Pengikut

Selasa, 18 Disember 2012

Jalan-jalan Cari Buku Lagi


Sewaktu saya ke Pulau Pinang dua tiga hari lepas, saya telah berpeluang ke CowRasta, kedai buku terpakai dan lama. Ini kali pertama saya ke sana. Terdapat beberapa buah kedai yang beroperasi. Selepas mencari, menyelongkar saya terjumpa dengan buku-buku ini.

1) Masitah (kumpulan cerpen) - Mawar Shafei
2) Iman Markisa - Aminah Mokhtar
3) Jangan Kau Menangis (antologi HSKU 2002)
4) Merdekakan Cinta - Aminah Mokhtar
5) Wi & Wiliam - Azizi Hj Abdullah
6) Cerpen (kumpulan cerpen) - Nadia Khan

Kalau ke sini perlu menajamkan mata. Jika bernasib baik terjumpalah buku yang anda tidak menyangka akan berjumpa di situ. Walau bagaimanapun, buku bacaan dalam bahasa Inggeris banyak juga di sana. Jadi kepada pencinta buku, kalau ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang ke sini.

4 ulasan:

  1. Buku lama namun amat bermakna. Hari tu Su ke koperasi DBP nak cari buku kumpulan cerpen Masitah tapi tak ada. :(

    BalasPadam
  2. Sue, sebenarnya abang juga lama mencari buku ini. Tak sangka pula jumpa di sana.

    Bukunya agak cacat sikit. Kulit belakangnya tidak ada. Berkali-kali abang fikir hendak beli atau tidak. Yang lain semua masih elok.

    Namun fikir balik, daripada tak ada, dan belum baca lagi, apa salah beli. Harga yang ditawarkan boleh tahan. Melebihi diskaun 50 % harga asal.

    BalasPadam
  3. kedai buku terpakai kdg2 lebih memberi rsa excited yg lebih bbnding kdai bku biasa coz kt sna mcm2 buku yg kta xduga bleh jmpa.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..

    jika berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP dgn kadar diskaun menarik, sila email saifulnazaree@gmail.com. kadar diskaun menarik sah untuk belian tunai sahaja.

    terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78