Pengikut

Ahad, 26 Mei 2013

Artikel: ITBM Beri Nafas Baru Sastera Melayu di Berita Harian


Alhamdulillah, artikel atau catatan ringkas saya tentang kerancakan ITBM menerbitkan karya sastera terutama karya asli penulis tempatan telah mendapat tempat di Berita Harian dalam ruangan FORUM pada 23 Mei 2013. 

Selain itu, ada beberapa perkara yang saya sentuh: harapan saya ITBM mengambil langkah untuk menerbitkan semula karya Sasterawan Negara yang sukar untuk ditemui dan penerbitan karya sastera kanak-kanak dan remaja. 

Hal ini menjurus kepada pengiktirafan dalam HSPM yang mana tiada pemenang atau karya sastera kanak-kanak dan remaja yang layak diangkat sebagai karya yang terbaik. Oleh itu, selain peranan DBP, ITBM dilihat antara penerbit yang bersungguh untuk menyemarakkan dunia penerbitan sastera Melayu. 

6 ulasan:

  1. Saya mula meminati penerbitan ITBM berbanding DBP. Antara sebabnya kerana kulit buku yang menarik. Memang ada yang berkata jangan nilai buku berdasarkan kulit, tetapi antara teknik penjualan terbaik Apple adalah dengan menyediakan kotak terbaik buat pelanggan mereka.

    Syabas ITBM.

    BalasPadam
  2. Saya tidak pasti hendak memanggil saudara dengan nama apa. Boleh perkenalkan diri! Saya sudah ke blog saudara. Saudara graduan UPM juga kan?

    Ya, ITBM lebih menyedari akan hakikat ini. Reka bentuk kulit juga turut memainkan peranan yang penting. Saya juga beralih kepada ITBM. Namun begitu, jika ada buku dari DBP yang terbaik (penulis yang saya gemari) pasti saya akan membelinya juga walaupun kulitnya biasa sahaja.

    BalasPadam
  3. Yup. Saya graduan UPM juga. Kawan-kawan gelar saya Wong sahaja. ;)

    BalasPadam
  4. Tahniah lagi dan lagi dan lagi cikgu! Wah! Pena cikgu pantas meluncur :)

    Kak Long setuju, teknik pemasaran selain reka bentuk kulit yang menarik dan ada kelainan juga promosi karya para penulis sangat mustahak kepada kedua-dua belah pihak : Penerbit dan penulis. Dalam hal ini, ITBM lebih ke hadapan berbanding DBP.

    BalasPadam
  5. Wong? Bukankah itu nama untuk orang Cina.

    Walau apa-apapun terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen.

    BalasPadam
  6. Terima kasi, terima kasih, terima kasih lagi Kak Long yang sentiasa memberi kata perangsang untuk saya.

    Saya menulis apa yang saya rasa perlu dilakukan. Sebagai pendapat dan pandangan. Tidak kiralah, ruangan apa-apa pun, saya akan mengambil peluang. Kadangkala sukar juga untuk penulis muda dan kecil seperti saya untuk menulis dan menghantar pandangan ke ruang media yang besar dan hebat. Siapalah saya ini.

    Terima kasih, BH ruangan FORUM yang sudi menzahirkan pandangan saya itu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78