Pengikut

Sabtu, 19 Oktober 2013

Lagi Kedai Buku 1Malaysia Dibuka

Untuk membudayakan amalan membaca kita terlebih dahulu perlu menyediakan prasarana yang cukup. Antara langkah yang diambil adalah dengan membuka lebih banyak kedai buku yang mampu milik serta menawarkan pilihan bahan bacaan dari segenap usia. 

Buktinya, kesungguhan Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) menjelajah ke seluruh Malaysia adalah satu usaha yang harus diberi pujian. Tawaran diskaun di KB1M sebanyak 15% untuk buku yang dijual di sini dilihat satu promosi yang berkesan. 

Terpulang kepada rakyat di Malaysia untuk mengisi minda, jiwa dan rohani mereka dengan apa-apa bacaan sekalipun yang bermanfaat. Pernahkah kalian mendengar atau membaca, "apa-apa yang kita baca itulah cerminan diri kita".


Kini KB1M telah dibuka di GONG BADAK

Membaca Santapan Minda. 


35 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ya, kalau boleh setiap negeri dan bandar utama dibina kedai buku ni.

      Padam
  2. Buku adalah jendela dunia...
    Tetapi masih ada Google yang menjadi pintu dunia... :)
    Selamat membaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh, ada ada saja ka Riio :D
      Tetapi membaca dari buku lebih baik karena tidak akan hilang oleh waktu :)

      Assalamualaikum :)

      Padam
    2. Ya, benar ramai yang memilih jalan pintas untuk menggunakan khidmat Google, sebaliknya buku lebih boleh dipercayai.

      Padam
  3. Bagus, buat motivasi rajin membaca

    Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya, sudi singgah dan baca entri saya.

      Sudah tentu. Apabila sudah ada tempat membeli pasti budaya membaca dapat disemarakkan.

      Padam
  4. beznye klo dibuka berdekatan kwsn sini
    moga lebih byk kedai buku 1M ni dibuka seluruh malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dalam perancangan untuk dibuka di seluruh Malaysia.

      Padam
  5. Assalamualaikum.

    Saya selalu turun ke KB1M di pudu sentral. Memang berbaloi helmi memborong disitu. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saya jarang turun ke KB1M kecuali sewaktu hendak balik ke kampung. Tapi, kini dah dibuka di UTC Kedah. Ya, berbaloi-baloi. Kadang tu tak sedar dah habis RM100.

      Padam
  6. wah.. dekat tempat aiza belajar dulu tu.. baguslah ianya dibuka di setiap negeri dan daerah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah semakin banyak sekarang ni. Terpulang kepada pembaca untuk membaca ataupun tidak.

      Padam
  7. wahyu pertam juga IQRA`...bacalah..sudah terang lagi bersuluh..niatkan dalam hati..membaca kerana Allah untuk mendapatkan ilmu dan laksanakan sebahagiah sunnah Rasulullah SAW..

    BalasPadam
  8. kathy suka membaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah. Bukan senang nak pupuk amalan membaca. Teruskan kak kathy.

      Padam
  9. Wah.. lagi sebuah Kedai Buku 1 Malaysia dibuka..Aik, dapat 15% ke? Kenapa kak Erin beli buku hari tu dapat 10% je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau tak salah saya 15%. Sebab saya beli buku RM20.00, lepas diskaun dapat RM17.00.

      Padam
  10. kunjungan malam mas.. followbcak sukses di laksanakan, terimakasih dan salam kenal kembali ya...7

    BalasPadam
  11. wuuu.. x penah lagik jumpa kedai buku 1 malaysia

    BalasPadam
  12. Bagus sangat bila kedai buku 1 Malaysia banyak dibuka.Harap2 dekat Kuching nanti pun akan diperbanyakkan lagi.Oh ya,waktu saya menaip ini,saya baru usai membaca cerpen cikgu yang terbaru,keluar dalam Majalah Mingguan wanita Bilangan 1562(25-31Oktober2013)..judulnya''Rajuk Patriot Cinta..''Cikgu belum buat entri,saya pula dah cakap dulu.hehe..Apa2 pun,ceritanya memang best..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, memang mengejutkan saya. Sememangnya saya menantikan cerpen ini. Kata editor, cerpen ini akan disiarkan pada bulan Oktober. Dari awal bulan saya tunggu, akhirnya terbit juga. Dah ada di pasaran ke? Esok kena pergi cari ni. Tak sabar nak tengok ilustrasinya. Terima kasih ya, maklumkan.

      Padam
    2. Sama2 cikgu.Selalunya sesetengah Majalah ni saya tengok,kadang2 selalu sampai dekat kedai2 buku awal dari tarikh terbit..:)

      Padam
  13. Bila pula nak ada kat Batang Kali agaknye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah. Dia takut, kalau ada dekat Batang Kali, muka saya saja yang sering berkunjung di situ.

      Padam
  14. owh, dah ada kedai buku 1 malaysia. baguslah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah banyak. Yang pertama rasanya di UTC-Pudu Sentral.

      Padam
  15. Baguslah macam ni =) harap dapat tarik lebih minat membaca dikalangan masyarakat..kalau ada di sekitar kawasan rumah saya..pasti akan berkunjung juga

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78