Pengikut

Isnin, 17 Februari 2014

Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR 2014

Sebagai perkongsian, saya sertakan contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR. RPH ini dibuat sendiri oleh kumpulan saya sewaktu mengikuti Kursus Penyebaran KSSR Tahun 3, pada 2012 yang lepas. Perkongsian ini sebagai menambahkan lagi bahan untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 3 bagi tahun 2014.

Rujukan lain, contoh RPH dan RPT:
1. Contoh RPH Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR
2. Contoh RPH Bahasa Malaysia Tahun 5 KBSR
3. Contoh RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4 KSSR
4. Contoh RPT Sejarah Tahun 4 KSSR


Boria - kredit foto dari thestar

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA KSSR
TAHUN 3 / 2014

Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia  Tahun  3
Tema/Tajuk
Kebudayaan / Boria
Masa
10.40 – 11.40 pagi
Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
,mengikut konteks.
Standard Pembelajaran
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul
mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i)   Menyebut tiga kata hubung yang terdapat dalam petikan.
ii)  Menulis empat ayat majmuk menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks.

Aktiviti
1.  Murid menonton rakaman boria.(TMK)
2.  Murid menyanyi lirik lagu yang terdapat pada slaid secara didik hibur.
3.  Murid bersoal jawab tentang lirik lagu
4.  Guru menerangkan konsep kata hubung.
5.  Murid menyatakan kata hubung yang terdapat dalam lirik lagu.
6.  Murid membina empat ayat tunggal.
7.  Murid membina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal dengan kata hubung yang betul.
8.  Murid menulis empat ayat majmuk yang betul di dalam buku
tulis.
EMK
Nilai murni: Mencintai Warisan Negara (Boria)
TMK         : Paparan Persembahan Boria. ( http://warisanboria.blogspot.com/ )

Bahan Bantu Belajar
Komputer, slaid, buku latihan,lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid menyebut kata hubung dan menulis ayat majmuk.
Refleksi
Seramai 25 orang daripada 30 orang murid boleh menyebut kata hubung dan membina ayat majmuk dengan betul
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan oleh guru dan rakan sebaya.
Murid yang telah menguasai akan diberi pengayaan.(Mengisi tempat kosong dalam ayat dengan kata hubung)

9 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78