Pengikut

Isnin, 7 Julai 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Membuat Rumusan

Assalamualaikum.



Rumusan atau kesimpulan yang boleh dibuat setelah calon menyiapkan tugasan Sejarah PT3. Rumusan ini merupakan cadangan yang diberikan oleh Cikgu Razak.

(f) Rumusan


Pengetahuan 
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor  utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa  13 Mei 1969  kita wajar  memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

PERINGATAN: Segala bahan tugasan PT3 Geografi yang dikongsikan di blog ini bukan sebagai jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya membaca dan memahami, kemudian mengolahnya sendiri mengikut kemahiran masing-masing. 


5 ulasan:

  1. Makin hari makin lain sistem pembelajaran di malaysia kan cikgu..
    Kalau dulu bahasa melayunya tak mengunakan buku sendiri...
    Tapi waktu cik akak paper ulangan...adoi mahu pecah nak memahaminya..

    BalasPadam
  2. Hmmm...pt3 ni agak susah juga mungkin sebab belum biasa lagi.

    BalasPadam
  3. Semoga ia dpt membantu menambahkan lagi idea utk calon dlm menghadapi peperiksaan nnti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78