Pengikut

Ahad, 9 Disember 2012

Jemputan dari ASASI

kredit gambar dari FreeFoto.com

Saya menerima kiriman emel dari Tuan Zaidin Abadi dan ASASI berupa jemputan ke PROGRAM BICARA KARYA DAN DIALOG PUNCAK ASASI 2012. Sudah tentu berita gembira ini ditunggu-tunggu oleh saya. Kerananya salah sebuah karya yang dibicara adalah LAYANG-LAYANG IMPIAN. LLM merupakan antologi pemenang SAYEMBARA MENULIS CERPEN DAN PUISI ASASI yang pernah saya sertai. 

Saya kira berita kemenangan ini telah saya kongsikan di sini. Saya telah memenangi tempat kedua dengan judul cerpen AKHIR SEBUAH DOA dan saguhati puisi dengan judul LAYANG-LAYANG IMPIAN. Nampaknya, judul puisi saya telah diangkat menjadi judul antologi tersebut. 

Rasanya saya tidak dapat pergi ke program ini. Kerana pada tarikh tersebut saya tidak berada di KEDAH. Harus bagaimana saya hendak lakukan. Saya juga berasa kecewa.

Inilah bahagian petikan surat tersebut:

PROGRAM BICARA KARYA DAN DIALOG PUNCAK ASASI 2012

Dengan segala hormatnya saudara dijemput menghadiri program seperti di atas yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh             :     13 – 14 Disember 2012 (Khamis & Jumaat)
Tempat           :      Hotel New Region, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah
Masa               :      Rujuk atur cara majlis seperti dilampirkan.

Program Bicara Karya akan melibatkan pembicaraan ke atas tiga buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu ‘Anak Primadona’ karya Osman Ayob, ‘Kiniraru’ karya Amelia Hashim, ‘Jogoshimo’ karya sdr Mahizan serta ‘Layang-layang Impian’ selenggaraan Zaidin Abadi diterbitkan oleh ASASI.

*Tak sabar rasanya hendak melihat kulit antologi tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78