Pengikut

Selasa, 17 Disember 2013

Manuskrip Lulus Lagi

Assalamualaikum semua.

Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi, Allah SWT kerana meminjamkan rezeki-Nya kepada hamba-Nya ini. Saya menerima perkhabaran daripada editor Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bahawa manuskrip kumpulan puisi remaja saya, lulus penilaian untuk diterbitkan melalui ITBM. Tidak tergambar perasaan gembira ini. 

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan manuskrip ini yang pernah saya terbitkan entri di blog ini pasti maklum akan hal ini. Setelah manuskrip Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa lulus diterbitkan, saya telah menyusun satu lagi manuskrip iaitu kumpulan puisi remaja. Sesungguhnya, bukan mudah untuk melepasi proses penilaian manuskrip dari rumah penerbitan ITBM ini, jika manuskrip itu tidak betul-betul kuat. 

Pastinya berita ini akan menyuntik semangat untuk saya terus berusaha menghasilkan karya yang terbaik untuk bacaan pembaca semua. Nantikan kemunculan buku ini pada tahun 2014, insya-Allah. 

Nota: Bersemangat untuk menyusun manuskrip buku ke-3 pula. Nantikan!


14 ulasan:

  1. alhamdulillah.. tahniah helmi.. satu lagi pencapaian yang baik sebelum berakhir tahun 2013.. :D

    BalasPadam
  2. hebat..tahniah utk helmi..

    BalasPadam
  3. Usaha pasti berjaya. Dgn bakat dan kreativiti...tidak mustahil karya cikgu pasti mendapat perhatian dan berjaya. Tahniah!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan tahniah, cikgu. Kemungkinan besar buku cikgu pun bakal diterbitkan Mac nanti, sama dengan Kak Long. Jom, teruskan dengan manuskrip ketiga pula. Kak Long pun tengah dok himpun juga ni :)

    BalasPadam
  5. Pantas! Terbaik! Tahniah! Sudah dapatkan Tetamu Istimewa, menanti untuk dihadam.

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu meniti kejayaan satu persatu, semoga cikgu akan lebih sukses lagi di masa akan datang.

    BalasPadam
  7. Cikgu, jika tidak keberatan, boleh Kak Long tahu judul manskrip yang lulus ini? Kat peti mel, ya. Kak Long dah tukar judul juga. Bukan lagi "Saat Duka Berpaling". Penukaran judul juga atas saranan editor, dan Kak Long setuju. Lagipun tempoh hari, memang Kak Long dah beri keizinan kepada editor untuk menukarnya sekiranya ada judul lain dilihat lebih menarik.

    BalasPadam
  8. Gembiranya membaca kejayaan cikgu. Gigih sangat. Hebat. Tak tahu nak kata apa lagi. :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tahniah cikgu Helmi.. semoga terus berjaya.. aamiin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78