Pengikut

Selasa, 11 Februari 2014

Kedah Garang Melangkah ke Separuh Akhir Piala FA 2014

Assalamualaikum semua.

Malam ini empat perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2014 akan bermula. Jadual perlawanan tersebut boleh dilihat di bawah:

Jadual perlawanan Piala FA 2014


Jadual perlawanan Piala FA 2014 
Suku Akhir Pertama
11 Februari 2014

KELANTAN vs PKNS FC
Siaran Langsung Astro Arena 801

PDRM vs PAHANG
Siaran Langsung RTM TV1

FELDA UTD vs SARAWAK

JOHOR DT vs KEDAH

Kedah dikatakan sebelah kaki sudah melangkah ke Separuh Akhir Piala FA 2014? Oh, belum apa-apa lagi, pelbagai spekulasi ataupun kontroversi sudah dicetuskan. Katanya, ekoran daripada kes-kes yang melibatkan JDT, seharusnya Kedah boleh mengambil kesempatan itu untuk membenam JDT. JDT sekarang ini berada dalam tekanan dan emosi mereka terganggu. 

Dalam perlawanan bola sepak, segalanya mungkin berlaku. Jadi, kita tunggu sahaja perlawanan malam ini. Sebelum wisel penamat ditiupkan, semua pasukan mempunyai peluang. Dan, kita sedia maklum, format Piala FA peringkat Suku Akhir yang mana dijalankan timbal balik. Tidak semestinya, pasukan yang tewas pada malam ini tidak boleh bangkit pada Suku Akhir Kedua dan seterusnya layak ke Separuh Akhir Piala FA 2014.

Sebagai penyokong pasukan Kedah, sudah pastilah saya mengharapkan pasukan kesayangan saya kembali mempamerkan kekuatan sebenar. Sememangnya saya amat merindui saat kejuaraan berganda Kedah menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia, dua tahun berturut-turut. PULUN KEDAH PULUN.

Nota: Petang ini menghadiri Mesyuarat Daerah-Panitia Bahasa Melayu 

10 ulasan:

  1. wah ! penyokong setia Kedah ni ! CN tetap dulu, kini & selamanya..Selangor di hatiku...hehehe

    BalasPadam
  2. bola kan bulat, macam-macam boleh jadi =)

    BalasPadam
  3. Wah! Semangat nampaknya! Belum sepak mula sudah melangkah ke separuh akhir!
    Apa pun...semoga kita dapat saksikan satu perlawanan yg hebat, menarik dan berkualiti serta bersih.

    BalasPadam
  4. Semoga kedah berjaya mencapai matlamat & impiannya.. skrng ni saya tak taulah mana nk sokong betul2.. lahir di johor, rezeki kehidupan di selangor & anak2 lahir & membesar di selangor.. skrng dah jadi penyokong kuat selangor pulah hahaa.. layan jelah.. :D

    BalasPadam
  5. hehe, game terpenting bg orng kedah..ehhe

    BalasPadam
  6. Wah Tahniah kedah.JDT kena kerja keras lagi Ni.

    BalasPadam
  7. akak pun tak ikut sangat bola ini.. hehe..

    BalasPadam
  8. Tak tahu nak kata apa sebab dah lepas hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78