kredit gambar dari jejaktrend
Pengikut
Jumaat, 10 Ogos 2012
Tahniah Pandalela
Tahniah Pandalela Rinong diucapkan. Atas kejayaan merangkul pingat gangsa dalam sukan Olimpik. Pingat kedua selain dalam acara badminton untuk kontijen Malaysia. Dengan pingat ini maka terciptalah pelbagai sejarah.
Bak kata Dato Seri Najib, "kita melihat dia terjun hanya beberapa saat sahaja di atas sana, tetapi untuk berdiri di atas sana memerlukan pengorbanan dan kerja kuat." Ternyata bukan sebarangan orang yang mampu dan boleh berada di atas sana. Usaha yang tak pernah kenal putus asa menjadi tunjang kejayaan seseorang.
Selasa, 7 Ogos 2012
Catatan Hujung Minggu
Alhamdulillah, masih diberi kekuatan oleh-Nya untuk mencatat sesuatu. Sebenarnya banyak yang hendak diceritakan di sini. Sepanjang tiga hari bercuti (untuk negeri Selangor) sudah tentulah pelbagai peristiwa yang ditempuh.
Pada hujung minggu lepas saya ke Serdang lagi. Ke rumah kawan. Rancangan awalnya untuk berbuka puasa bersama cosmate tetapi tidak menjadi. Pada hari Sabtu saya dan kawan (Hafidz) ke Jalan TAR. Membuat persiapan untuk hari raya Aidilfitri nanti. Apa yang sempat di beli adalah baju Melayu. Harganya boleh tahan la. Tetapi saya beranggapan harga baju yang saya beli itu berkemungkinan akan turun lagi menjelang Aidilfitri nanti. Namun untuk mengelak kesesakan di kemudian hari saya terpaksa membeli juga. Memandangkan saya akan pulang ke kampung pada 17 Ogos 2012, iaitu jatuh pada hari Jumaat. Walaupun pada hari tersebut baharu sahaja mencecah 15 hari berpuasa tetapi suasana di Jalan TAR sangat sesak. Hingga hendak berjalan pun susah.
Keduanya, perlawanan akhir Badminton Olimpik. Syabas saya ucapkan kepada Datuk Lee Choong Wei atas kemenangan walaupun sekadar pingat perak. Seharusnya kita berbangga walaupun sedikit merasai kekecewaan. Lee Choong telah berhempas pulas untuk menunaikan impian rakyat Malaysia menggenggam pingat emas. Ternyata Lin Dan tidak kurang hebatnya juga. Inilah antara dua orang pemain terbaik dunia masa kini. Walau bagaimanapun usaha yang gigih perlu dilakukan sekarang ini juga untuk mencari pelapis kepada Lee Choong Wei. Jika mahu lihat pemain kita beraksi di sukan Olimpik 2016 nanti.

Jumaat, 3 Ogos 2012
17 Ogos 2012 Cuti Berganti Aidilfitri
Beberapa hari lepas saya ada terbaca akan cadangan seorang guru di Utusan Melayu supaya 17 Ogos 2012 diberi cuti. Antara rintihannya kerana sekolah di kawasan B iaitu sekolah yang bermula pada hari isnin dan berakhir pada hari jumaat akan mengalami kesulitan untuk pulang berhari raya di kampung. Tambahan pula bagi sekolah yang dua sesi. Sudah tentulah malam hari barulah dapat bergerak pulang. Jika pulang hari sabtu sudah tentu akan mengalamai kesesakan lalu lintas.
Tup-tup hari ini saya baca surat khabar Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan 17 Ogos 2012 adalah cuti berganti. Sekiranya sekolah memohon cuti pada 17 Ogos 2012, sekolah itu haruslah menggantikannya pada 22 September 2012. Semuanya terpulang pada kehendak sekolah itu sendiri sama ada ingin bercuti awal tetapi perlu menggantikannya pula.
Alhamdulillah juga kerana hari raya Aidilfitri kali ini jatuh dalam cuti sekolah. Jadi para pendidik, murid-murid bolehlah bercuti selama seminggu. Rancanglah perjalanan dengan baik. Ingatlah orang tersayang. Moga Aidilfitri kali ini lebih ceria.

Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78