Pengikut

Ahad, 15 Disember 2013

3.5 Juta Pengguna Jalan Raya Tidak Memiliki Lesen Memandu!

Assalamualaikum semua.

kredit foto dari utusan

Semalam terbaca satu berita di Berita Harian yang bertajuk "JPJ laksana MyLesen April depan". Rupa-rupanya, 3.5 juta pengguna jalan raya di negara ini, tidak memiliki lesen memandu yang sah. Satu angka yang boleh dikatakan tinggi bagi penduduk Malaysia yang mencecah 28 juta penduduk. 

MyLesen mulai April 2014
Dalam rencana tersebut juga, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program MyLesen, mulai April 2014. Program ini adalah kesinambungan kepada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang dijalankan untuk membolehkan pemandu berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen. 

Program ini dikatakan lebih mudah yang mana sekiranya individu yang gagal melepasi ujian bahagian pertama beberapa kali dengan menggunakan komputer boleh mengambil semula secara bertulis.

Harga untuk lesen motosikal dikatakan lebih rendah akan dikenakan iaitu RM198 bebanding RM300 ketika ini. 

Sikap pemandu di Malaysia
Saya melihat undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan JPJ sekadar untuk lulus ujian dan sesi pengujian sahaja. Selepas lulus, "jalan raya itu milik aku". Sikap pemandu di Malaysia harus berubah. Sungguhpun sikap begini bukanlah dilakukan kebanyakan pemandu, namun kerana nila setitik boleh rosak susu sebelanga. 

7 ulasan:

  1. ada dibincangkan dalam radio tempohari. salah satu sebab, ambil lesen mahal..

    BalasPadam
  2. Harap2 semoga lebih ramai yang akan memperolehi lesen memandu. Mmg menyusahkan bila terjadi perkara yg buruk sekitanya tiada lesen memandu.. walaupun betul, ttp akan salah sbb tiada lesen.. wallahualam..

    BalasPadam
  3. kalau kat kampung kampung ramai pakcik makcik yang takde lesen bawak motor..yg lg best budak2 skolah rendah pun boleh bawak motor..harap pasni takde la org takde lesen bawak kenderaan sbb apa yg terjadi menyusahkan diri sndrik

    BalasPadam
  4. bahaya ni..tapi lesen ni untuk 45 tahun ke atas jer ker?

    BalasPadam
  5. aiza tengok ramai yang sekadar mengambil lesen untuk memenuhi syarat sahaja.. apabila berjaya memperolehi lesen sikap mereka berubah menjadi biadap dan mementingkan diri sendiri ketika memandu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78