Pengikut

Khamis, 18 Julai 2013

Kehendak VS Keperluan

Assalamualaikum  semua. 

Kehendak dan keperluan memberikan takrifan yang berbeza dan harus difahami agar tidak berlaku konflik kejiwaan dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan, kehendak bermaksud hajat, keinginan, kemahuan yang keras. Manakala keperluan pula ialah sesuatu yang diperlukan, keharusan, kemestian. 

Dapatkah kita membezakan antara dua takrifan ini? Jika dapat kita fahami, saya rasa tidak menjadi masalah kepada kita untuk memilih dan memberi keutamaan yang diperlukan. Kehendak hanyalah unsur sampingan untuk memenuhi keperluan. 

kredit foto dari annesophea.blogspot.com
Keperluan merangkumi aspek asas yang diperlukan untuk kita terus hidup, sebagai contoh makanan, pakaian, tempat tinggal. Manakala kehendak adalah seperti pakaian  mewah, rumah mewah, makanan istimewa. 

kredit foto dari eriyza.blogspot.com

Namun begitu, pada zaman teknologi kini, bolehkah kita mengatakan kereta, telefon bimbit, komputer sebagai keperluan yang perlu dipenuhi? Bagi saya, sekiranya sesuatu perkara itu perlu untuk meneruskan hidup yang mana sekiranya tiada perkara atau benda itu kita tidak dapat laksanakan tugas itu merupakan keperluan. Bukan lagi kehendak. 

kredit foto dari satehmpto147.blogspot.com

Sebagai contoh, komputer. Jika jabatan atau pekerjaan yang menggunakan komputer untuk menggerakkan operasi kerja, maka komputer bukan lagi kehendak. Walaupun yang memilikinya orang yang tidak berkemampuan. Mahu tidak mahu dia harus milikinya. 

Oleh itu, sebagai manusia kita harus tahu mengenal pasti, membezakan antara kehendak dan keperluan. Barangkali tafsirannya agak subjektif. Kadangkala kita mengatakan perkara atau benda itu keperluan bagi kita, tidak bagi orang lain yang menganggakan perkara atau benda itu sekadar kehendak. Jadi terpulang pada jalan hidup yang dipilih dan ditempuhi. 

Kalau yang berasakan keliru dan pening dengan entri saya kali ini, sila abaikan. Dan, anggaplah anda tidak pernah membacanya. Sekian.

49 ulasan:

  1. saya terpaksa membeli kereta kerana ia mnjadi satu keperluan walau pada hakikatnya dia kehendak.Kehendak kadang2 blh mnjadi keperluan klu dgunakan dengan betul caranya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ini kereta bukan lagi kehendak. Sepertinya sudah mencapai tahap keperluan. Cubalah lihat di kawasan perumahan, kadang-kadang tu lebih sebuah kereta.

      Padam
    2. Ya sememangnya confirm kereta adalah keperluan.... tetapi mempunyai kereta yang mewah adalah satu kehendak..

      Padam
  2. hihi..cik akak tengah plan nak membeli phone nie...phone lamak cik akak sakit tenat pula..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eloklah tu cik akak, telefon bukan lagi kehendak. Telefon perlu dalam kehidupan kita sebagai alat komunikasi.

      Padam
  3. sekarang komputer sudah menjadi keperluan..pelajar sekolah hendak buat tugasan pun perlu menggunakan komputer berbanding masa saya sekolah dulu, nak buat folio kena tulis berjela-jela..sekarang guna komputer..mudah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dulupun saya tulis tangan buat folio.

      Komputer atau ICT dalam pendidikan seiring dengan perkembangan dunia pendidikan.

      Padam
  4. kenderaan dan teknologi pd sy skrg dah termsk dlm keperluan..sm la mcm elektrik.

    BalasPadam
  5. makin aktif cikgu hilmi ya. Cikgu dayang dah dapat pindah balik serawak. kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit-sikit saja ustaz.

      Ya, dia balik hari sabtu ni kan?

      Padam
  6. Di bulan Ramadhan ini mengajar kita untuk menahan nafsu. Berbelanjalah mengikut keperluan bukan mengikut kehendak agar tidak membazir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Salah satu ujian di bulan Ramadan adalah menahan nafsu-makan. Jadi, eloklah kita muhasabah diri-berbelanja yang perlu sahaja.

      Padam
  7. Balasan
    1. Ya betul. Kalau ikut nafsu memang semua nak kan. Tapi, kita cubalah kawal.

      Padam
  8. bagi yang dah bekeluarga seperti mama, mama sentiasa dulukan yang perlu dulu, contoh makan pakai anak-anak, yuran tuisyen, kelas agama..
    kalau gadjet2 terkini, memang mama tak perlukan.. hihi. cukup lah dengan pc buruk mama yang banyak berjasa pada mama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, nampaknya mama seorang ibu yang penyayang.

      gadjet tu sekadar kehendak saja, kalau tak perlu tak payah belilah. Membazir je.

      Padam
  9. bila kehendak melebihi keperluan, tu yang asyik menunggu bila gaji nak keluar (walaupun belum sampai setengah bulan). buat yang makan gaji macam saya ni TM, istilah "ukur baju di badan sendiri" memang saya amalkan sungguh2. mudah2an, walaupun sikit tapi berkat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun makan gaji juga ANIM, jadi kenalah berbelanja ikut kemampuan. Kita perlulah bijak merancang dan memilih mana yang utama.

      Padam
  10. Wahhh! Semakin meriah saya lihat blog Tuan. Tiada komen untuk ini kerana bergantung kepada keperluan masing-masing. Selalunya graduan hanya sedar tentang keperluan dan kehendak hanya selepas mengalami kerugian.

    Nasib baik Abah selalu menasihati saya agar membeli mana yang patut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah dengan apa Wong? Entri? Pengunjung? Komentar? Atau apa?

      Sebelum terlambat, masih boleh fikir dulu sebelum buat keputusan kan. Jadi, kita kena bijak membuat pilihan dan keputusan.

      Beruntunglah Wong.

      Padam
    2. Oh, alhamdulillah. Ada yang sudi memberi respon. Termasuk Wong. Saya sangat hargai.

      Padam
  11. Betul tu, pada zaman yang serba canggih ni, fon yang suatu ketika dulu dianggap takde pun takpe, sekarang ni dah jadi macam satu keperluan. Fon saya baru je jahanam, jatuh dari poket seluar. Retak seribu. T_T Kena beli fon baru. Huhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telefon telah menjadi alat komunikasi ataupun perhubungan. Dan, menjadi keperluan kepada manusia untuk berhubung dalam jarak yang jauh ataupun dekat.

      Oh, kalau macam tu kena beli baru ni.

      Padam
  12. P/s sy bekerja d sya.penerbitan.skrg tgh cr penulis.kalu nk terbitkn karya sy sudi membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh begitu. Boleh saya tahu apa nama syarikatnya? Adakah syarikat anies juga terbitkan karya sastera? seperti kumpulan cerpen, puisi dan novel?

      Padam
  13. kalo dulu kehendak sekarang dah bertukar kepada keperluan macam kereta, telefon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Apa yang menjadi kehendak dulu kini sudah menjadi keperluan.

      Padam
  14. Bila kehendak melebihi keperluan tu yang payah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang tu, susah jugakan nak buat pilihan. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Bagaimanapun, tidak salah mendahulukan keperluan. Kehendak tu, perlahan-lahanlah dipenuhi.

      Padam
  15. keperluan mengatasi kehenddak , pada aciklah sebab acik bukan orang senang , jado keperluan itu lebih di utamakan, cm komputer tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun bukan orang senang acik. Betul tu. Dulu bagai saya komputer sekadar kehendak. Tapi, selepas memasuki Universiti dan alam pekerjaan, komputer sudah jadi keperluan. Segala kerja berkehendakkan komputer untuk disiapkan. Mahu tak mahu kena juga ada kan.

      Padam
  16. Isteri atau suami adalah keperluan dan pakwe makwe adalah kehendak betul tak huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya manusia ini akan lengkap apabila dia berkahwin. Dan Allah jadikan lelaki dan perempuan berpasangan. Jadi, eloklah saling lengkap melengkapi, perlu memerlukan.

      p/s; pakwe makwe tu... adalah proses pengenalan kot, untuk mengetahui hati budi, keluarga dan sebagainya.

      Padam
  17. zara pakai hf biasa je..tpi klu diberi zara ambil je..hiii..zara tak pernah terpikir nak bli hf canggih2 ni..rasa membazir pn ada..tpi hf mnjadi keperluan sbb nk berhubung dgn family dn rakan2 jika ada perkara2 yg pentingkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah ada telefon biasa pun dah ok. Kalau perlu dan ada duit lebih baru fikir lain.

      Saya pun guna telefon biasa saja.

      Padam
  18. Utk lelaki yg dah beristeri wajar ambil kisah in utk panduan dn pengajaran...jgn jadi miang keladi...ea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zam, amaran keras ni. Huhuhu... elok jugalah. Suami dan isteri haruslah bertolak ansur untuk membina keluarga bahagia.

      Padam
  19. Keperluan manusia berbeza mengikut kehendak yg berbeza..bujang dgn yg berkeluarga punya kehendak yg tk sama ikut keperluan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Kak Zam. Kena ikut situasi. Yang penting kita dapat kawal diri untuk adil dalam membuat keputusan.

      Padam
  20. banyak benda yang dahulunya kehendak telah menjadi keperluan di zaman sekarang.. namun perlu juga diingat, "ukurlah baju di badan sendiri"..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman telahpun berubah kan. Jadi, masih perlu bezakan yang mana keperluan dan kehendak. Agar kita bukan pembunuh kehidupan kita sendiri.

      Padam
  21. Ada setengah orang hp dan lappy menjadi keperluan, mereka akan mati kutu kalau takde 2 perkara ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keperluan itu kalau ke arah kebaikan tidak jadi masalah. Tapi kalau memudaratkan perlulah dikawal kan.

      Terima kasih singgah dan follow.

      Padam
  22. dalam dunia sekarang kehendak dah sama dengan keperluan...malah ada yg melebihi kehendak dari keperluan tu sendiri...maka wujudlah istilah biar papa asal bergaya tu cikgu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan nafsu memang kita tak dapat bezakan. Kena banyak muhasabah diri ni kan. Saya tak suka dengan istilah biar papa asal bergaya tu, kalau dah tak ada duit tu janganlah berbelanja melebihi kemampuan kan. Nanti semua orang susah kerana dia sorang.

      Padam
  23. sy selalu kalah dengan kehendak..hmm tu nafsu..bila terkenangkn blik...mmg rsa rugi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, selalunya begitulah kan. Tapi, kita harus menangkan juga keperluan. Biar kehendak yang kalah. Lama-lama, dah lama lupalah apa yang kita hendakkan itu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78