Pengikut

Sabtu, 20 Julai 2013

Sah, Cuti Berganti 5 dan 6 Ogos 2013!

Assalamualaikum semua, hari ini buat pertama kali saya berbuka puasa bersama rakan-rakan di Bangi. Sudah tentulah suasananya berbeza jika hendak dibandingkan waktu berbuka sebelum ini. 

kredit foto dari ww.utusan.com

Saya pernah menyuarakan tentang cuti berganti pada 5 (isnin) dan 6 (selasa) Ogos untuk memudahkan guru-guru dan murid yang ingin pulang ke kampung halaman pulang dengan selamat. Alhamdulillah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan cuti berganti pada sekolah yang hujung minggunya sabtu dan ahad. Kelulusan cuti ini hanya diberikan kepada sekolah yang memohon sahaja. 

Atas pertimbangan dan persetujuan semua, sekolah saya turut memohonya. Itulah yang dimaklumkan oleh guru besar ketika taklimat ringkas diberikan. Sejurus selepas itu saya membuat tempahan tiket untuk pulang ke Alor Setar Kedah pada 2 Ogos 2013 (petang). Kali ini saya tidak mengambil tiket di Pudu Sentral, sebaliknya akan menaiki bas di Batang Kali sahaja. Dan, buat pertama kali juga saya menaiki bas ini. 

Harus diingatkan kepada guru dan murid, agar pada hari cuti berganti itu janganlah pula memohon cuti lagi. Dan, ibu bapa kalau boleh pastikan anak-anak hadir ke sekolah. Sesi pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan seperti biasa. Selalunya waktu cuti berganti ini, sambutannya sangat hambar. Ramai murid yang tidak hadir. 

40 ulasan:

  1. wah....ok gak tu :)
    selamat beraya cikgu...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat berbuka puasa sekarang ni dengan keluarga, di akkhir-akhir ramadan nanti insya-Allah dapatlah juga.

      Selamat beraya juga untuk cik akak. (awal lagi rasanya)

      Padam
  2. assalamualaikum cikgu....

    terimakasih sudi singgah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,

      Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini dan tinggalkan komen.

      Padam
  3. wahh alhamdulilah cikgu :) pasti seronok , semoga selamat balik ke kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah acik. Hari-hari yang saya tunggu untuk berbuka dan pulang beraya bersama keluarga.

      Padam
  4. nasihat kepada para cikgu , jangan ingat raya masa mengajar. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu... kalau yang kampung halaman jauh, pasti selalu berkhayal nak balik raya.

      Padam
  5. wahh.. mesti seronok sempat berpuasa di kg nti. selamat balik kg ye TI..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu CK. Dan, apabila dapat balik awal, ada permintaan pula dari adik suruh cat rumah, huhuhu

      Padam
  6. lambat lagi tu nak baliknya. jangan dok angan-angan. Kalau kawin tak delah rindu sangat kat kampung tu time-time puasa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sabarlah ustaz. Alah, rindu mak ayah la ustaz.

      Ustaz bila balik?

      Padam
    2. hi hi hi insya allah cuti jer balik kg. itupun jika tak de hal lain. sekolah cina ni tak sama ngan sekolah sk. cutinya tak sama. kih kih kih

      Padam
    3. Sekolah cina mana nak ambil cuti lebih sebab mereka tak raya. Tapi, ustaz boleh ambik cuti awal, huhu... nanti taklah jem nak balik Kelantan tu.

      Padam
  7. penantian untuk balik kampung dah terjawap..seronokla cikgu bleh blik awal..bleh buka puasa dengan keluarga.."Ooo..balik kampung hati girang"Hee~=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.

      Belum boleh nyanyi lagi.

      Padam
  8. mood balik kampung kian terasa.. balik mana cikgunya?.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mood itu kian terasa. Saya balik Alor Setar, Kedah-Simpang Empat, Kangkong, mama.

      Padam
  9. Akhirnya berita yang dinanti tetamu istimewa menghadirkan dirinya...
    Selamat kembali ke tanah kelahiran nanti. :)

    p/s: tahniah, makin meriah blog ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, alhamdulillah. Moga segalanya dipermudahkan. Selamat pulang ke kampung juga kepada Jamilah.

      p/s: Tahniah kepada pengunjung yang sudi ke sini, termasuk Jamilah.

      Padam
  10. Selamat balik ke kampung dan bercuti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Masih berbaki 2 minggu lagi. Menunggu dengan penuh harapan.

      Padam
  11. Balasan
    1. Cuti dapat merehatkan minda dan fizikal.

      Ok, akan ke sana nanti.

      Padam
  12. tahun ni cuti sekolah panjang...bolihlah cik gu2 beraya lama sikit kat kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuti raya bersambung dengan cuti sekolah. Tu yang jadi lama sikit. Bolehlah bersama keluarga, ziarah menziarhi.

      Padam
  13. Alhamdulillah. Boleh la cikgu berpuasa & berbuka bersama keluarga di kampung ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah Aida. Saya juga berharap segalanya dipermudahkan untuk saya meraikan bersama keluarga.

      Padam
  14. Nampaknya ada orang kementerian yg baca blog ni, hehe...!
    Bertuahlah dapat cuti raya yg panjang.

    p/s: sesekali ada juga pergi bazar ramadhan batang kali, cikgu tinggal di mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, BM bertugas di KPM ke? Alamak...

      Alhamdulillah.

      p/s: saya tinggal di Kg Sg. Masin-kawasan perumahan.

      Padam
  15. he3..cikgu dlam kepala kt kg dah 2 =) tp knapa blik dgn bas?? kndraan sndri kn lebih senang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faiz, sudah tentu. Tapi dapat kawal diri lagi.

      Betulkan, kalau guna kenderaan sendiri lagi baik, tapi belum ada rezeki lagi nak beli kenderaan sendiri (kereta).

      Padam
  16. cuti awal... anak2 KA sukalah, parents yang tak diluluskan cuti raya awal yang merana hehehe !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu... itulah kan. Anak-anak mestilah kena tunggu ibu bapa dia cuti baru dapat balik kampung.

      Padam
  17. Wahhh bestnyer...
    Harap peluang ni dapat la mengelakkan dari kesesakan lalu lintas, selain tu dpt berbuka di kampung dan buat persiapan raya kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Harap-harap dapat mengelak dari kesesakan.

      Sudah tentu masa yang ditunggu-tunggu untuk berbuka bersama keluarga. Persiapan raya pula, antaranya cat rumah kot.

      Padam
  18. kalau macam tu awal lah cikgu pulang beraya yer... saya esok nak raya baru balik kampung hehehe...cuti pun sampai 13 hb jer

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78