Pengikut

Jumaat, 6 Disember 2013

Promosi Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa

Saya cuba menggoole cerpen Tetamu Istimewa, kemudian tersenarai beberapa blog dan laman yang memuatnaik cerpen ini lewat tersiarnya cerpen ini pada tahun 2010 di Berita Minggu. Antara blog tersebut:


Maka, saya membuat kesimpulan bahawa cerpen ini sangat kuat penangannya. Begitulah kata editor yang mengendalikan buku saya ini yang saya petik daripada rangsang sari di belakangnya: 

Tetamu Istimewa yang menjuduli kumpulan cerpen ini mengungkapkan ciri berhias budaya Melayu dalam mendidik anak-anak ketika menghadapi saat-saat sukar diuji dugaan wabak penyakit. 
 "Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggu lagi."
Setakat ini saya hanya mengetahui bahawa blogger Ida Syuhada yang telah mendapatkan Tetamu Istimewa:



Terima kasih Ida Syuhada yang sudi memiliki dan menyokong Tetamu Istimewa. Moga cerpen-cerpen yang terkandung dalam kumpulan ini bermanfaat. 

Saya sangat mengharapkan sokongan kalian semua. Kepada yang belum memiliki dan berhajat untuk memilikinya boleh membeli secara online di Laman ITBM. 



18 ulasan:

  1. Hem, aku tolong promote kt member2 kita kt whatsapp... semuanya kagum dgn hg... dan dh ada yg nak beli... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Pito. Ya, ke? Sapalah yang nak beli tu. hehehe.. Kalau sudi bolehlah promosi dekat Facebook hang sekali.

      Tahun depan bolehlah kita pi ambik stok. Buku untuk penulis pun tak sampai lagi dekat aku.

      Padam
    2. Ya, setakat ni Ija, Zura, & Kina berminat nak beli... Lepas ni aku promote kat FB pula...
      Ok, boleh... :)

      Padam
  2. belum pernah baca lagi.....dah lama tak baca cerpen @ novel....

    BalasPadam
  3. owhh hana tak baca lagi. in sha ALLAH nanti hana cari :)

    BalasPadam
  4. Terasa macam trauma nak membeli buku lagi. Memandangkan buku-buku saya semuanya dah tenggelam dek banjir. Sedih ada, nak menangis ada, semuanya ada. Mungkin saya terpaksa 'bercuti' membeli buku buat masa ni. :(

    BalasPadam
  5. wahh kagum dengan cikgu.. berapa harganya cikgu,, di mana boleh dapatkannya ?

    BalasPadam
  6. hebatnyer helmi..inshaAllah nanti kathy nak beli juga..

    BalasPadam
  7. selamat maju jaya untuk helmi.. sebenarnya aiza jarang membeli novel atau cerpen.. selalu beli buku motivasi atau buku agama saja..

    BalasPadam
  8. Semoga terus berjaya.. sy berhasrat utk mendapatkannya satu juga nnti.. :)

    BalasPadam
  9. Salam cikgu Harga buku RM20 dan RM6 kos penghantaran.

    BalasPadam
  10. Insya-Allah akan membelinya. Saya suka mengumpul koleksi penulis cerpen tempatan. Setiap mereka ada teka-teki tentang diri mereka apabila menulis. ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78