Pengikut

Isnin, 6 Januari 2014

Lebihan Guru Berlaku di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Sebelum ini saya pernah berkongsi "Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri Sekolah Rendan & Menengah Sesi Januari 2014". Nampaknya isu pertukaran guru masih menjadi topik hangat yang diutarakan. 

Statistik tersebut juga menunjukkan jumlah pemohonan untuk masuk ke Kelantan, Terengganu dan Kedah tinggi, sedangkan permohonan untuk keluar rendah. 

Maka, satu pertimbangan dan indikator yang terbaik harus diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu ini. 

laporan BH-lebihan guru

Lebihan guru berlaku di Kelantan, Terengganu dan kedah

Hari ini Berita Harian mendedahkan "Lebihan guru punca pertukaran dibeku". Apabila membaca berita ini di sekolah tadi, oh masing-masing mengurut dada. Negeri yang terlibat dengan lebihan guru di laporkan ialah Kelantan 30,000, Terengganu 10,000 dan Kedah 10,000. 

Daripada sumber yang dilaporkan nampak gayanya memang sukar untuk saya balik ke Kedah kerana opsyen Bahasa Melayu berlebihan sedangkan opsyen yang diperlukan Bahasa Inggeris. 

3 alasan kukuh

Bagaimanapun, pertimbangan tetap akan dilakukan juga bagi guru-guru yang mempunyai 3 alasan kukuh ini:
1. Ibu atau ayah sakit
2. Hendak bersama isteri atau suami
3. Keselamatan atau sakit

Rujukan sumber: Berita Harian

10 ulasan:

  1. Mmg guru lebih d kelate tp x seimbang. I.e. guru BI x cukup sdgkan subjek kemanusiaan berlebihan..

    BalasPadam
  2. kebanyakkan ikut suami @ isteri je macam family syuk. hehe

    BalasPadam
  3. 30K lebihan di Kelantan...banyaknya!
    Kalau cikgu Helmi nak balik Kedah...kenalah kahwin cepat :)

    BalasPadam
  4. Kak kemukakan alasan 2 pun tak dapat juga helmi..
    Alasan cikgu BI kurang di Kedah

    BalasPadam
  5. oh..macam tu rupanya..

    BalasPadam
  6. Ramainya.. perlu dicari jalan utk disekatakan agar tidak merugikan sumber2 tenaga pengajar yg ada..

    BalasPadam
  7. kena bagi alasan kukuh baru diluluskan pertukaran. sepatutnya ianya perlu diselaraskan sejak awal lagi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78