Pengikut

Sabtu, 26 Julai 2014

Kepulangan di Aidilfitri

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, malam tadi selamat sampai di kampung pada pukul 10.40 malam. Bertolak petang semalam kira-kira pukul 3 petang. Bagi yang hendak memulakan perjalanan pulang ke kampung hari ini, berhati-hati di jalan raya. Memandulah dengan selamat. 

Sememangnya kepulangan di Aidilfitri sebagai anak rantauan sangat nostalgik. Sewaktu saya menuntut di UPM dahulu, sebulan awal ke Pudu Sentral untuk membeli tiket. Bagi yang pernah menaiki bas sewaktu musim perayaan pasti mengingatinya apabila perjalanan ke arah Utara penumpang perlu menaiki bas di Hentian Jalan Duta. 

Kali pertama saya menaiki bas di sini, saya hampir-hampir tertinggal bas apabila saya menyangka bas akan berhenti di platform yang ditetapkan. Rupa-rupanya bas saya telah bertolak. Oh, nasib baik ada bas yang terakhir yang membuat perjalanan ke Alor Setar. Saya terpaksa menumpang bas tersebut untuk pulang ke kampung.


9 ulasan:

  1. hye..syira jalan-jalan pagi terbang melayang ke blog anda sebelum pulang ke kampung :D
    maaf zahir batin !

    BalasPadam
  2. Salam Aidil Fitri buat Cikgu Sekeluarga. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang kita berblogging k...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.selamat menyambut lebaran :)

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat cikgu Helmi. Maaf zahir & batin..
    Salam ceria Aidilfitri dari saya.. :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah , selamat mudik ya sobat.

    BalasPadam
  6. Hmm..kathy pun anak perantau jg. Namun kalau nak balik tak boleh guna pengangkutan darat.kena naik flight jugak.

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu! Di sini saya ambil kesempatan memohon maaf selama kita berkenalan di alam maya. Yelah. Di alam maya ini tafsiran kata boleh ditafsir 1001 macam ibarat gambar ditafsir 1000 perkataan.

    Saya doakan moga cikgu terus berusaha menyampaikan karya sastera berkualiti.

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Helmi sekeluarga... k Idah mohon maaf zahir dan batin andai selama ini ada komen2 mahupun tulisan2 yang pernah mengguris hati...:)

    BalasPadam
  9. lama tak singgah sini
    tak lambat lagi rasanya nak ucap selamat hari raya =)
    camne cuti raya? =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78