menulis..

    BalasPadam
  12. membaca jambatan ilmu...:)

    BalasPadam
  13. Setuju...kita perlu membaca untuk menulis...Jika tidak kita orang pun tidak faham apa yang kita tulis.

    BalasPadam
  14. "Tidak semua pembaca boleh jadi penulis. Tetapi seorang penulis harus jadi pembaca."

    Ayat ini menarik minat saya. Saya mempunyai pengalaman mempunyai kawan yang banyak membaca tetapi sangat kurang menulis.

    BalasPadam
  15. Setuju dgn entri ini.. entri ini juga menjadi satu motivasi utk terus menulis.. t kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78