Pengikut

Khamis, 27 Disember 2012

Berikan Aku Ruang Baharu

Berikan aku ruang baharu! Barangkali kalau buku-buku di rak buku lama saya boleh bercakap, mereka ini akan melaung begitu. Rak buku lama saya sudah sendat benar.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membeli rak buku baharu. Saya berikan ruang kebebasan kepada buku-buku saya untuk merasai erti kebebasan dan keluwasan ruang itu sendiri.

Walau bagaimanapun, lihatlah! Inilah rak buku baharu saya. Sekali susun, sudah hampir penuh. Jadi dengan bertambahnya rak buku baharu saya ini, di dalam bilik saya sudah ada 3 buah rak buku.

Setelah saya memberi ruang kepada buku-buku saya, nampaknya saya pula yang tersepit. Ruang bilik saya semakin mengecil. Namun, saya rela berkorban.

4 ulasan:

  1. alhamdulillah, ada ruang baharu :D

    BalasPadam
  2. ahsfantasy24 - Ya, syukur masih ada rezeki untuk diperuntukkan membeli rak ini.

    BalasPadam
  3. Huhu, beli di Simpang Empat, Kangkong Nip. Kenapa? Berkenan ka?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78