Pengikut

Ahad, 9 Februari 2014

Kehebatan JDT Hanya Indah dari Khabar Setelah Dipijak Tok Gajah dalam Aksi Liga Super Semalam?

Assalamualaikum semua. 

insiden yang melibatkan penyokong JDT- kosmo

Pastinya ramai penyokong Johor Darul Takzim (JDT) semalam kecewa dengan aksi pasukan kesayangan yang kalah dalam perlawanan Liga Super menentang Pahang atau Tok Gajah 2-3.

Kes yang mereka alami sebelum ini seolah-olah masih menghantui mereka, biarpun FAM telah memutuskan kemenangan mutlak 3-0 diberikan kepada mereka setelah T-Team gagal mengemukakan sebab mengapa mereka menarik diri dalam perlawanan tempoh hari. Ada yang berpendapat kehebatan JDT hanya indah dari khabar sahaja. 

Saya tidak mahu komen apa-apa dalam kes ini, saya harap FAM telus dan adil tanpa membayangi sesiapa dalam melakukan siasatan dan menjatuhkan hukuman.

Harapan saya juga biarlah profesionalisme bola sepak yang kita bangga-banggakan itu tidak menghancurkan masa depan bola sepak negara sebaliknya dapat membangunkan dan seterusnya membawa pasukan bola sepak negara ke Piala Dunia. 

Nota: Hari ini menuju ke Utara untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan.

20 ulasan:

  1. bg pendapat saya..kalau yg atas orang kerabat..susah ler nak telus...dah tau dah..:)

    BalasPadam
  2. Ternyata hal seperti ini bukan ada di Indonesia saja ya? :)

    BalasPadam
  3. Entri ini telah dikomen dalam segmen komen entri terbaru saya... :)

    BalasPadam
  4. Luaskan kuasa mu johor..

    BalasPadam
  5. even aku orang johor, aku tak amik kisah pasal bola..hahaha

    BalasPadam
  6. sebenarnya kan cikgu kalau ikut standard fifa
    memang dah betul tindakan FAM, siapa tarik diri
    memang kalah jawapannya

    cuma dalam MALAYSIA ni, ramai sangat yang bersuara
    dan berkuasa buat apa aje
    tu yang MALAYSIA hanya takuk tu aje!

    BalasPadam
  7. Banyak sangat kontroversi JDT ni...dari awal lagi...nway harap-harap yang membuat siatan tu telus kan..kalau tak macam tak best je..nway salam hujung minggu cikgu!!!

    BalasPadam
  8. Bila dah obses sgt mcm ni lah jadinya. Sokong, sokong jg, tp berpadalah

    BalasPadam
  9. walaupun kak orang johor, kak dan 3 abdul bukan peminat bola dan tak tonton bola, hee..
    so, ada aku kisah..heee

    BalasPadam
  10. susah nak kata.. walaupun ramai pemain star..tu la bola..

    BalasPadam
  11. kena ada drama, baru best.. :p

    BalasPadam
  12. Johor ke, Pahang ke... kita kan org Malaysia.. havoc2.. :D :D

    BalasPadam
  13. Entah la susah nak cakap. Memang banyak sangat kontroversi. Sebenarnya mereka campur adukkan sukan dengan politik... inilah jadinya. Ida anak Pahang yang menetap di JB. PakSu Ida yang menyaksikan perlawanan ni mendakwa yang menimbulkan kontroversi ini adalah penyokong T.Team yang tidak berpuas hati dengan JDT dan peristiwa Larkin...wallahualam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78