Pengikut

Selasa, 1 Julai 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum.



Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

2.4 Mencadangkan Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar 


1. Menghijaukan kawasan

  • Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.


2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

  • Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.


3. Program kitar semula

  • Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.


4. Kempen

  • Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.


5. Catalytic converter

  • Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.


6. Tindakan Undang-undang

  • Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. 


7. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

  • Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. 


   Sumber:
1. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html
2. http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-untuk-mengatasi.html

Bahan Tugasan Geografi PT3: Langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar ini sekadar perkongsian dan sebagai sumber rujukan sahaja. Calon perlu mengolah semula dalam bentuk penulisan rencana. Diingatkan juga, calon perlu sesuaikan dengan kajian kes calon.


11 ulasan:

  1. tq helmi..sedikit sebanyak membantu anak kathy ni..

    BalasPadam
  2. Mmg bnyk membantu.. anak sulung sy pun di tingkatan 2 skrng. T kasih atas perkongsian cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  3. thx for your help thx very much

    BalasPadam
  4. can show me langkah mengurangkan pemcemaran udara ..?pls ...

    BalasPadam
  5. I want to know if I refer the points from here do I have to state in my project that i have made this as my reference?

    BalasPadam
  6. Cikgu skop dah tukar ke pencemaran udara bukan alam boleh tak cikgu memperbarui blog ni? TQ

    BalasPadam
  7. Bagus info ini...membantu saya membuat tugasan kajian kes untuk peperiksaan akhir tahun 2015....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78